Ptolemaios si Pesumbang

(Dilencongkan daripada Ptolemy II)

Ptolemaios si Pesumbang (Yunani: Πτολεμαῖος Φιλάδελφος Ptolemaios Philadelphos; 309 – 28 Januari 246 SM,[1] bahasa Inggeris: Ptolemy II Philadelphus; 367 SM - 283 SM) adalah penguasa kedua kerajaan Mesir dalam wangsa berdarah Yunani Makaduniah selepas ayahandanya Ptolemaios I, panglima yang berkhidmat di bawah Alexander Agung. Baginda juga penguasa bersama kerajaan tersebut setelah diisytiharkan oleh ayahandanya pada 28 Mac 284 SM.[2][3]

Duit ditempa muka Ptolemaios II bersama kakakanda dan permaisurinya, Arsinoe II.

Gelarannya kerana hubungan sumbang mahram dilakukan secara perkahwinan dengan kakandanya Arsinoe pada 273/2 SM; perkahwinan tersebut meneruskan adat diraja firaun Mesir Purba selain dianggap mencontohi hubungan dewa Zeus dan dewi Hera dalam mitologi Yunani,[4] Walaupun perkahwinan tersebut dilihat dipandang jelek oleh orang Yunani sendiri, ia diikuti raja-raja wangsa ini kemudiannya.[5]

Penganut agama Kristian mengenal pemerintahan raja ini dalam latar masa ayat-ayat kisah yang dibukukan dalam Kitab Daniel.[6][7]

Rujukan

sunting
  1. ^ Tunny, Jennifer (2001). "The Health of Ptolemy II Philadelphus". The Bulletin of the American Society of Papyrologists. 38 (1/4): 119-134.
  2. ^ Hölbl 2001, halaman 24–5
  3. ^ Bennett, Chris. "Ptolemy I". Egyptian Royal Genealogy. Dicapai pada 10 October 2019.
  4. ^ Bennett, Chris. "Arsinoe II". Egyptian Royal Genealogy. Dicapai pada 10 October 2019.
  5. ^ Hölbl 2001, halaman 36
  6. ^ Choon-Leong Seow (2003). Daniel. Westminster John Knox Press. m/s. 166. ISBN 9780664256753.
  7. ^ Towner, W. Sibley (1984). Daniel. Westminster John Knox Press. m/s. 18. ISBN 9780664237561.
Sumber
  • Hölbl, Günther (2001). A History of the Ptolemaic Empire. London & New York: Routledge. m/s. 143–152 & 181–194. ISBN 0415201454.