Reka bentuk sejagat

Reka bentuk sejagat (universal design) difahamkan sebagai reka bentuk pada binaan atau bangunan. produk atau persekitaran yang mudah digunakan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira usia, keupayaan mahupun faktor-faktor lain.

Contoh terpilihSunting

  • Jalan masuk yang lancar dan sekata, tanpa perlunya tangga (yang mungkin menghalang pengguna kerusi roda)
  • Penyediaan sarikata dalam program-program siaran baik dari televisyen mahupun penstriman (terutamanya untuk golongan tunakerna)
  • Penggambaran audio (audio description) yang membaca teks laman web yang dipaparkan - memudahkan sesiapa yang kurang baik penglihatannya
  • Tetapan yang bisa melaraskan kelantangan atau kelajuan audio output yang keluar agar mudah difahami pendengar

RujukanSunting