Politik dalam pendidikan

Sebagai satu disiplin akademik, kajian politik dalam pendidikan mempunyai dua asas utama: Asas pertama berpaksikan kepada teori-teori sains politik manakala asas kedua bersandarkan teori organisasi. Sains politik berusaha untuk menerangkan bagaimana masyarakat dan organisasi sosial mengaplikasikan kuasa untuk menetapkan peraturan dan mengagihkan sumber. Teori organisasi menggunakan teori pengurusan saintifik untuk meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai fungsi organisasi.

Ahli kaji selidik telah mewujudkan perbezaan antara dua jenis politik di sekolah . Istilah politik mikro merujuk kepada penggunaan kuasa formal dan tidak formal daripada individu dan kumpulan untuk mencapai sasaran mereka dalam organisasi. Proses kerjasama dan perselisihan adalah komponen yang berpengaruh dalam politik mikro. Politik makro merujuk kepada bagaimana kuasa digunakan dan keputusan dibuat di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. Secara am, politik makro dikira wujud di luar sekolah, tetapi ahli kaji selidik telah memutuskan bahawa politik mikro dan makro mungkin wujud dalam mana-mana peringkat sistem sekolah bergantung pada keadaan. [1]

Perbezaan yang jelas dapat dilihat antara "Pendidikan Politik" dan "Politik dalam Pendidikan". Lebih ramai ahli-ahli akademik dari serata dunia diminta untuk mentafsirkan politik dari sudut pendidikan berdasarkan perselisihan yang ketara.

Rujukan sunting

  1. ^ Blasé, J.; Blase, J. (Februari 1, 2002). "The Micropolitics of Instructional Supervision: A Call for Research". Educational Administration Quarterly. 38 (1): 6–44. doi:10.1177/0013161X02381002.

Pautan luar sunting

  • Ball, S (1987). The micro-politics of the school: Towards a theory of school organization. New York: Methuen. ISBN 0416001025.
  • Iannaccone, L. (August 1991). "Micropolitics of education: What and why". Education and Urban Society. 23 (4): 465–471. doi:10.1177/0013124591023004008.
  • Hoyle, E. (1986). The politics of school management. London: Hodder and Stoughton. ISBN 0340389931.