Ingatan capaian rawak

(Dilencongkan daripada RAM)
Jenis ingatan
Meruap
Tidak meruap

Ingatan capaian rawak atau ICAR (Bahasa Inggeris: Random-access memory, disingkatkan sebagai RAM) ialah sejenis bentuk ingatan komputer menyimpan data dan kod mesin yang boleh dibaca dan diolah secara bebasnya (atau "dicapai secara rawak").[1][2] Lazimnya ia merupakan gabungan beberapa litar bersepadu di atas satu modul. Modul ingatan ini kemudian dimasukkan ke slot ICAR di atas papan induk.

Jumlah kapasiti pada sesuatu modul ICAR itu biasanya gandaan dari angka dua. Manakala unit ukuran yang digunakan untuk mengukur ICAR pula ialah Megabait (MB); 1 MB bersamaan dengan 100 Kilobait (KB). Contoh kapasiti modul ICAR ialah 64 MB, 128 MB dan 256 MB. Kebanyakan papan induk mempunyai sekurang-kurangnya 2 slot modul ingatan membolehkan beberapa modul ingatan dimasukkan di atas papan induk (bank ingatan)sekaligus. Teknologi “saluran duaan” berteraskan kepada dua modul yang kecil untuk membentuk satu kapasiti yang besar. Ini membolehkan capaian data pada kadaran yang lebih cepat. Misalnya untuk memiliki jumlah sebanyak 512 MB, kadar capaian data untuk dua keping modul 256 MB adalah lebih cepat berbanding dengan satu modul ingatan sebanyak 512 MB.

Kegunaan ICAR

sunting

Kegunaan utama ICAR adalah untuk menyimpan maklumat-maklumat sementara yang sedang digunakan oleh aplikasi-aplikasi yang sedang berjalan. Oleh itu, ICAR hanyalah ingatan sementara dan akan terpadam apabila komputer ditutup berbanding dengan cakera keras atau cakera optik yang mempunyai ingatan secara kekal. ICAR digunakan kerana ingatan (memory) sementara tersebut boleh dicapai dengan rawak dangan kadar yang lebih pantas. Oleh itu, lebih besar ruang (diukur dengan Bait) dan kelajuan (diukur dengan Hertz) sesuatu ICAR sangat mempengaruhi potensi sesebuah komputer.

Jumlah kapasiti yang lebih besar diperlukan dalam perisian-perisian CGI, permainan berkomputer dan simulator. Ini adalah kerana perisian tersebut lebih banyak menyimpan ingatan sementara.

Kebaikan ICAR

sunting
 
Beberapa jenis RAM

Antara kebaikan ICAR ialah pengendalian aplikasi yang lebih lancar dan juga mempunyai kadar perpindahan data yang lebih tinggi berbanding dengan cakera keras. Kos pembuatan ICAR juga rendah dan bersifat PnP “plug and play” dimana modul ingatan boleh terus digunakan selepas dipasang.

Ingatan fizikal dan ingatan maya

sunting

“Ingatan fizikal” ialah jumlah kapasiti ingatan yang dimasukkan ke dalam komputer yakni modul-modul ICAR. Manakala “ingatan maya” ialah jumlah kapasiti ingatan secara maya. “Ingatan maya” ditempatkan di dalam cakera keras sebagai pengganti “ingatan fizikal”/ICAR apabila kapasitinya sudah penuh. Namun, “ingatan maya” mempunyai kadar perpindahan data yang lebih rendah berbanding “ingatan fizikal”.

Secara umumnya, jumlah optimum ruang cakera keras yang perlu diperuntukkan untuk dijadikan ruang ingatan maya ialah bersamaan 1.5 kali jumlah ingatan fizikal yang dipasang pada komputer, contohnya jika komputer anda dilengkapi dengan ICAR 1 GB, anda perlu memperuntukkan sebanyak 1.5 GB ruang cakera keras untuk dijadikan ruang ingatan maya.

Perkembangan ICAR

sunting
  1. Pada tahun 1987, ICAR jenis FPM (Fast Page Mode) diperkenalkan. FPM merupakan bentuk ICAR yang paling kerap digunakan dalam system komputer pada masa itu. ICAR juga turut dikenali sebagai DRAM (Dynamic Random Access Memory) sahaja. FPM menggunakan modul ingatan SIMM (Single Inline Memory Module) 30 pin dan SIMM 72 pin.
  2. Pada tahun 1995, perkembangan teknologi maklumat telah menghasilkan modul ingatan yang seterusnya iaitu EDO (Extended Data Out). EDO mirip dengan FPM, cuma ia diubahsuai sedikit untuk membolehkan capaian ingatan berturutan berlaku dengan lebih pantas. Ini bermakna ‘pengawal ingatan’ boleh menjimatkan masa dengan mengurangkan beberapa langkah dalam proses pengalamatan (addressing). EDO juga membolehkan CPU mencapai ingatan 10% hingga 15% lebih pantas berbanding dengan FPM.
  3. Pada tahun 1997, SDRAM diperkenalkan. Pada mulanya, kelajuannya hanyalah 66 MHz.
  4. Pada tahun 1999, RDRAM diperkenalkan pada kelajuan 800 MHz.
  5. Pada tahun 2000, DDR-SDRAM diperkenalkan. RAM ini merupakan inovasi daripada SDRAM di mana ia menjanjikan kelajuan yang lebih tinggi kepada penggunanya.
  6. Pada tahun 2004, DDR2 SDRAM diperkenalkan. Jenis RAM ini adalah generasi kedua DDR-SDRAM yang dikeluarkan walaupun bilangan pin pada modulnya berbeza dengan DDR-SDRAM.

Jenis ICAR

sunting

EDO RAM

EDO RAM dapat memberikan prestasi sistem 50% lebih cepat dibandingkan dengan DRAM. EDO RAM sama seperti FPM DRAM, dengan beberapa cache yang dibangun ke chip. Seperti FPM DRAM, EDO RAM memiliki kecepatan maksimum 50MHz EDO RAM uga harus membutuhkan L2 Cache untuk membuat semuanya berjalan dengan cepat, namun jika user tidak memilikinya, maka EDO RAM akan berjalan jauh lebih lambat.


FPM RAM (Fast Page Mode DRAM)

Fast Page Mode DRAM adalah model DRAM paling lama. Masalah yang sering muncul dari FPM DRAM adalah kecepatan pemindahannya yang lambat yakni maksimum 50MHz.


SDRAM (Synchronous DRAM)

Hampir semua sistem menggunakan tegangan 3.3 Volt, 168-pin SDRAM DIMM ini. SDRAM bukanlah sebuah ekstensi dari seri EDO RAM yang lama, namun merupakan tipe baru dari DRAM. SDRAM mulai berjalan dengan kecepatan transfer 66MHz, sementara mod halaman DRAM dan EDO yang lebih lama akan berjalan di maksimum 50MHz. SDRAM sekarang ini dapat berjalan dengan kecepatan 133MHz (PC133), dan bakan hingga 180MHz atau lebih tinggi. Untuk mempercepat kerja pemproses, maka RAM generasi baru seperti DDR dan RDRAM biasanya dapat mendukung prestasi yang lebih baik.


DDR (Double Data Rate SDRAM)

DDR pada dasarnya memiliki kecepatan transfer dua kali ganda daripada SDRAM. DDR akan beroperasi di 333MHz, dengan pengoperasian sebenarnya 166MHz * 2 (aka PC333 / PC2700) atau 133MHz*2 (PC266 / PC2100). DDR RAM juga kompatibel dengan SDRAM secara fizik, namun menggunakan "bus parallel" yang sama, sehingga membuat implementasi lebih mudah dibandingkan RDRAM, yang merupakan teknologi berbeda.


Rambus RAM (RDRAM)

Selain harganya yang cukup mahal, Intel memberikan RDRAM untuk konsumen, dan merupakan pilihan yang tepat untuk ingatan Intel Pentium 4. RDRAM merupakan teknologi siri ingatan yang datang dengan tiga pilihan, yakni PC600, PC700, dan PC800. PC800 RDRAM dilengkapi dengan kecepatan transfer dua kali ganda maksimum daripada PC100 SDRAM, namun memiliki latensi tinggi. RDRAM memiliki multisaluran, seperti pada "motherboard" Pentium 4, yang dapat menawarkan fungsi ingatan paling bagus, terutama ketika dipasangkan dengan ingatan PC1066 RDRAM.

Rujukan

sunting
  1. ^ "RAM". Cambridge English Dictionary. Dicapai pada 11 July 2019.
  2. ^ "RAM". Oxford Advanced Learner's Dictionary. Dicapai pada 11 July 2019.
  • Majalah PC (Mei 2004)

Pautan luar

sunting