Buka menu utama

Republik Demokratik Georgia (RDG; Bahasa Georgia: [საქართველოს დემოკრატიული რესპუბლიკა, Sakartvelos Demokratiuli Respublika] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)), 1918–1921, merupakan penubuhan pertama negara moden Republik Georgia.

Republik Demokratik Georgia

საქართველოს დემოკრატიული რესპუბლიკა
1918–1921
Flag of Georgia
{{{coat_alt}}}
Flag Coat of arms
Lagu kebangsaan: Dideba Zetsit Kurtheuls
Peta Republik Demokratik Georgia bermula pada November 1918 sehingga Mei 1920.
Peta Republik Demokratik Georgia bermula pada November 1918 sehingga Mei 1920.
Ibu kotaTbilisi
Bahasa lazimGeorgia
Agama
Kristian Ortodoks Georgia
PemerintahanRepublik
Pengerusi 
• 1918
Noe Ramishvili
• 1918-1921
Noe Zhordania
Era sejarahTempoh antara perang
• Diasaskan
26 Mei 1918
11 Februari 1921
• Pendudukan Soviet
Pendudukan Soviet
Populasi
• 1919
c. 2500000
Mata wangManeti Georgia
Didahului oleh
Diganti oleh
Republik Persekutuan Demokratik Transkaukasia
Republik Sosialis Soviet Georgia

RDG ditubuhkan selepas kejatuhan Empayar Rusia yang bermula dengan Revolusi Rusia 1917. Sempadan negara ini adalah Republik Rakyat Kuban dan Republik Pergunungan Kaukasus Utara di utara, Empayar Uthmaniyyah, Republik Demokratik Armenia di selatan dan Republik Demokratik Azerbaijan di tenggara. Luas negara ini adalah kira-kira 107,600 km² (sebagai perbandingan, luas negara Georgia pada hari ini adalah 69,700 km²), dan memiliki penduduk seramai 2.5 juta.

Ibu negara Georgia adalah Tbilisi, dan bahasa kebangsaan pula adalah Georgia. Diistiharkan pada 26 Mei, 1918, selepas perpecahan Persekutuan Transkaukasia, ia telah dipimpin oleh Parti Demokratik Sosial Menshevik. Berdepan dengan masalah-masalah dalaman dan luaran yang berkekalan, negara baru ini tidak dapat bertahan dengan serangan daripada Tentera Merah Republik Sosialis Persekutuan Soviet Rusia, dan runtuh di antara bulan Februari dan Mac 1921 untuk menjadi sebuah republik Soviet.

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting