Roger Ebert
Roger Joseph Ebert (18 Jun 1942 – 4 April 2013) merupakan seorang pengkritik filem, sejarawan, wartawan dan penulis dari Amerika Syarikat. Beliau menulis terutamanya untuk akhbar Chicago Sun-Times dari 1967 sehingga kematiannya pada 2013. Beliau mempopularkan rancangan pengulasan filem dalam bentuk media TV melalui rancangan yang dihoskan bersama Gene Siskel iaitu Sneak Previews produksi PBS dan At the Movies produksi Disney-ABC Domestic Television.
Roger Ebert | |
---|---|
Lahir | Roger Joseph Ebert 18 Jun 1942 Urbana, Illinois, Amerika Syarikat |
Meninggal dunia | April 4, 2013 Chicago, Illinois, Amerika Syarikat | (umur 70)
Pekerjaan | Pengkritik filem, wartawan, penulis |
Bahasa | bahasa Inggeris |
Pendidikan | Urbana High School |
Alma mater | University of Illinois at Urbana–Champaign |
Subjek | Filem |
Tahun aktif | 1967–2013 |
Karya terkenal |
|
Anugerah | Hadiah Pulitzer Penulisan Kritikan |
Pasangan | Chaz Hammelsmith (k. 1992) |
Tandatangan | |
Laman web | |
rogerebert |
Beliau dianggap sebagai pengkritik filem paling dikenali dan berpengaruh di Amerika Syarikat.[1][2][3]
Biografi
suntingAwal hidup dan pendidikan
suntingRoger Joseph Ebert[4] dilahirkan di Urbana, Illinois, dan merupakan anak tunggal Annabel (née Stumm;[5][6] 1 Mei 1911 - 1 Jun 1987), seorang penjaga buku,[1][5][7] dan Walter Harry Ebert (20 November 1901 - 22 September 1960), seorang juruelektrik.[8][9] Keturunan nenek moyangnya adalah pendatang Jerman[10] dan keturunannya adalah orang Ireland dan Belanda.[7][11][12] Beliau dibesarkan dalam anutan agama Kristian mazhab Katolik Romawi di mana beliau menghadiri sekolah gereja St. Mary dan berkhidmat sebagai anak altar di Urbana High School.[9]
Minat Ebert dalam kewartawanan bermula sejak beliau belajar di sekolah tersebut di mana beliau merupakan penulis sukan untuk akhbar "The News-Gazette" di Champaign, Illinois; Walau bagaimanapun, beliau memulakan kerjayanya dengan menulis surat komen kepada peminat sains fiksyen pada era tersebut.[13] Pada tahun yang sama, beliau adalah presiden kelas dan ketua editor akhbar sekolah tinggi, The Echo.[9] Pada tahun 1958, beliau memenangi kejohanan pertandingan persatuan Illinois dalam "pengacaraan radio", sebuah acara yang menyerupai berita baru radio.[14]
Kerjaya mengulas di TV
suntingSenja hidup
suntingPendekatan mengulas filem
suntingEbert menjelaskan pendekatan kritisnya terhadap filem bersifat "relatif, tidak absolut". Ia memberikan empat bintang untuk filem berkualitas sangat tinggi dan setengah bintang untuk filem bermutu sangat rendah, kecuali jika ia menganggap filem tersebut "tidak artistik" dan/atau "tidak bermoral", filem tersebut tidak diberi bintang.[15]
Saat kamu bertanya kepada kawan, 'apakah Hellboy cukup bagus', kamu tidak bertanya apakah Hellboy bagus jika dibandingkan dengan Mystic River; justeru kamu bertanya apakah Hellboy bagus jika dibandingkan dengan The Punisher. Jawaban saya begini: dalam skala satu sampai empat, jika Superman mendapat empat bintang, Hellboy tiga, dan The Punisher dua. Sama halnya jika American Beauty mendapat empat bintang, The United States of Leland dua bintang.[16]
Apabila beliau berdepan filem-filem yang menyentuh agama Kristian Katolik Rom dianutinya sebagai topik utama, maka Ebert akan mengulas berdasarkan pemahaman ilmu agama yang diajar kepadanya agar segala unsur-unsur agama ditonjolkan semasa tontonnya sahih.[17] Meskipun Ebert menyatakan dirinya sebagai seorang yang berfahaman agnostik,[17] beliau tetap akan mengkritik kuat filem yang diyakini sangat acuh atau menghina agama Katolik yang mempengaruhi pemikirannya seperti Stigmata[18] dan Priest.[19] Namun, beliau juga akan memberi penilaian positif terhadap filem-filem berkontroversi bertemakan Yesus dan Katolik seperti The Passion of the Christ,[20] The Last Temptation of Christ dan filem satira Dogma karya Kevin Smith.[21]
Ebert pernah berseloroh Citizen Kane merupakan filem kegemarannya yang "rasmi", namun beliau lebih memilih La Dolce Vita sebagai filem yang benar-benar disukainya.[22] Robert Mitchum dan Ingrid Bergman merupakan pelakon-pelakon paling digemarinya.[23] Ebert lazimnya tidak berapa suka menyenaraikan filem-filem terbaik",[22] namun beliau akan lakukan sedemikian untuk tujuan tertentu misalnya untuk Sight and Sound Directors' Poll 2012. Sesuai abjad, filem-filem tersebut adalah 2001: A Space Odyssey, Aguirre, the Wrath of God, Apocalypse Now, Citizen Kane, La Dolce Vita, The General, Raging Bull, Tokyo Story, The Tree of Life dan Vertigo.[24]
Ebert telah menyusun senarai filem "terbaik tahun ini" sejak 1960-an yang selalu dijadikan patokan penilaian kncendenungan pengulasannya sepanjang hayatnya:[25]
|
|
|
Senarai karya penulisan
sunting- An Illini Century: One Hundred Years of Campus Life (1967)
- A Kiss Is Still a Kiss (1984)
- The Perfect London Walk (1986), bersama Daniel Curley
- Two Weeks In Midday Sun: A Cannes Notebook (1987)
- The Future of The Movies (1991) bersama Gene Siskel
- Behind the Phantom's Mask (1993)
- Ebert's Little Movie Glossary (1994)
- Roger Ebert's Book of filem (1996)
- Questions for the Movie Answer Man (1997)
- Ebert's Bigger Little Movie Glossary (1999)
- I Hated, Hated, Hated This Movie (2000)
- Siri The Great Movies
- The Great Movies (2002)
- The Great Movies II (2005)
- The Great Movies III (2010)
- The Great Movies IV (2016)
- Awake in the Dark: The Best of Roger Ebert (2006)
- Your Movie Sucks (2007)
- Roger Ebert's Four-Star Reviews 1967–2007 (2007)
- Scorsese by Ebert (2008)
- The Pot and How to Use It: The Mystery and Romance of the Rice cooker (2010)[26]
- Life Itself: A Memoir. (2011) New York: Grand Central Publishing.
- A Horrible Experience of Unbearable Length (2012)
Filemografi
suntingFilem
sunting- Beyond the Valley of the Dolls (1970) - sebagai penulis lakon layar.
- Up! (1976)
Siri televisyen
sunting- Sneak Previews (1975-1982) - sebagai pengacara bersama
- At the Movies (1982-1986, 1986-2006) - sebagai pengacara bersama
- Ebert Presents: At the Movies (2010-2011) - sebagai pengacara
Rujukan
sunting- ^ a b Steinberg, Neil (April 4, 2013). "Roger Ebert dies at 70 after battle with cancer". Chicago Sun-Times. Diarkibkan daripada yang asal pada December 16, 2014. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) Ralat petik: Tag<ref>
tidak sah, nama "SunTimesObit" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Riper, Tom Van (September 24, 2007). "The Top Pundits in America". Forbes. Dicapai pada December 9, 2008.
- ^ Turan, Kenneth (April 4, 2013). "Remembrance: Roger Ebert, film's hero to the end". Los Angeles Times.
- ^ "Roger Ebert – Arkib Temubual Bahagian 1 daripada 3 " di YouTube. Mei 20, 2008. Dicapai pada Jun 7, 2012.
- ^ a b "Biography of Roger Ebert". Film Reference. Dicapai pada Oktober 17, 2009.
- ^ "Ebert, Roger (R. Hyde, Reinhold Timme)". encyclopedia.com. April 4, 2013. Italic or bold markup not allowed in:
|website=
(bantuan) - ^ a b Ebert, Roger. Life Itself: A Memoir. New York: Grand Central Publishing.
- ^ Roger Ebert (January 19, 2011). "The Company Men". RogerEbert.com.
- ^ a b c Felsenthal, Carol (Disember 2005). 'A Life In The Movies'. Chicago Magazine. Kael quote, p. 1; agnosticism, p. 2; Catholic upbringing and wife's name, p. 3. Retrieved April 6, 2013.
- ^ Ebert, Roger (April 12, 2002). "Maryam Movie Review & Film Summary". RogerEbert.com. Dicapai pada Januari 2, 2017.
- ^ "Oh, say, can you wear?". RogerEbert.com. Mei 13, 2010.
- ^ Ebert, Roger (Februari 22, 2013). "What was my Aunt Martha trying to ask me?". Roger Ebert's Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada Februari 26, 2013. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "RogerEbert.com". RogerEbert.com. Oktober 13, 2004. Dicapai pada Julai 24, 2011.
- ^ "Roger Ebert in the IHSA list of state speech champions, 1957–58". Ihsa.org. Dicapai pada April 5, 2013.
- ^ "''Death Wish II'' review by Roger Ebert". Rogerebert.suntimes.com. Dicapai pada 2011-07-24.
- ^ Ebert's review of Shaolin Soccer (April 23, 2004)
- ^ a b A Life In The Movies, Carol Felsenthal, Chicago Magazine December 2005 Diarkibkan 2011-08-23 di Wayback Machine Ebert's Catholic upbringing is noted on Page 1; His later agnosticism is noted on Page 2.
- ^ Ebert's review of Stigmata (January 1, 1999)
- ^ "Roger Ebert. Review of ''Priest''. suntimes.com. April 7, 1995". Rogerebert.suntimes.com. Dicapai pada 2011-07-24.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamapassion
- ^ Ebert's review of Dogma (November 12, 1999)
- ^ a b Dumont, Aaron (4 September 2008). "Roger Ebert. "What's your favorite movie?" ''Chicago Sun-Times''. September 4, 2008". Blogs.suntimes.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-05. Dicapai pada October 17, 2009.
- ^ "Biography page for Ebert at". Tv.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-17. Dicapai pada October 17, 2009.
- ^ "The Greatest Films Poll - Roger Ebert". "BFI. September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-22. Dicapai pada September 12, 2012.
- ^ "Ebert's 10 Best Lists: 1967-present". Chicago Sun-Times.
- ^ Severson, Kim (August 31, 2010). "Roger Ebert: No Longer an Eater, Still a Cook". The New York Times. Dicapai pada October 30, 2010.