Pink Lipstick (Bahasa Korea: 분홍 립스틱; RR: Bunhong Lipseutik) adalah drama bersiri television Korea Selatan yang ditayangkan pada 2010 yang dibintangi oleh Park Eun-hye, Lee Joo-hyun, Park Gwang-hyun dan Seo Yoo-jung. Drama ini disiarkan melalui saluran MBC bermula 11 Januari sehingga 06 Ogos 2010. Ia disiarkan sebanyak 149 episod dan bersiaran setiap hari Isnin sehingga Jumaat, pada jam 7:50 pagi.

Pink Lipstick
GenreMelodrama
Keluarga
Cinta
Dendam
Ditulis olehSeo Hyun-joo
PengarahChoi Chang-wook
Dibintangi oleh
Park Eun-hye
Lee Joo-hyun
Park Gwang-hyun
Seo Yoo-jung
Lagu pembukaan"Black Tears" nyanyian Beige & Kan Jong-wook
Lagu penutup"Black Tears (Vers. 2)" nyanyian Kan Jong-wook
PenggubahPraha Choi
Danbi Lee
Negara asal Korea Selatan
BahasaKorea
Bilangan episod149
Penerbitan
PenerbitChoi Yong-won (MBC)
Kim Jung-ho
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
MBC
Penyiaran
Saluran asalMBC TV
Siaran asal11 Januari – 06 Ogos 2010
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis sunting

Yoo Ga-eun (Park Eun-hye) , seorang gadis manis yang telah mengahwini Park Jung-woo (Lee Joo-hyun), iaitu buah hatinya sewaktu mereka bersama-sama melanjutkan pelajaran di kolej. Namun, ternyata perkahwinan tersebut menjadi episod derita bagi Ga-eun apabila ibu mertuanya sering melayannya dengan buruk. Namun begitu, Ga-eun tetap bersabar dan tetap menjadi isteri yang baik buat Jung-woo dan ibu mertuanya. Namun keadaan rumahtangga Ga-eun kini menjadi keruh apabila sahabat baiknya, Kim Mi-ran (Seo Yoo-jung) kini kembali untuk merampas Jung-woo daripada Ga-eun. Mi-ran sengaja mendekati keluarga Jung-woo untuk mengambil hati ibu mertua Ga-eun. Malah, tanpa Ga-eun sedari, Jung-woo mempunyai niat jahat untuk merampas harta dan syarikat milik keluarga Ga-eun. Ga-eun menyedari niat suaminya itu setelah kematian abang dan ayahnya.

Ga-eun berasa sangat terkejut apabila dia mengetahui Park Na-ri (Kim Su-jung), iaitu anak angkat yang mereka jaga sebenarnya adalah anak haram hasil hubungan sulit suaminya dengan Mi-ran. Ga-eun kemudian menuntut cerai daripada Jung-woo setelah Jung-woo berjaya merampas harta milik keluarganya dan berhasrat ingin membalas dendam terhadap Jung-woo dan Mi-ran. Selepas bercerai, Ga-eun kemudian bertemu semula dengan Ha Jae-bum (Park Gwang-hyun) iaitu lelaki yang selama ini dalam diam mencintai dirinya. Mereka kemudian saling jatuh cinta sehinggakan Ga-eun melupakan seketika niatnya untuk membalas dendam terhadap bekas suaminya serta kawan baiknya. Namun, Ga-eun kembali meneruskan niatnya untuk membalas dendam setelah dia mengetahui Jung-woo dan Mi-ran adalah punca kematian abang dan ayahnya.

Bagi melaksanakan rancangannya itu, Ga-eun kemudian memutuskan hubungannya dengan Jae-bum lalu bertunangan dengan Maeng Ho-geol (Dokgo Young-jae), iaitu usahawan kaya raya yang juga merupakan pakcik kepada Jae-bum. Jung-woo dan Mi-ran berasa sangat terperanjat apabila mengetahui Ga-eun merupakan tunang kepada Ho-geol, iaitu orang yang terbesar dalam syarikat mereka. Mereka mencuba untuk menghasut Ho-geol dengan mengatakan Ga-eun mempunyai hubungan sulit dengan Jae-bum selama ini namun Ho-geol tidak mempercayainya lalu membatalkan kerjasama diantara syarikat mereka. Manakala Ga-eun mula merancang dan menjalankan misinya dalam menjatuhkan Jung-woo dengan membuat pelbagai rancangan licik untuk memerangkap bekas suaminya itu. Malah, Ga-eun telah berjaya merampas syarikat Mi-ran dengan bantuan Ho-geol. Selain itu juga, Ga-eun mengupah Kim Young-goo, iaitu setiausaha serta orang kepercayaan Jung-woo untuk mengawasi setiap langkahnya bagi melancarkan lagi rancangannya untuk menjatuhkan bekas suaminya itu secara senyap. Apa kesudahan kisah dendam Ga-eun?

Pelakon sunting

Watak utama sunting

Watak sokongan sunting

Keluarga Yoo Ga-eun
  • Nam Il-woo sebagai Yoo Dong-gook
  • Kim Young-ran sebagai Jung Hae-sil
  • Moon Ji-yoon sebagai Yoo Sung-eun
  • Kim Min-hwa sebagai Yoo Young-eun
Keluarga Park Jung-woo
  • Oh Mi-yeon sebagai Han Bun-nyeo
  • MayBee sebagai Park Jung-hee
  • Kim Su-jung sebagai Park Na-ri
Keluarga Kim Mi-ran
  • Yu Ji-in sebagai Jung Mal-ja
  • Lee Jung-yong sebagai Cho Yong-kap
Keluarga Ha Jae-bum
  • Dokgo Young-jae sebagai Maeng Ho-geol
  • Sung Woong sebagai Maeng Seo-jin

Watak sampingan sunting

  • Lee Sang-hoon sebagai Yeo Ki-byul
  • Jung Yoo-chan sebagai Kim Young-goo
  • Baek Bo-ram sebagai Yoon Na-na
  • Song Ji-eun sebagai Kim Mi-joo
  • Won Jong-eun sebagai Oh So-ji

Penampilan khas sunting

Runut bunyi sunting

"Original Soundtrack Pink Lipstick" - Oleh Praha Choi
No.TajukArtisMasa
1."A Deep Breath" (심호흡) Kan Jong-wook3:25
2."Black Tears (Rock Version)" (검은 눈물 (Rock Version)) Kan Jong-wook4:59
3."Injured Love" (부상당한 사랑) Eun-bi3:40
4."You Again" (다신 너를) Kan Jong-wook3:26
5."It's Okay" (괜찮아졌어요) Han So-ah
6."A Painful Memory" (고통스러운 기억) Praha Choi
7."In Sorrow" (슬픔에) Danbi Lee
8."Deepest Lake" (가장 깊은 호수) Praha Choi
9."Unforgettable Memories" (잊을 수없는 추억) Danbi Lee
10."Painful Reminiscence" (고통스러운 회상) Praha Choi5:16
11."Black Tears (Original Version)" (검은 눈물 (Original Version)) Beige & Kan Jong-wook5:03
Jumlah masa: 44:35


Klu
  • Track 1, 2, 3, 4, 5, 11 adalah lagu.
  • Track 6, 7, 8, 9, 10 adalah instrumental.

Pencapaian sunting

Tahun Acara Kategori Penerima Keputusan
2010 Anugerah Drama MBC Anugerah Kecemerlangan, Pelakon Wanita Park Eun-hye Menang

Rujukan sunting