Reichstag
Reichstag ("Diet Diraja") atau Dewan Perundangan Empayar ialah parlimen Empayar Rom Suci. Dewan utama parlimen Jerman kini dipanggil Bundestag ("Diet Persekutuan"), tetapi bangunan di mana Bundestag bersidang masih lagi dipanggi "Reichstag". Ia dikembangkan dari sidang seharian Hoftag dilakukan sesama warga isi istana diraja sejak abad ke-12 pada zaman Empayar Frank di mana para bangsawan dan balatentera raja menghadap baginda.
Ia mempunyai tiga dewan:[1]
- Majlis pemilih Maharaja (Kurfürstenrat) diketuai Uskup Agung Mainz selaku "Kanselor Besar" (Führung des Kurerzkanzlers), ditetapkan kepada 7 anggota seiring Perjanjian Mohor Emas 1356
- Majlis Raja-Raja Besar (Reichsfürstenrat) dianggotai pembesar (baron, graf) pimpinan uskup-uskup agung Salzburg dan Austria secara bergilir-gilir
- Majlis Kota-Kota (Städterat) diketuai wakil kota-kota diraja (Reichsstädte) terbahagi lanjut kepada kerusi-kerusi (Banken) Rheinland dan Swabia, bersidang di Regensburg.
Titah Putus Raja (Reichsschlusses) yang menentukan undang-undang kerajaan dari mana-mana peringkat majlis diluluskan suara kebanyakan majoriti (Mehrheitsprinzip) sebelum perlu diterima sebulat suara ketetiga majlis diatas serta direstui Maharaja sekali.[2]
Sejarah
suntingSemasa zaman Empayar Rom Suci, Reichstag amat berbeza dengan parlimen sekarang. Ia lebih merupakan perhimpunan pelbagai estet yang membentuk empayar tersebut.
Semasa zaman Empayar Jerman, institusi ini bersama-sama Maharaja Jerman membentuk penyatuan empayar. Bersama Majlis Persekutuan (Jerman: Bundesrat) insitusi ini memain peranan menggubal undang-undang empayar dan berhak menentukan belanjawan kerajaan. Namun begitu, Kanselor Empayar adalah tidak bertanggungjawab terhadap parlimen.
Pada tahun 1871, institusi ini mempunyai seramai 382 orang ahli, manakala pada tahun 1874 seramai 397 orang ahli-ahli yang dipilih di dalam satu pilihanraya yang umum, saksama dan rahsia. Ahli-ahlinya dipilih melalui sistem majoriti di dalam satu kawasan pilihanraya. Anggota-anggotanya adalah mewakili keseluruhan rakyat dan tidak terikat dengan mana-mana arahan. Mereka memiliki kekebalan politik dan daripada kecaman.
Pilihanraya diadakan pada awalnya setiap tiga tahun, tetapi selepas tahun 1888 diadakan setiap lima tahun. Anggota Reichstag dipanggil bersidang pada setiap tahun oleh maharaja. Untuk membubarkan parlimen, kelulusan Majlis Persekutuan dengan mendapatkan kebenaran maharaja diperlukan.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Roth, Andreas; Gmür, Rudolf (2008). Grundriss der deutschen Rechtsgeschichte. Academia Iuris Lehrbücher der Rechtswissenschaft (ed. 12., überarb. Aufl). Köln München: Heymann. m/s. 102. ISBN 978-3-452-26859-4.
- ^ ibid., m/s. 105–6
Pustaka
sunting- Peter Claus Hartmann: Das Heilige Römische Reich deutscher Nation in der Neuzeit 1486–1806. Stuttgart 2005, ISBN 3-15-017045-1.
- Axel Gotthard: Das Alte Reich 1495–1806. Darmstadt 2003, ISBN 3-534-15118-6
- Edgar Liebmann: Reichstag. In: Friedrich Jaeger (Hrsg.): Enzyklopädie der Neuzeit, Bd. 10: Physiologie-Religiöses Epos. Stuttgart 2009, str. 948–953, ISBN 3-534-17605-7
- Barbara Stollberg-Rilinger: Des Kaisers alte Kleider. Verfassungsgeschichte und Symbolsprache des Alten Reiches. München 2008, ISBN 978-3-406-57074-2
- Helmut Neuhaus: Das Reich in der frühen Neuzeit (Enzyklopädie Deutscher Geschichte, Band 42). München 2003, ISBN 3-486-56729-2.
- Heinz Angermeier: Das alte Reich in der deutschen Geschichte. Studien über Kontinuitäten und Zäsuren. München 1998, ISBN 3-486-55897-8