Pokok Kelat ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Myrtaceae yang berasal dari Asia Tropika. Pokok ini biasa terdapat dekat paya bakau. Nama botaninya Eugenia oleina.

Pokok Kelat
260px
Pengelasan saintifik


Ciri-ciri fizikalSunting

Ciri-ciri fizikal Pokok Kelat adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Berwarna perang kekelabu-kelabuan dan sedikit berkelupas.
  • Daun: Berbentuk empat segi panjang, keras, dan pada kedua-dua permukaannya, mempunyai kelenjar-kelenjar mikroskopik yang berwarna hitam.
  • Bunga: Berwarna putih, dan seringnya berumpun pada hujung dahan-dahan.
  • Buah: Kecil, berbentuk buah pear, berwarna merah tua ketika mentah, tetapi menjadi hitam apabila masak. Buah ini yang mempunyai banyak jus mengandungi hanya sebiji biji.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.