Proton Persona (CM)

Proton Persona (CM) merupakan model kereta sedan padat keluaran syarikat automotif Malaysia Proton. Siri CM ini mewakili generasi kedua bagi barisan Proton Persona, tetapi ia merupakan model Proton pertama yang menggunakan nama 'Persona' di pasaran negara sendiri. Ia dilancarkan pada 15 Ogos 2007 sebagai pengganti kepada Proton Wira di Malaysia, dan Persona C90 di pasaran eksport.

Proton Persona
Proton Persona
Maklumat
PengilangProton
Pengeluaran2007–2016
PendahuluProton Wira
Proton Waja
PenggantiProton Preve (spiritual)
Proton Persona (BH) (de facto)
KelasKereta kompak
Gaya badanSedan 4 pintu
PelantarFF
EnjinEnjin Campro I4 1.6 L
PenghantaranTransmisi manual 5 kelajuan
Transmisi automatik 4 kelajuan
BerkaitProton Gen-2
Chery A3
Lambang Proton Persona

Persona CM dibina berasaskan pelantar Proton Gen-2 yang dipanjangkan, serta dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback Gen-2. Persona CM sepatutnya digantikan dengan model segmen C Proton Preve pada tahun 2012. Namun, Proton terus mengeluarkan Persona sebagai alternatif kos rendah bagi Preve yang lebih canggih. Persona akhirnya digantikan dengan Persona BH pada Ogos 2016.

Siri CM ini juga dijual sebagai Proton Gen-2 Persona di beberapa negara eksport, dan ia merupakan salah satu daripada dua model Proton yang dijenamakan semula dan dikeluarkan oleh syarikat Youngman di China. Lebih 250,000 Persona CM sudah terjual dalam tempoh 9 tahun.

Perasmian sunting

Model ini dilancarkan pada 15 Ogos 2007 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Turut hadir ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah , Pengerusi Proton Holdings Bhd, Datuk Mohammed Azlan Hashim dan Pengarah Urusan Proton , Datuk Syed Zainal Syed Mohamed Tahir.

Ciri-ciri sunting

 
Bahagian belakang Persona agak berbeza dengan Gen-2

Kereta ini merupakan model sedan berasaskan model sebelum ini, Proton Gen-2. Reka bentuk dalaman Gen-2 telah diubah sedikit untuk disesuaikan untuk pembeli kereta keluarga yang sebelum ini lebih berbentuk sporty.

Enjin Campro yang digunakan adalah sama dengan enjin model sebelumnya iaitu berkuasa 82kW unit cuma berbeza dari beberapa aspek seperti transmisi dan lain-lain.

Persona yang menggunakan enjin Campro 1.6 liter. Ada 7 pilihan warna iaitu putih (solid white), merah (solid red), hitam (tranquility black), perak (iridescent white), kelabu (metal grey), emas (light gold) dan ungu (blueberry tea).

Harga jenis B-line ialah RM44,999 . Jenis M-line ialah RM52.800 dan jenis H-line ialah RM55,800 sebuah.

Pada tahun 2008, Proton Persona mula dilengkapi dengan enjin Campro IAFM, bagi mengatasi masalah kekurangan kilasan yang dihadapi pada kelajuan enjin antara 2,500 ~ 3,500 rpm.

Kini pada tahun 2013, Proton Persona di kenali Persona Elegance dan hanya terdapat 2 Versi iaitu 1.6 B-Line (Manual) pada Harga Rm 47,670[1] dan 1.6 B-Line (Auto) Rm 50,670[2].

Terdapat 5 pilihan warna di pasaran buat masa sekarang, iaitu Chiffon Green, Bronze Garnet, Tranquillity Black, Genetic Silver, dan Brilliant Red

Prestasi jualan sunting

Sehingga 4 Oktober 2007, 18,000 tempahan dibuat sejak 15 Ogos 2007. Sambutan pengguna yang amat menggalakkan sedikit sebanyak telah memulihkan imej dan kedudukan Proton di dalam pasaran Malaysia memandangkan sebelum ini Proton sering berhadapan dengan kritikan mengenai isu kualiti serta persaingan dengan Perodua. Namun demikian, sambutan hangat terhadap model Persona pula mengakibatkan kemerosotan jualan model-model Proton Gen-2 dan Proton Waja. Penggunaan enjin Campro CPS pada kedua-dua model berkenaan pada Mac 2008 telah memulihkan kembali jualan model-model tersebut, sekaligus meletakkan model Waja dan Gen-2 ke kelas yang tersendiri.

Pengerusi Proton, Datuk Mohammed Azlan Hashim berkata, Persona akan dieksport ke Singapura. Sejak 1989 , lebih 22,000 Proton terjual di Singapura.

2008 Proton Persona SE sunting

 
Proton Persona SE

Proton melancarkan edisi khas sempena Merdeka bagi Proton Persona, dipanggil Proton Persona SE pada 26 Ogos 2008. Proton Persona SE mempunyai kit badan baru, rim aloi baru, pemegang pintu serta gril hadapan berwarna perak "matte", kemasan kulit dalaman serta sistem navigasi GPS.[3]

Anugerah sunting

Dalam Anugerah Kecekapan Bahan Api Asian Auto - Bosh 2008, Proton Persona telah memenangi tempat pertama dalam kategori Kereta Keluarga, dengan penggunaan bahan api purata yang dilaporkan sejumlah 6.6 L/100 km.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Aneka, Kereta (19 April 2013). "Update Price!". anekakereta.com.
  2. ^ Aneka, Kereta (19 April 2013). "Update Price!". anekakereta.com.
  3. ^ Proton Persona SE now on sale for RM59,800
  4. ^ Asian Auto-BOSCH Fuel Efficiency Awards 2008 Vehicle Winners Diarkibkan 2008-12-11 di Wayback Machine - Asian Auto. Dicapai pada 24 Disember 2008.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting