Ralph Ince (16 Januari 1887 – 10 April 1937) merupakan pelakon, pengarah dan penulis skrip Amerika Syarikat ketika era filem senyap. Ralph Ince merupakan adik kepada John Ince dan Thomas H. Ince.

Ralph Ince
Ralph Ince 01.JPG
Everybody's Magazine, 1915
Kelahiran
Ralph Waldo Ince

(1887-01-16)16 Januari 1887
Meninggal dunia10 April 1937(1937-04-10) (umur 50)
PekerjaanPengarah filem, pelakon, penulis skrip
Tahun aktif1907–1937
PasanganLucille Lee Stewart (1910–1925) (bercerai)
Lucille Mendez (1926–1932) (bercerai)
Helen Tigges (1932–1937) (kematiannya)
SaudaraJohn Ince (abang)
Thomas H. Ince (abang)
Ralph Ince (anak)

Ince pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Perkahwinan pertama adalah dengan, Lucille Lee Stewart, kakak kepada pelakon Anita Stewart dan bertahan selama 15 tahun sebelum bercerai pada 1925 iaitu dua tahun selepas Stewart meninggalkan Ince.[1] Tahun berikutnya, Ince mengahwini Lucille Mendez, pelakon pentas dan filem sebelum berakhir pada tahun 1932 selepas Mendez mendakwa Ince telah merosakkan kerjayanya dengan tidak membenarkan Mendez menerima beberapa tawaran berlakon.[2] Perkahwinan terakhir Ince adalah bersama Helen Ruth Tigges. Ince dan Tigges berpindah ke Britain selepas berkahwin pada tahun 1932 untuk meneruskan kerja perfilemannya di sana.[3] Perkahwinan bersama Tigges dikurniakan seorang anak lelaki yang lahir sebulan sebelum kematian Ince.[3]

Ince meninggal dunia pada 10 April 1937, apabila kereta yang dipandu isterinya mengalami kemalangan di Kensington, London, England. Ince meninggal dunia, dan isterinya terselamat.

Filemografi terpilihSunting

PengarahanSunting

LakonanSunting

RujukanSunting

  1. ^ Ralph Ince Seeks Divorce - Portsmouth Daily Times (Portsmouth, Ohio), April 10, 1925, pg. 22
  2. ^ Lucille Mendes Divorces Ince - Syracuse Herald, April 03, 1932 pg. 14
  3. ^ a b "Ralph Ince Killed In Crash In London". The New York Times. April 12, 1937. m/s. 1.

Pautan luarSunting