Dr. Razali Nawawi merupakan Presiden ABIM [1] yang pertama dan memegang jawatan dari tahun 1972 sehingga 1974, sebelum disambung oleh Anwar Ibrahim[2]. Beliau telah berkhidmat sebagai Dekan pertama bagi Kuliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)[3] (1983-1990) dan sebelum itu merupakan Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1972-1976).

Dr.

Razali Nawawi
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia
Dalam jawatan
1972–1974
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehAnwar Ibrahim
Butiran peribadi
LahirRazali bin Nawawi
(1944-07-09)9 Julai 1944
Tendong, Kelantan
Meninggal dunia18 Mei 2023(2023-05-18) (umur 78)

Latar Belakang & Pendidikan sunting

Dr. Razawi Nawawi dilahirkan di Kampung Hutan Pasir, Tendong dan dibesarkan di Kampung Slow Machang, Pasir Mas, Kelantan pada 17 April 1940 (rekod rasmi surat kelahiran 09 Julai 1944). Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rakyat Kampung Selor Machang sebelum berpindah ke Sekolah Melayu Pasir Mas.

Beliau memperoleh pendidikan menengah di Sekolah Arab Pasir Mas, sebelum berpindah ke Maahad Muhammadi Kota Bharu. Pada awal tahun 1960, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya, Klang, Selangor. Setelah menamantkan pengajian pada akhri tahun 1963, beliau menjadi tenaga pengajar di High School Setapak pada 1964.

Pada 11 November 1964, beliau meneruskan pengajian peringkat ijazah pertama di Universiti Al-Azhar, Mesir, dan tamat pengajian pada 1966. Beliau seterusnya menyambung Diploma Pendidikan di Universiti Ain Shams, Kaherah, pada 1967. Pada 11 November 1967, beliau mengambil kursus Post Graduate Diploma in Law di London University, United Kingdom (UK).

Pada tahun 1971, Dr. Razali telah menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Perbandingan Agama di Universiti Birmingham, UK. Pada tahun 1992, beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Islam Antrabangsa Malaysia.

Sumbangan Dalam Latar Dakwah sunting

Sebagai Presiden ABIM [1] yang pertama, beliau telah membawa masuk konsep dan membudayakan amalan Usrah sebagai tunjang utama perkembangan gerakan dakwah ABIM. Budaya itu kemudiannya diambil dan dibudayakan oleh ramai pertubuhan dakwah yang muncul selepas ABIM dan masih diterapkan dalam generasi pendakwah masa kini. Beliau telah menukilkan pengalaman dakwah beliau melalui bukunya yang berjudul Erti Perjuangan dan telah diluncurkan bersempena Muktamar Nasional WADAH kali ke-14 pada 13 September 2020 oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Rujukan sunting