Pompong

spesies tumbuhan


Pokok Pong-pong merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Ia juga dikenali dengan nama pokok bunuh diri, pokok burung gagak[1], dan Othalanga. Nama botaninya Cerbera odollam.[2] Ia dikatakan berasal dari Selatan Asia dan India. Ia cenderung tumbuh di kawasan persisiran paya masin dan kawasan berpaya air. Ia tumbuh liar di sepanjang persisiran kebanyakan tempat di Kerala, India dan turut ditanam sebagai pagar antara halaman rumah. Ia menghasilkan rucun berbisa, yang sering digunakan bagi membunuh diri atau membunuh.[3]

Pompong
frames
Pengelasan saintifik

Kadang-kala pokok Bentan turut dipanggil Pong-pong.

Gambaran sunting

Buahnya ketika muda bewarna hijau dengan kulit bersabut hijau menyelitupi tempurung ovoid berukuran sekitar 2 cm × 1.5 cm dan terdiri dari dua bahagian isi putih yang seiras. Sebaik sahaja terdedah pada udara, tempurung putih bertukar menjadi ungu, kemudian ungu gelap, dan akhirnya perang, atau hitam. Pokok itu keseluruhannya menghasilkan susu getah putih. Pong-pong ("Cerbera odollam") menyerupai rumpun "Oleander", satu lagi pokok yang amat beracun dalam keluarga yang sama.

Nama biasa sunting

Pokok Pong-pong juag dikenali sebagai buta-buta, bintaro atau nyan di Asia Tenggara.[4]

Keracunan sunting

 
Bunga Cerbera odollam

Isirung C. odollam mengandungi cerberin, toksid alkaloid yang kuat berkait dengan digoxin, racun yang terdapat pada foxglove. Racun ini menghalang saluran ion kalsium pada otot jantung, menyebabkan gangguan pada degupan jantung. Ini kebiasaannya menyebabkan kematian. Cerberin adalah sukar dikesan dalam belah siasat dan rasanya boleh dikaburi dengan rempah yang pekat. Dengan itu ia sering digunakan bagi pembunuhan dan membunuh diri di India. Pada tahun 2004, satu pasukan yang diketuai oleh Yvan Gaillard dari Makmal Analytical Toxicology di La Voulte-sur-Rhône, Perancis merekodkan lebih dari 500 kes kematian akibat keracunan Cerbera antara 1989 dan 1999 di barat daya negeri Kerala di India sahaja.[5]

Biji benihnya juga memiliki sejarah silam sebagai racun di Madagascar. Racun ini bertanggung jawab bagi kematian 2% penduduk (3000 orang setiap tahun, 50,000 satu generasi) di daerah tengah Madagascar. Kepercayaan pada ketepatan dan kebenaran perbicaraan melalui ujian menggunakan racun ini amat kuat dikalangan semua orang, sehinggakan orang yang tidak bersalah yang disyaki melakukan kesalahan tidak teragak-agak menjalaninya; sesetengah malah menunjukkan bersungguh-sungguh melakukannya. Dalam satu peristiwa lebih 6,000 orang mati dalam satu ujian.[perlu rujukan] Penggunaan upacara racun di Madagascar dihapuskan pada tahun 1861 oleh Raja Radama II.[6] Bagaimanapun, ia dipercayai bahawa amalan ini masih berlaku dikawasan terpencil di pulau ini.

Kegunaan sunting

Buahnya digunakan bagi penghasilan racus serangga semulajadi dan pewangi.[perlu rujukan]

Penyiasatan juga dilakuakn bagi keupayaan menukar biji benih menjadi biodiesel.[7]


Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "PREFERRED CHECK-LIST OF SABAH TREES Forestry Department Sandakan, Sabah" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-10-23. Dicapai pada 2014-11-16.
  2. ^ Yellow-eyed pong pong tree, Cerbera odollam, Family Apocynaceae
  3. ^ 'Suicide tree' toxin is 'perfect' murder weapon - 26 November 2004 - New Scientist
  4. ^ Gaillard Y, Krishnamoorthy A, Bevalot F. Cerbera odollam: a 'suicide tree' and cause of death in the state of Kerala, India. J Ethnopharmacol. 2004 Dec;95(2-3):123-6.
  5. ^ 'Suicide tree' toxin is 'perfect' murder weapon - 26 November 2004 - New Scientist
  6. ^ De Maleissye, J., 1991. In: Bourin, F. (Ed.), Histoire du poison. Paris.
  7. ^ Cerbera odollam (sea mango) oil as a promising non-edible feedstock for biodiesel production


Senarai pokok  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z