Roh Moo-hyun (IPA: [nomuʝʌn]; (1 September 1946 – 23 Mei 2009) merupakan ahli politik Korea Selatan yang berkhidmat sebagai Presiden Korea Selatan ke-9 dari 2003 hingga 2008. Sebelum menyertai politik, beliau berkhidmat sebagai peguam hak asasi manusia.

Roh Moo-hyun
노무현
Potret rasmi, 2003
Presiden Korea Selatan ke-9
Dalam jawatan
25 Februari 2003 – 24 Februari 2008
Perdana MenteriGoh Kun
Lee Hae Chan
Han Myung-sook
Han Duck-soo
Didahului olehKim Dae-jung
Digantikan olehLee Myung-bak
Butiran peribadi
Lahir(1946-09-01)1 September 1946
Gimhae, Gyeongsangnam-do, Korea Selatan
Meninggal dunia23 Mei 2009(2009-05-23) (umur 62)
Yangsan, Gyeongsangnam-do, Korea Selatan
Sebab kematianBunuh diri
Parti politikParti Uri (2003-2007)
Parti Demokratik Milenia (1997-2003)
Parti Demokratik(1990-1997)
Parti Demokratik Bersatu(1988-1990)
PasanganKwon Yang-sook
Roh Moo-hyun
Hangul노무현
Hanja
Perumian SemakanNo Muhyeon
McCune–ReischauerNo Mu-hyŏn

Kerjaya politik Roh sebelum menjadi presiden bertumpukan perjuangan hak asasi manusia untuk bersama golongan siswa di Korea Selatan. Di ambang kuasa, beliau memberi tumpuan pula kepada menentang regionalisme dalam politik Korea Selatan, yang sekaligus membawa kepada jawatan presiden. Pemilihan beliau banyak dipengaruhi oleh para aktivis di Internet, kali pertama Internet menjadi medan pengaruh pilihan raya Korea.[1]

Pelantikan Roh sebagai presiden menjadi peristiwa penting kerana menandakan penguasaan generasi baru bergelar Generasi 386, (golongan berusia 30-an apabila gelaran tersebut dicipta, pernah masuk universiti pada zaman 1980-an, dan lahir di zaman 1960-an) dalam persada politik Korea Selatan.[2] Generasi ini pernah menimba pengalaman dalam tunjuk perasaan golongan siswa menentang pemerintahan autoritarian, serta mendukung pendirian nasionalis yang tegas terhadap Amerika Syarikat dan Jepun, serta pendekatan berdamai dengan Korea Utara. Ramai golongan ini yang menyertai pentadbiran Roh.[3]

Walaupun mulanya ditaruh harapan tinggi,[4] namun kepimpinan Roh diselubungi tuduhan kekurangan kecekapan, diburukkan lagi dengan keasyikan Roh berbalah dengan lawan-lawannya yang turut menjejaskan sokongan awam. Konflik demi konflik terus meyelubungi penggalnya selaku presiden, yang disifatkan oleh pergolakan buruh tanpa henti,[5] perbalahan peribadi dengan media, dan ketegangan diplomatik dengan Amerika Syarikat dan Jepun. Kebanyakan kempen politik Roh yang kelihatan semberono, termasuk rancangan memindahkan ibu negara, dan rancangan membentuk parti campuran dengan pembangkang turut disambut hambar.

14 bulan selepas meletak jawatan, Roh terjerumus dalam skandal rasuah. Skandal ini, serta kerebahan ahli politik "paksi Pro-Roh",[6] kejatuhan Parti Uri dan ketumpasan pewarisnya iaitu Parti Demokratik di Perhimpunan Kebangsaan, dan kekalahan calon pewaris Roh di pilihan raya presiden, menandakan kejatuhan Generasi 386 yang pernah menjulang nama Roh.[7]

Roh membunuh diri pada 23 Mei 2009 dengan menerjun dari cerun gunung, selepas meninggalkan pesanan akhir.[8] Kejadian tersebut disahkan oleh pihak polis.[9]

Maklumat Peribadi sunting

Berkahwin Kwon Yang-sook (권양숙), Roh mempunyai dua orang anak iaitu Roh Jeong-yeon, 노정연, (lahir 1975), seorang pekerja kedutaan dan seorang anak lelaki Roh Geon-ho, 노건호, (lahir 1973), bekas pekerja LG Electronics kini memiliki Sarjana pengurusan perniagaa dari Universiti Stanford. Roh beragama Roman Katolik, Kristian, sebagaimana Kim Dae-Jung. Roh dilahirkan pada tahun 1946 di dalam keluarga petani di Gimhae, berhampiran Busan, di tenggara Korea Selatan. Pada tahun 1960, beliau memimpin pelajar di dalam tunjuk perasaan di sekolahnya. Seterusnya berkhidmat sebagai tentera Korea Selatan. Beliau menyambung pelajarannya di dalam bidanh undang-undang pada tahun 1975. Seterusnya pada tahun 1977, beliau menjadi hakim daerah di Daejeon dan memulakan latihan dalam undang-undang percukaian pada tahun 1978.

Kerjaya Politik sunting

Pada 1988 Roh menyertai politik dan berusaha keras menentang rasuah dan khususnya Pembunuhan Gwangju 1980.

Roh berjaya dalam pilihan raya April 2000 di Busan, Korea Selatan.

Beliau dilantik sebagai Menteri Perikanan dan Marin pada Ogos 2000. Seterusnya terpilih sebagai calon Presiden Parti Demokratik Milenium dengan mengalahkan Lee Hae-chan dengan majoriti tipis.

Rujukan sunting

  1. ^ "World's first internet President logs on". The Guardian. 2003-02-24. Dicapai pada 2008-01-26.
  2. ^ OUT WITH THE OLD
  3. ^ South Korea: Too Much Activism?
  4. ^ Democracy takes office in South Korea
  5. ^ Is Korea Socialist?
  6. ^ Roh’s 'Participatory' Group Fading Out
  7. ^ Fiasco of 386 Generation
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan SKorean ex-president Roh dies in apparent suicide tidak disediakan
  9. ^ "Former President Roh Dies: Roh Hopes for Cremation in Suicide Note". Korea Times.


Penyandang Terdahulu Presiden Korea Selatan
25 Februari 200325 Februari 2008
Penyandang Kemudian
Kim Dae-jung Lee Myung-bak