Republik Weimar
Nama Republik Weimar (Weimarer Republik (bantuan·maklumat), IPA: [ˈvaɪmarɐ repuˈbliːk] <VAI-ma-ra ré-pu-BLIK>) dipakai oleh para sejarawan untuk menandakan zaman republik demokratik di Jerman Jerman dari tahun 1919 hingga 1933.
Reich Jerman Deutsches Reich | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1919–1933 | |||||||||
| |||||||||
Lagu kebangsaan: Das Lied der Deutschen | |||||||||
![]() | |||||||||
Ibu negara | Berlin | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Jerman | ||||||||
Kerajaan | Republik | ||||||||
Presiden | |||||||||
• 1918-1925 | Friedrich Ebert | ||||||||
• 1925-Ogos 1934 | Paul von Hindenburg | ||||||||
Canselor | |||||||||
• 1919 | Philipp Scheidemann (pertama) | ||||||||
• 1933 | Adolf Hitler (terakhir) | ||||||||
Badan perundangan | Reichstag | ||||||||
• Majlis negara | Reichsrat | ||||||||
Era Sejarah | Zaman antara perang | ||||||||
• Didirikan | 11 Ogos 1919 | ||||||||
• Hitler menjadi canselor | 30 Januari 1933 | ||||||||
27 Februari 1933 | |||||||||
23 Mac 1933 | |||||||||
Keluasan | |||||||||
1925 [1] | 468,787 km2 (181,000 bt2) | ||||||||
Penduduk | |||||||||
• 1925 [1] | 62411000 | ||||||||
Mata wang | Papiermark (1919-1923) Reichsmark (1924-1933) | ||||||||
Kod ISO 3166 | DE | ||||||||
|
Berikutan Perang Dunia Pertama, republik ini timbul dari Revolusi Jerman pada bulan November 1918. Pada tahun 1919, sebuah perhimpunan kebangsaan bersidang di bandar raya Weimar, di mana hadirnya perlembagaan baru untuk Reich Jerman untuk diterima guna pada 11 Ogos. Cubaan mendirikan semula Jerman sebagai negara demokrasi liberal ini gagal setelah bangkitnya Adolf Hitler dan Parti Nazi pada tahun 1933. Walaupun sebetulnya perlembagaan Weimar 1919 tidak dibatalkan sehingga selepas Perang Dunia Kedua, tindakan undang-undang yang diambil kerajaan Nazi pada bulan Februari dan Mac 1933, yang bergelar Gleichschaltung, menghancurkan mekanisme-mekanisme demokrasi sejati. Oleh itu, tahun 1933 selalu dianggap sebagai detik berakhirnya Republik Weimar, sekaligus bermulanya "Reich Ketiga" pimpinan Hitler.
Nama Republik Weimar tidak pernah sekali dipakai secara rasmi sewaktu kewujudannya. Walaupun berbentuk republik, republik baru ketika itu masih dikenali sebagai Deutsches Reich dalam bahasa Jerman, atau "Empayar Jerman" dalam bahasa Melayu. Oleh sebab istilah Jerman reich lebih banyak maksudnya berbanding perkataan empayar, maka namanya sering diterjemah menjadi Reich Jerman. Nama pendeknya tetap Jerman.
Rujukan Sunting
- ^ "Das Deutsche Reich im Überblick". Wahlen in der Weimarer Republik. Dicapai pada 2007-04-26.
Pautan luar Sunting
- Perlembagaan Reich Jerman (perlembagaan Weimar) 11 Ogos 1919, teks penuh
- PSM Data Bank
- (Jerman) Dokumen bersejarah