Riccardo Orsolini (lahir 24 Januari 1997) merupakan pemain bola sepak profesional Itali yang beraksi di posisi sayap untuk kelab Itali, Bologna dan pasukan kebangsaan Itali.

Riccardo Orsolini
Fail:Orsolini LazioBologna.jpg
Orsolini meraikan jaringan gol bersama Bologna pada 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Riccardo Orsolini
Tarikh lahir (1997-01-24) 24 Januari 1997 (umur 27)
Tempat lahir Ascoli Piceno, Itali
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bologna
Nombor 7
Kerjaya remaja
Ascoli
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2017 Ascoli 50 (8)
2017–2019 Juventus 0 (0)
2017–2018Atalanta (pinjam) 8 (0)
2018–2019Bologna (pinjam) 43 (8)
2019– Bologna 23 (7)
Pasukan kebangsaan
2016–2017 Itali B20 12 (8)
2017–2019 Itali B21 15 (3)
2019– Itali 1 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:19, 7 Februari 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22:15, 18 November 2019 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Orsolini merupakan produk dari akademi Ascoli. Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior ketika musim 2015–16 di Serie B sebelum melakukan sembilan penampilan liga.

Pada 30 Januari 2017, Orsolini telah menyertai Juventus melalui kontrak yang berlanjutan sehingga Jun 2021 dengan nilai perpindahan 6 juta euro serta bonus bernilai 4 juta euro yang tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.[1]. Namun, Orsolini kekal bersama Ascoli Piceno sehingga ke penghujung musim.

Pada 14 Julai 2017, Orsolini telah dipinjamkan ke Atalanta selama dua musim.[2]

Orsolini kembali ke Juve sebelum dipinjamkan ke Bologna FC pada Januari 2017 selepas hanya beraksi sebagai pemain gantian sahaja ketika bersama Atalanta. Tempoh pinjaman kali ini selama 18 bulan bersama pilihan untuk dibawa masuk secara tetap.[3] Pada 19 Jun 2019, Orsolini telah menandatangani kontrak bersama Bologna untuk melengkapkan perpindahannya yang tetap.[4]

Kerjaya antarabangsa sunting

Ketika mewakili pasukan bawah-20 Itali, Orsolini mengambil bahagian dalam kejohanan Piala Dunia FIFA B-20 2017 dengan menjaringkan lima gol yang menyaksikan Itali menamatkan kejohanan di tempat ketiga, iaitu rekod terbaik mereka sepanjang sejarah kejohanan.[5][6] Dengan mempamerkan persembahan yang prolifik, beliau telah disenaraikan oleh media sebagai pemain terbaik Itali yang paling layak.[7]

Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama pasukan bawah-21 ketika di bawah kendalian jurulatih Luigi Di Biagio pada 1 September 2017 dalam perlawanan persahabatan menentang Sepanyol.

Orsolini melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior pada 18 November 2019 ketika di bawah bimbingan jurulatih Roberto Mancini. Beliau beraksi sebagai pemain gantian menggantikan Nicolò Barella dalam aksi membelasah Armenia 9-1 pada perlawanan terakhir kempen kelayakan UEFA Euro 2020. Beliau juga menjaringkan gol sulungnya bersama Itali pada perlawanan itu di samping membantu jaringan Federico Chiesa.[8]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 7 Februari 2020.[9]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Ascoli 2015–16 9 0 0 0 9 0
2016–17 41 8 1 0 42 8
Jumlah 50 8 1 0 51 8
  Atalanta 2017–18 8 0 1 0 1 0 10 0
  Bologna 2017–18 8 0 0 0 8 0
2018–19 35 8 2 2 37 10
2019–20 23 7 2 1 25 8
Jumlah 66 15 4 3 70 18
Jumlah kerjaya 124 23 6 3 1 0 131 26

Antarabangsa sunting

Sehingga 18 November 2019.[10]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2019 1 1
Jumlah 1 1

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
18 November 2019 Palermo, Itali   Armenia
8–0
9–1
Kelayakan Euro 2020

Pencapaian sunting

Catatan sunting

  1. ^ "Riccardo Orsolini joins Juventus". Juventus F.C. 30 January 2017. Dicapai pada 31 January 2017.
  2. ^ http://www.football-italia.net/105745/official-atalanta-sign-orsolini
  3. ^ https://www.football-italia.net/116526/official-bologna-loan-orsolini
  4. ^ "UFFICIALE: Bologna, riscattato Orsolini dalla Juventus". Dicapai pada 19 June 2019.
  5. ^ "FIFA U-20 World Cup South Korea 2015 – Award". FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. Dicapai pada 11 June 2017.
  6. ^ Francesco Oddi (11 June 2017). "Mondiale Under 20, Uruguay-Italia 1-4 ai rigori: Plizzari super, azzurrini terzi" (dalam bahasa Italian). La Gazzetta dello Sport. Dicapai pada 11 June 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Italia Under 20, Orsolini capocannoniere del Mondiale" (dalam bahasa Italian). Il Corriere dello Sport. 11 June 2017. Dicapai pada 11 June 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Italy: Armenia annihilated 9-1!". Football Italia. 18 November 2019. Dicapai pada 19 November 2019.
  9. ^ "Riccardo Orsolini » Club matches". worldfootball.net. Dicapai pada 23 February 2018.
  10. ^ Templat:NFT

Pautan luar sunting