Risa Saraswati

Penulis, penyanyi, dan pelakon wanita Indonesia

Risa Saraswati (lahir 24 Februari 1985) merupakan seorang penyanyi dan penulis Indonesia yang berketurunan Melayu dan Sunda. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan indie Indonesia, Homogenic (kini HMGNC) sebelum meninggalkan kumpulan itu pada 2009. Selain itu, beliau juga terkenal dengan kemampuan ghaibnya yang mampu berkomunikasi dengan makhluk halus.[2][3]

Risa Saraswati
Kelahiran (1985-02-24) 24 Februari 1985 (umur 39)
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, penulis
Tahun aktif2002–kini
PasanganDimas Tri Adityo
Anak-anakAnaking Raga Janari[1]
Kerjaya muzik
Genregothic metal, indie, rock alternatif, pop, rock
Instrumenvokal
Syarikat rakaman
Demajors
Pengkarya berkait
Homogenic, Sarasvati
Laman sesawang
www.risasaraswati.com
Tandatangan

Kehidupan peribadi sunting

Risa dibesarkan di Bandung. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Katolik Parahyangan (UNPAR) dan Sarjana Sains Komunikasi dari Universitas Pasundan, Bandung.

Kebolehan ghaib sunting

Sejak kecil, Risa menunjukkan tingkah laku pelik dengan sering bercakap seorang diri. Dia mampu berkomunikasi dan juga menjalinkan hubungan baik dengan makhluk yang tidak kelihatan. Oleh itu, album Story of Peter banyak menceritakan tentang kedekatannya dengan makhluk ghaib ini.

Malah lagu yang bertajuk "Bilur" itu datang daripada kejadian mistik. Lirik nyinden juga berasal dari roh yang dipanggil "Mae". Di mana Mae adalah penyanyi sinden yang berkahwin dengan lelaki, tetapi ibu bapanya tidak merestuinya. Dalam kehidupan sehariannya, Mae selalu diseksa oleh suaminya sendiri. Mae mati kerana suaminya menyeksanya, dan dia menyesal kerana tidak menuruti kata-kata ibu bapanya.

Diskografi sunting

Homogenic sunting

  • Epic Symphony (2004)
  • Echoes of the Universe (2006)

Sarasvati sunting

  • Story of Peter (2011)
  • Mirror (2012)
  • Sunyaruri (2013)
  • Ballades (2015)
  • Ratimaya (2015)

Bibliografi sunting

  • Danur (2011)
  • Maddah (2012)
  • Sunyaruri (2013)
  • Ananta Prahadi (2014)
  • r.i.s.a.r.a (2014)
  • Catatan Hitam (2015)
  • Gerbang Dialog Danur (2015)
  • Rasuk (2015)
  • Peter (2017)
  • William (2017)
  • Janshen (2017)
  • Hendrick (2017)
  • Hans (2017)
  • Ivanna Van Dijk (2018)
  • Silam (2018)
  • Senjakala (2018)
  • Tenung (2019)
  • Jurnal Risa: Teror Liburan Sekolah (2020)

Rujukan sunting

  1. ^ Vidia Elfa Safhira (16 Januari 2020). "Penulis Buku Danur, Risa Saraswati Lahirkan Anak Pertamanya". Pikiran Rakyat (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Jun 2020.
  2. ^ "8 teman alam gaib Risa Saraswati yang kisahnya dibuat buku best-seller". Gramedia (dalam bahasa Indonesia). 19 Oktober 2018. Dicapai pada 9 April 2019.
  3. ^ Putradi Pamungkas (21 September 2019). "TRIBUNNEWSWIKI - Risa Saraswati, Musisi dan Novelis Berkemampuan Indigo". TribunNews (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 7 Jun 2020.

Pautan luar sunting