Polimer ialah rangkaian atom yang panjang dan berulang-ulang dan dihasilkan daripada sambungan beberapa molekul lain yang dinamakan monomer. Monomer-monomer ini barangkalinya serupa atau mungkin juga mempunyai satu atau lebih kumpulan kimia yang diganti. Perbezaan-perbezaan ini boleh mempengaruhi sifat-sifat polimer seperti keterlarutan, kebolehan untuk dilenturkan atau kekuatan. Dalam protein, perbezaan-perbezaan ini membolehkan polimer menjadi suatu struktur tertentu, bukannya menjadi lingkaran rawak. Sungguhpun kebanyakan polimer bersifat organik, terdapat juga yang berkeadaan sebaliknya ( sebagai polimer sintetik).

Imej rantaian polimer linear yang diambil dengan menggunakan mikroskop daya atom pada permukaan cecair. Panjang kontur polimer ini ialah ~204 nm; dengan ketebalan sebanyak ~0.4 nm.[1]

Istilah polimer merangkumi kumpulan molekul yang besar, termasuk protein dan gentian Kevlar yang mempunyai kekuatan tinggi. Satu sifat yang membezakan polimer daripada molekul besar lain adalah pengulangan unit atom (monomer) dalam rangkaian. Hal ini berlaku ketika proses pempolimeran, di mana banyak molekul monomer bersambung antara satu sama lain. Contohnya, dalam proses pembentukan polietena, ribuan molekul etena bersambung untuk menjadi lingkaran -CH2- berulang.

Lazimnya, polimer dinamakan daripada unit monomernya. Istilah polimer berasal daripada perkataan Yunani polus yang bermakna "banyak" dan meris yang bermakna "bahagian".

Oleh sebab polimer-polimer dibezakan dengan monomer-monomer utamanya, rangkaian polimer dalam sesuatu bahan biasanya tidak sama panjang; tidak seperti molekul-molekul lain di mana setiap atom mempunyai jisim molekul relatif yang sama. Kejadian ini berlaku kerana rangkaian polimer hanya berhenti berlingkaran selepas pemanjangan rangkaian yang berlaku pada selang masa rawak.

Protein ialah polimer yang terdiri daripada asid amino daripada sebanyak satu dozen hinggalah ke beberapa ratus monomer mana-mana daripada dua puluh jenis asid amino yang membentuk rangkaian polimer protein, urutan monomer menentukan bentuk dan aktiviti protein yang terbentuk. Tidak seperti pembentukan polietena, yang berlaku serta-merta dengan keadaan-keadaan tertentu, penghasilan biopolimer seperti protein dan asid nukleik memerlukan pemangkin. Sejak tahun 1950-an, pemangkin telah membolehkan penghasilan polimer sintetik berlaku. Polimer dengan sifat-sifat baru seperti kebolehan menghasilkan cahaya berwarna dapat dihasilkan dengan pengawalan tindak balas proses penghasilannya.

Rujukan sunting

  1. ^ Roiter, Y.; Minko, S. (2005). "AFM Single Molecule Experiments at the Solid-Liquid Interface: In Situ Conformation of Adsorbed Flexible Polyelectrolyte Chains". Journal of the American Chemical Society. 127 (45): 15688–15689. doi:10.1021/ja0558239. PMID 16277495.