Presnel Kimpembe (Sebutan bahasa Perancis: [pʁɛsnɛl kimpɛmbe]; lahir 13 Ogos 1995) merupakan seorang pemain bola sepak Perancis yang bermain di posisi pertahanan untuk kelab Paris Saint-Germain dan pasukan kebangsaan Perancis.[4] Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Perancis yang menjuarai kejohanan Piala Dunia 2018.

Presnel Kimpembe
Kimpembe bersama Perancis pada tahun 2018.
Maklumat peribadi
Nama penuh Presnel Kimpembe[1]
Tarikh lahir (1995-08-13) 13 Ogos 1995 (umur 28)[2]
Tempat lahir Beaumont-sur-Oise, Perancis
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)[3]
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Paris Saint-Germain
Nombor 3
Kerjaya remaja
2002–2005 AS Eragny
2005–2014 Paris Saint-Germain
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2016 Paris Saint-Germain B 41 (1)
2014– Paris Saint-Germain 163 (1)
Pasukan kebangsaan
2014 DR Congo B20 1 (0)
2015 Perancis B20 7 (0)
2015–2016 Perancis B21 11 (0)
2018– Perancis 28 (0)
Pengalaman
Mewakili  Perancis
Pingat kebangsaan
Pingat emas – tempat pertama Piala Dunia FIFA 2018 Perancis
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Februari 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 13 Jun 2022

Kehidupan awal sunting

Kimpembe telah dilahirkan di Beaumont-sur-Oise, Perancis. Bapanya berasal dari Congo manakala ibunya pula berasal dari Haiti.[5][6] Beliau telah dinamakan sempena datuk sebelah keluarga ibunya.[7]

Kerjaya kelab sunting

Kimpembe melakukan penampilan sulungnya untuk kelab Paris Saint-Germain pada 17 October 2014 dalam aksi Ligue 1 menentang Lens selepas beliau menggantikan Thiago Motta pada minit ke-76 dan perlawanan itu berkesudahan Paris menang 3-1.[8] Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam kejohanan Liga Juara-Juara pada 14 Februari 2017 dalam aksi menentang Barcelona yang menyaksikan Paris meraih kemenangan 4-0 tanpa dibolosi.[9]

Kimpembe menjaringkan gol pertamanya di pentas Liga Juara-Juara untuk Paris pada 12 Februari 2019 menentang Manchester United dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.[10] Paris menang 2-0 dalam perlawanan itu. Namun, dalam aksi timbal balik di Paris, beliau dikenakan faul atas tindakannya yang menghalang sepakan pasukan lawan dengan terkena tangan selepas paparan VAR sekali gus membolehkan United meraih tendangan penalti pada masa kecederaan. Paris akhirnya tewas 3-1 sebelum tersingkir berdasarkan gol di tempat lawan.[11]

Kerjaya antarabangsa sunting

Kimpembe mendapat panggilan pertama daripada pasukan senior Perancis selepas Eliaquim Mangala mengalami kecederaan bagi menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 menentang Bulgaria dan Belanda pada Oktober 2016.[12] Pada Januari 2018, bekas pemain Arsenal dan Chelsea iaitu William Gallas menyatakan bahawa Kimpembe merupakan pemain harapan untuk pasukan Perancis.[13]

Kimpembe akhirnya melakukan penampilan sulungnya untuk Perancis pada 27 Mac 2018 iaitu selepas setahun setengah beliau mendapat panggilan pertama. Beliau beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Rusia[14] selepas menggantikan Ousmane Dembélé pada minit ke-72 dalam perlawanan yang berkesudahan Perancis menang 3-1.

Pada 17 Mei 2018, beliau dipanggil ke dalam senarai 23 pemain dalam skuad Perancis untuk kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.[15] Dalam kejohanan itu, beliau beraksi selama 90 minit semasa aksi peringkat kumpulan menentang Denmark.[16] Kimpembe memenangi Piala Dunia bersama Perancis selepas pasukannya membenam Croatia 4-2 dalam perlawanan akhir.

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 11 Mac 2020.[17]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Paris Saint-Germain 2014–15 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0
2015–16 6 0 2 0 1 0 0 0 0 0 9 0
2016–17 19 0 4 0 3 0 1 0 1[a] 0 28 0
2017–18 28 0 4 0 3 0 3 0 0 0 38 0
2018–19 24 0 3 0 1 0 8 1 0 0 36 1
2019–20 16 0 0 0 1 0 7 0 0 0 24 0
Jumlah kerjaya 94 0 13 0 9 0 19 1 1 0 136 1
  1. ^ Penampilan dalam Piala Super Perancis.

Antarabangsa sunting

Sehingga 17 November 2019.[18]
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2018 7 0
2019 2 0
Jumlah 9 0

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Paris Saint-Germain[19]

Antarabangsa sunting

Perancis

Individu sunting

Pingat

Catatan sunting

  1. ^ "Décret du 31 décembre 2018 portant promotion et nomination" [Decree of 31 December 2018 on promotion and appointment]. Journal Officiel de la République Française (dalam bahasa French). 2019 (0001). 1 January 2019. PRER1835394D. Dicapai pada 24 August 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "FIFA World Cup Russia 2018: List of players: France" (PDF). FIFA. 15 July 2018. m/s. 11. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 June 2019. Dicapai pada 11 January 2019.
  3. ^ "Presnel Kimpembe". Paris Saint-Germain F.C. Dicapai pada 26 January 2019.
  4. ^ "France - P. Kimpembe - Profile with news, career statistics and history - Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 17 October 2014.
  5. ^ Mabondo, Aimergyl (L’Observateur), penyunting (19 March 2015). "Les Transferts : Le Congolais Presnel Kimpembe Jouera Pour 3 Saisons à Paris Saint-Germain". ACTU. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 May 2015. Dicapai pada 26 July 2015. (dalam bahasa Perancis)
  6. ^ ACP Admin, penyunting (19 March 2015). "Trois ans de contrat du footballeur congolais Presnel Kimpembe avec Paris Saint-Germain". Agence Congolaise de Presse (ACP) - République Démocratique du Congo. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 January 2018. Dicapai pada 26 July 2015. (dalam bahasa Perancis)
  7. ^ Gouaillard, Frédéric, penyunting (1 March 2017). "PSG : Isaac Kimpembe présente son fils, Presnel". Le Parisien. Dicapai pada 5 August 2018. (dalam bahasa Perancis)
  8. ^ name="soccerway"
  9. ^ "PSG vs. Barcelona - 14 February 2017". bbc.co.uk. Dicapai pada 14 February 2017.
  10. ^ http://www.skysports.com
  11. ^ "Champions League: PSG 1-3 Man Utd (agg: 3-3)" (dalam bahasa Inggeris). 2019-03-06. Dicapai pada 2019-03-07.
  12. ^ "PSG's Presnel Kimpembe replaces Eliaquim Mangala in France squad". espnfc.com. 4 October 2016. Dicapai pada 4 October 2016.
  13. ^ "PSG, "Kimpembe est le futur des Bleus" pour Gallas | Goal.com" (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 25 January 2018.
  14. ^ name="soccerway"
  15. ^ "Alexandre Lacazette and Anthony Martial on standby for France World Cup squad and Dimitri Payet out - soccer News - Sky Sports". www.skysports.com.
  16. ^ "VIDEO. Coupe du monde 2018: «Avec la prime qu'on va toucher, j'en ai rien à foutre»… Kimpembe est en roue libre". 20 Minutes (dalam bahasa French). Dicapai pada 12 May 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
  17. ^ name="soccerway"
  18. ^ "Presnel Kimpembe". EU-football.info. Dicapai pada 16 October 2019.
  19. ^ name="soccerway"
  20. ^ "PSG champions as season ended". Ligue 1. 30 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 May 2020. Dicapai pada 30 April 2020.
  21. ^ "Paris Saint-Germain set record with fourth straight Coupe De France crown". Goal. Dicapai pada 8 May 2018.
  22. ^ McNulty, Phil (15 July 2018). "France 4–2 Croatia". BBC. Dicapai pada 15 July 2018.
  23. ^ name=Legion

Pautan luar sunting