Rhineland (Jerman: Rheinland, Perancis: Rhénanie) ialah nama yang digunakan untuk kawasan Barat Jerman yang ditakrifkan tidak padat di sepanjang Sungai Rhine, terutama bahagian tengahnya.

Jata Rhineland

Istilah sunting

 
Provinsi Rhine (warna hijau) pada tahun 1830 melapisi sempadan moden.

Dari segi sejarah, Negeri Rhineland[1] merujuk (secara fizikal) pada kawasan daratan yang ditakrifkan tidak padat yang melingkari kedua-dua tebing Sungai Rhine di Eropah Tengah, dihuni oleh orang Frank Ripuarian dan orang Frank Salian. Dalam Zaman Pertengahan, banyak negeri-negeri Imperial di sepanjang sungai muncul dari bekas wilayah kekuasaan duke kerajaan Lotharingia, tanpa membangunkan mana-mana identiti politik atau budaya yang sama.

Konsep "Rhineland" tidak berubah sehingga abad ke-19 selepas Perang Gabungan Pertama, apabila sebuah Republik Cisrhenian yang tidak kekal lama telah ditubuhkan di wilayah taklukan Perancis. Istilah ini merangkumi keseluruhan zon pendudukan barat Rhine (B.Jerman: Linkes Rheinufer) termasuk pengkalan terdepan di tebing timur. Selepas keruntuhan Empayar Perancis Pertama yang mendominasi Tebing Barat pada awal abad ke-19, jajahan Lower Rhine dan Jülich-Cleves-Berg telah diilhakkan kepada Kerajaan Prusia. Pada tahun 1822 pentadbiran Prusia menyusun semula wilayah itu sebagai Provinsi Rhine (juga dikenali sebagai Rhenish Prussia), satu istilah yang berterusan digunakan atas nama negeri-negeri Jerman iaitu Rhineland-Palatinate dan North Rhine-Westphalia.

Selepas Perang Dunia I, bahagian barat negeri Rhineland telah diduduki oleh tentera pakatan Entente, kemudian dijadikan zon bebas tentera dibawah Persetiaan Versailles 1919. Tentera Jerman melengkapkan tentera di negeri itu pada tahun 1936, sebagai sebahagian daripada ujian diplomatik, tiga tahun sebelum tercetusnya Perang Dunia II.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Dickinson, Robert E. (1964). Germany: A regional and economic geography (ed. 2nd). London: Methuen. m/s. 357f. ASIN B000IOFSEQ.

Bacaan lanjut sunting

  • Blanning, T. C. W. The French Revolution in Germany: Occupation and Resistance in the Rhineland 1792-1802 (1983)
  • Brophy, James M. Popular Culture and the Public Sphere in the Rhineland, 1800-1850 (2010) excerpt and text search
  • Collar, Peter. The Propaganda War in the Rhineland: Weimar Germany, Race and Occupation after World War I (2013) excerpt and text search
  • Diefendorf, Jeffry M. Businessmen and Politics in the Rhineland, 1789-1834 (1980)
  • Emmerson, J.T. Rhineland Crisis, 7 March 1936 (1977)
  • Ford, Ken; Brian, Tony (2000). The Rhineland 1945: The Last Killing Ground in the West. Oxford: Osprey. ISBN 1-85532-999-9.
  • Marsden, Walter (1973). The Rhineland. New York: Hastings House. ISBN 0-8038-6324-1.
  • Rowe, Michael, From Reich to State: The Rhineland in the Revolutionary Age, 1780-1830 (2007) excerpt and text search
  • Sperber, Jonathan. "Echoes of the French Revolution in the Rhineland, 1830-1849," Central European History (1989( 22#2 pp 200-217
  • Sperber, Jonathan. Rhineland Radicals: The Democratic Movement and the Revolution of 1848-1849 (1992)