Rama-rama tebuan (Sesia apiformis) ialah rama-rama yang besar di mana bentuk fizikalnya seakan-akan tebuan, namun ia tidak berbahaya.

Rama-rama tebuan
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Arthropoda
Kelas: Insecta
Order: Lepidoptera
Keluarga: Sesiidae
Genus: Sesia
Spesies:
S. apiformis
Nama binomial
Sesia apiformis
(Clerck, 1759)
Sinonim
  • Sphinx apiformis Clerck, 1759 (nec Linnaeus, 1761, nec Hübner, 1796)
  • Sphinx apiformis Linnaeus, 1761 (nec Hübner, 1796)
  • Sphinx crabroniformis [Denis & Schiffermüller], 1775 (nec Fabricius, 1793, nec Lewin, 1797, nec Laspeyres, 1801)
  • Sphinx sireciformis Esper, 1782
  • Sphinx tenebrioniformis Esper, 1782
  • Sphinx vespa Retzius, 1783
  • Trochilium apiformis f. brunneipes Turati, 1913
  • Trochilum apiformis ab. brunnea Caflisch, 1890
  • Trochilium apiformis ab. caflischii Standfuss, 1892
  • Aegeria apiformis ab. rhodani Mouterde, 1955

Pengecaman sunting

Rama-rama tebuan mudah dikelirukan dengan tebuan sebenar dan rama-rama tebuan bulan. Rama-rama ini sebesar tebuan malah tingkah lakunya serupa dengan apa yang dilakukan tebuan yakni terbang tersentak-sentak apabila diganggu tetapi ia mempunyai lebih warna kuning dan tiada pinggang di antara abdomen dan toraks. Rama-rama tebuan bulan pula memiliki warna kuning yang sedikit pada kepala dan bahu dan berkolar hitam, tidak seperti rama-rama tebuan yang berkolar kuning.

Penerangan sunting

 
Rama-rama tebuan sedang mengawan.

Rama-rama tebuan memiliki rentang sayap berukuran antara 33 hingga 48 mm dan kepak hadapan antara 17 hingga 21 mm.[1][2] Ia terbang pada pertengahan bulan Jun hingga Julai, kadangkala hingga Ogos dan boleh ditemui di bawah batang pokok Hawar seawal pagi.

Jangka hayat sunting

Kemandirian musim sejuknya sebagai larva adalah sekali dan kadangkala dua kali, selepas berada dalam kepompong bagi musim sejuk seterusnya. Rama-rama tebuan dewasa sering dijumpai pada pokok poplar berturut-turut selepas kemunculannya. Rama-rama tebuan betina pula bertelur di pangkal pokok poplar, makanan bagi larva. Larva menetas dan hanya makan di bawah permukaan kulit kayu, berhampiran tanah atau di bawahnya seperti akar.[3] Lubang keluar selalunya dilihat berdekatan pangkal pokok poplar dan mungkin terdapat kelongsong kepompong di situ.

Habitat sunting

Ia ditemukan di taman, tumbuhan pagar, balapan golf, kuari, tanah paya, pinggir ladang dan tepi tasik. Pokok dalam habitat terbuka yang dikelilingi dengan sedikit tumbuh-tumbuhan merupakan kesukaannya.

Rujukan sunting

  1. ^ "UKMoths: Hornet Moth Sesia apiformis". UKMoths.org. Dicapai pada 14 September. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  2. ^ "The Moths of Suffolk: Sesia apiformis". Dicapai pada 14 September. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  3. ^ "Sesia apiformis (Clerck, 1759)". Dicapai pada 14 September. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Lihat juga sunting