Pokok Maja atau Pokok Maja Batu atau Pokok Bila (Bal., Lom.) atau Pokok Bilak adalah tumbuhan berkerabat dekat dengan limau yang tahan lingkungan keras tetapi mudah luruh daunnya dan berasal dari daerah Asia tropika dan subtropika. Tanaman ini biasanya dibudidayakan di pekarangan tanpa perawatan dan dituai buahnya. Nama sainsnya Aegle marmelos.[1]

Buah Pokok Maja

Di Pulau Jawa, maja sering kali dikacukkan dengan Labu Kayu, meskipun kededuanya beza jenis.[1]

Pemerian sunting

Maja mampu tumbuh dalam lingkungan yang lasak dengan suhu yang melampau setinggi 49°C pada musim kemarau hingga serendah -7°C pada musim dingin.[2] Kondisi ini teramati di Punjab (India) pada ketinggian tempat melebihi ketinggian 1,200 meter. Di Asia Tenggara, maja hanya dapat berbunga dan berbuah dengan baik jika ada musim kering yang kentara, dan tidak biasa dijumpai pada ketinggian lebih 500 m dari paras laut. Maja mampu beradaptasi di tanah berpaya rawa, kering, dan tahan kadar kemasinan tanah yang sederhana.

Kegunaan sunting

Dalam makanan sunting

Warna kulit luar buah maja berwarna hijau tetapi isinya berwarna kuning atau jingga. Aroma harum dan cairannya manis. Buah muda berasa kelat tetapi menjadi semasam cuka apabila terlalu matang; ada yang membakarnya atas bara api untuk membuang lendir yang mudah meruap pada isi buah sebelum dimakan terus. Isi maja juga dapat disira dengan air gula. Buah mudanya mengadungi getah yang boleh dikumpul sebagai pelekat kertas.[1]

Dalam perubatan tradisional sunting

Air seduhan potongan buah maja muda kering boleh merawat disenteri, isi buah maja masak yang direbus boleh merawat sakit radang usus. Daun muda boleh digunakan merawat kemandulan, ia boleh dicampur dengan kapur makan sebagai tuam merawat luka.[1]

Perkayuan sunting

Kayunya terlalu keras dan berira kasar tidak cocok dibuat bahan binaan rumah tetapi mampu dijadikan bahan ukiran hulu keris.[1]

Hubungan dengan manusia sunting

Penubuhan kerajaan Majapahit asalnya dari kisah ketika Raden Wijaya membuka hutan Tarik (lokasi tepatnya masih diperdebatkan[3]) setelah menyatakan taat setia kepada Jayakatwang yang menumpaskan mentuanya Kertanegara, adipati Kediri;[4] seorang buruh kerahan dari Madura dikatakan telah berehat seketika untuk memakan menambahkan tenaganya, dia tanpa sedar telah terjumpa buah ini dan segera meludah keluar kerana rasa pahitnya, maka Raden menamakan tanahnya "Majapahit".[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Heyne, Karel (1913). De nuttige planten van Nederlandsch-Indië (dalam bahasa Belanda). Batavia: Ruygrok & Co. m/s. 14–6.
  2. ^ Ginandar (2022). Toponimi Nama-nama Kecamatan di Kabupaten Lebak. Lebak: Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kabupaten Lebak. m/s. 60. ISBN 978-623-978-556-7.
  3. ^ Munandar, A.A. 2008. Ibu kota Majapahit, Masa Jaya dan Pencapaian. Hal. 69. Jakarta: Komunitas Bambu.
  4. ^ Mulyana 2006, halaman 122
  5. ^ Muljana, Slamet (2005). Menuju Puncak Kemegahan. Sejarah kerajaan Majapahit m/s. 187. Yogyakarta: LKiS.
Sumber

Pautan luar sunting