Buka menu utama

Planetarium Sultan Iskandar terletak di Kuching, Sarawak, Malaysia. DYMM Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong ketika itu merasmikan menara ini pada 19 Januari 1989. Ia merupakan planetarium yang pertama di Malaysia.[4]

Planetarium Sultan Iskandar
Planetarium Sultan Iskandar official logo.svg
Planetarium Sultan Iskandar.jpg
Pintu masuk utama Planetarium Sultan Iskandar
Maklumat am
Ditubuhkan19 Januari 1989; 30 tahun yang lalu (1989-01-19)
JenisMuzium sains
Maklumat pentadbiran
KuratorAdolph Kunert (1989-1990)
Dr. Zalia Morshidi (1990-1994)
Rozalina Annuar (1999)
Ismandy Ali (2006-kini)[1]
Maklumat geografi
Lokasi
Koordinat1°32′52.76″N 110°20′41.03″E / 1.5479889°N 110.3447306°E / 1.5479889; 110.3447306Koordinat: 1°32′52.76″N 110°20′41.03″E / 1.5479889°N 110.3447306°E / 1.5479889; 110.3447306
Maklumat pelawat
Bilangan pelawat
10,500 (2009)
8,063 (2010)
16,726 (2011)
19,800 (2012)
16,925 (2013)
17,526 (2014)[2]
Kemudahan pengangkutan awam
Tiada[3]
Laman sesawang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

PeneranganSunting

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof menjelaskan kerajaan negeri Sarawak dengan kerjasama Warner Brothers, pengeluar filem terbesar di dunia akan meningkatkan fungsi dan teknologi tayangan yang digunakan. Pelawat yang menonton roket sedang berlepas ke angkasa lepas berpeluang merasai pengalaman angkasawan yang berada di dalam roket tersebut. Penonton dapat merasai gegaran sebenar dialami oleh angkasawan apabila terlanggar tahi bintang atau sedang berlepas.

Teknologi "Mirrordome" ialah teknologi yang membolehkan tayangan filem digital dibuat di dalam planetarium. Teknologi "Mirrordome" tersebut disumbangkan oleh Paul Bourke, seorang penyelidik visual komputer dari Universiti Western Australia. Antara yang ditayangkan ialah 'Oasis in Space' dan Wilbear Adventure. Teknologi komputer digital banyak membantu membangunkan planetarium.

Sebelum ini planetarium itu menggunakan teknologi projektor untuk tayangan bintang-bintang. Projektor Carl Zeiss M1015 digunakan. Antiviti menarik yang diadakan ialah Mars Rover Challenge dan Pertandingan Teater Piala Pusingan Astronomi KPSU.

Sebuah pusat sains juga dirancang di Sarawak bagi meningkatkan minat pelajar terhadap sains angkasa. Mereka yang berminat boleh menyertai Persatuan Astronomi Sarawak.Pihak Planetarium Sultan Iskandar juga telah mengadakan program untuk remaja yang tidak ikut umur untuk bersaing mendapat ilmu astronomi seperti Program Sains Angkasa Cuti Sekolah.[5][6]

RujukanSunting

  1. ^ "Kurator Terdahulu dan Terkini (Previous and current curators)" (dalam bahasa Malay). Planetarium Sultan Iskandar. Diarkibkan daripada asal pada 25 December 2015. Dicapai 25 December 2015. 
  2. ^ "Statistik Pengunjung 2014 (2014 visitors statistics)". Planetarium Sultan Iskandar. Diarkibkan daripada asal pada 25 December 2015. Dicapai 25 December 2015. 
  3. ^ a b "Lokasi PSI (PSI Location)". Planetarium Sultan Iskandar. Diarkibkan daripada asal pada 25 December 2015. Dicapai 25 December 2015. 
  4. ^ "Planetarium Sultan Iskandar". IAU Directory for World Astronomy. Diarkibkan daripada asal pada 25 December 2015. Dicapai 25 December 2015. 
  5. ^ Persatuan Astronomy Sarawak
  6. ^ Planetarium Sultan Iskandar Dinaik Taraf Guna Kepakaran Warner Brothers

Pautan luarSunting