Pusat Gelongsor Nasional

Pusat Gelongsor Nasional (Cina ringkas: 国家雪车雪橇中心Cina tradisional: 國家雪車雪橇中心; bahasa Inggeris: National Sliding Center) merupakan sebuah trek lumba kereta gelongsor, luge dan skeleton di Daerah Yanqing, sebuah daerah subbandar di Beijing. Disebabkan reka bentuknya yang serupa dengan seekor naga, pusat ini juga dikenali sebagai "Naga Salji Terbang" (Cina: 雪游龙).[1]

Pusat Gelongsor Nasional
LokasiDaerah Yanqing, Beijing, China
Koordinat40°31′14.7″N 115°46′51.9″E / 40.520750°N 115.781083°E / 40.520750; 115.781083
Kapasiti10,000 (1,500 tempat duduk)
Saiz PadangJarak (jumlah): 1975m (Jarak pertandingan: 1615m)
Pembinaan
Pecah tanahJulai 2018
DibinaJulai 2018 hingga November 2020
DibukaNovember 2020
Kontraktor utamaShanghai Baoye Group Co. Ltd

Pusat tersebut berluas 125,937 meter persegi dengan jarak jatuh sebanyak 127 meter. Laluan pertandingannya berpanjang 1.9 kilometer dengan 16 buah lengkung. Walaupun dilaporkan oleh agensi media China sebagai laluan pertama yang mempunyai putaran sebanyak 360°, laluan Königssee, Jerman yang dibina pada 1968 sudah mempunyai putaran sedemikian.[2]

Sejarah sunting

Kawasan tersebut asalnya merupakan sebahagian daripada Simpanan Semula Jadi Kebangsaan Songshan. Simpanan tersebut mempunyai ramai spesis yang jarang ditemui dan melindungi penduduk Beijing daripada ribut debu.[3] Keputusan untuk menjadikannya sebagai tempat pertandingan Sukan Olimpik 2022 telah mendapat kritikan daripada ahli biologi dan aktivis alam sekitar dari China dan juga seluruh dunia.[4][5][6] Pada 7 Ogos 2015, timbalan datuk bandar Yanqing telah mengatakan bahawa sempadan simpanan tersebut akan "diubah suai". Menurutnya, kawasan simpanan yang baharu adalah 31% lebih besar daripada simpanan yang asal dan tidak akan wujudnya pertindihan di antara Pusat Ski Alp Nasional, Pusat Gelongsor Nasional dan simpanan tersebut selepas pengubahsuaian dilakukan.[6]

Pembinaan Pusat Gelongsor Nasional bermula pada tengah tahun 2018.[7] Pusat tersebut dibina oleh Shanghai Baoye Group Corp.[2] Anggaran kos bagi projek ini ialah €500 juta (RM2.33 bilion).[8]

Jalanan ujian telah diadakan pada 26 Oktober 2020.[9] Pusat Gelongsor Nasional dibuka pada 25 Oktober 2021 dengan beberapa pertandingan skeleton dan luncur kereta gelongsor diadakan.[10] Pertandingan pertama Piala Dunia Luge 2020/2021 telah diadakan pada November 2021, sebagai acara ujian Sukan Olimpik 2022.[11]

Semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, Pusat Gelongsor Nasional telah mengadakan acara lumba kereta gelongsor, luge dan skeleton.[12] Selepas tamatnya Sukan Olimpik, pusat tersebut akan terus digunakan sebagai tempat pertandingan Piala Dunia bagi acara lumba kereta gelongsor dan skeleton.[13]

Rujukan sunting

  1. ^ ""雪游龙""雪飞燕""冰丝带",这些冬奥场馆"昵称"怎么来的?". Beijing Daily News. 9 November 2021. Dicapai pada 4 April 2022.
  2. ^ a b Etchells, Daniel (12 Jun 2019). "Track being built for Beijing 2022 bobsleigh, skeleton and luge events claimed to be world's first to span 360 degrees". Inside the Games. Dicapai pada 4 April 2022.
  3. ^ "China - Places We Protect: Songshan National Nature Reserve". nature.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mac 2015. Dicapai pada 4 April 2022.
  4. ^ "Winter Olympic Games venues in China 'pose threat to Beijing nature reserve'". South China Morning Post. 2015-08-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-07. Dicapai pada 2015-08-12.
  5. ^ "Beijing Winter Olympics 2022's Environmental Impact Includes Nature Reserve Damage, Critics Say". International Business Times. 2015-08-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-27. Dicapai pada 2015-08-12.
  6. ^ a b "Chinese biologists lead outcry over Winter Olympics ski site". Nature. 2015-08-11. doi:10.1038/nature.2015.18174. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-12. Dicapai pada 2015-08-12.
  7. ^ "Plans unveiled for building all 2022 Olympic venues". China Daily. 1 June 2018. Dicapai pada 4 April 2022.
  8. ^ Claus Lufen (6 Februari 2022). "Die olympische Goldrinne geplant von zwei Deutschen". sportschau.de (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 4 April 2022.
  9. ^ "Yanqing National Sliding Center – Pre-homologation starts on 26 October". Persekutuan Lumba Kereta Gelongsor dan Skeleton Antarabangsa. 20 Oktober 2020. Dicapai pada 4 April 2022.
  10. ^ "Tina Hermann and Alexander Gassner win first race on Olympic track in Yanqing". Persekutuan Lumba Kereta Gelongsor dan Skeleton Antarabangsa. 25 Oktober 2021. Dicapai pada 4 April 2022.
  11. ^ Imbo, Will (16 November 2021). "2021/22 Luge World Cup: Yanqing preview". olympics.com. Dicapai pada 4 April 2022.
  12. ^ "Discover Beijing 2022's snow venues". olympics.com. 1 Februari 2019. Dicapai pada 4 April 2022.
  13. ^ Palmer, Dan (9 Mac 2022). "Dan Palmer: Beijing sliding boost worth trumpeting about after past white elephants". Inside the Games. Dicapai pada 4 April 2022.

Pautan luar sunting

  • Profil pada laman web rasmi Persekutuan Luge Antarabangsa (FIL). Dicapai pada 4 April 2022.
  • Maklumat laluan pada laman web rasmi Persekutuan Lumba Kereta Gelongsor dan Skeleton Antarabangsa (IBSF). Dicapai pada 4 April 2022.