Polimer penambahan

Sebuah polimer penambahan ialah sejenis polimer yang terbentuk melalui "penambahan" atau pencantuman juzuk-juzuk polimer (monomer) yang tidak menerbitkan hasil sampingan. Proses ini berbeza dengan pemprosesan polimer kondensasi yang menerbitkan bahan sampingan, biasanya molekul air.[1][2] Polimer penambahan boleh dihasilkan melalui pempolimeran berantai, di mana polimer terbentuk melalui penambahan beransur monomer pada satu tapak aktif dalam tindak balas berantai atau melalui polipenambahan, di mana polimer terbentuk melalui tindak balas penambahan antara spesies dengan semua darjat pempolimeran. Secara am, polimer penambahan terhasil melalui penambahan monomer-monomer ringkas secara berulang, dan biasanya terbit melalui mekanisme radikal bebas. Polimer yang biasa terbentuk adalah bersifat tak tepu seperti alkena dan alkalina.

Jenis sunting

Poliolefin sunting

Banyak polimer penambahan lazim terbentuk daripada monomer tak tepu, yakni memiliki ikatan berganda di antara atom-atom karbon.[3] Polimer penambahan paling utama ialah poliolefin, polimer terbitan olefin (alkena) yang dicantum menjadi alkana rantai panjang:

n RCH=CH2 → [RCH-CH2]n

Rujukan sunting

  1. ^ Introduction to Polymers 1987 R.J. Young Chapman & Hall ISBN 0-412-22170-5
  2. ^ D. Margerison; G. C. East; J. E. Spice (1967). An Introduction to Polymer Chemistry. Pergamon Press. ISBN 978-0-08-011891-8.
  3. ^ "Addition Polymers". Diarkibkan daripada yang asal pada December 12, 2012. Dicapai pada 17 Julai 2012.