Pisang beku

pencuci mulut pisang

Pisang beku adalah pencuci mulut beku yang dibuat dengan meletakkan pisang di atas kayu, membekukannya dan dicelupkan ke dalam coklat cair atau yogurt. Hisan seperti kacang cincang, urai, gula dan biskut boleh digunakan.

Pisang beku
Pisang beku
Nama alternatifFrozen banana
JenisPencuci mulut beku, hidangan pisang Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianPencuci mulut beku
Bahan utamaPisang, yogurt, coklat dan juga hiasan
Bahan yang biasa digunakanPisang, coklat Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

Don Phillips, juga dikenali sebagai "raja pisang beku", membuka tempat jualan pisang beku pertama yang bernama Pisang Beku Asli di Semenanjung Balboa, yang terletak di Orange County, California, sekitar tahun 1940. Pada tahun 1963, Bob Teller[1], yang berpindah ke kawasan itu dengan rancangan untuk mengeluarkan tali pinggang keledar kereta, sebaliknya membuka kedai pisang beku setelah Phillips ditutup. Teller telah menjual pisang beku di Arizona State Fair dan membuka kedai jualannya yang bernama The Original Banana Rolla Rama yang tepat di seberang jalan dari kedai asal Phillips.[2]

 
Pisang beku dengan pelbagai hiasan menarik.

Pada musim sejuk, Teller membawa treler ke pelbagai pameran daerah.[3] Ketika Phillips meninggal beberapa tahun kemudian, Teller membeli perniagaan itu dan menggunakannya untuk berkembang ke lokasi lain.[2] Pisang beku adalah tradisi di Pulau Balboa hingga hari ini. Bob Fitch mencipta Pisang Beku pada tahun 1950-an di pulau Balboa mungkin lebih awal. Bob Ficth membeli tempat dan menamakan semula kedai menjadi Sugar and Spice.

Rujukan

sunting
  1. ^ Smith, K. Annabelle (24 March 2013). "The History of the Frozen Banana Stand". Smithsonian Magazine. Dicapai pada 17 November 2020.
  2. ^ a b Brunner, Jessie (17 March 2007). "Sunday Story: Frozen in history". Daily Pilot. Dicapai pada 16 July 2013.
  3. ^ "How and Teller" Orange Coast Magazine, Sharon Tetrault, February 2003

Pautan luar

sunting
 
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi