Roujuurou Ootoribashi

Roujuurou Ootoribashi atau dikenali atau dipanggil oleh kawan-kawannya sebagai Rose merupakan Bekas Kapten Skuad 3 dan leftenannya bernama Iba Chikane serta merupakan seorang vizard bersama Hirako Shinji dan yang lain. Templat:Spoiler

Watak Bleach
Roujuurou Ootoribashi
Peranan Bekas Kapten shinigami Divisyen ke-3 dan Vizard
Tarikh lahir 13 Mei[1]
Zanpakutō Kinshara
Seiyū Tidak diketahui
Pelakon suara latar Shouto Kashii

Watak dan perwatakan sunting

Rose ialah seorang lelaki bersifat keperempuanan dengan rambut panjang berwarna perang dan baju berjumbai. Dia kelihatan menggemari muzik kerana dia pernah bercakap dengan Aikawa Ravu tentang sebuah single baru seorang artis dan pernah dilihat bermain atau menala gitar. Rose berasa gembira akan berita kewujudan seseorang yang mempunyai kuasa yang serupa dengan seorang vizard. Dia juga merupakan salah seorang daripada ahli yang bersifat lebih tenang dan bernas di kalangan kumpulannya disebabkan komennya tentang Inoue Orihime yang sedang kepada Ushōda Hachigen, meskipun dia berasa terganggu apabila Love mula menceritakan kisah-kisah dalam manga kepadanya.

Kinshara sunting

Nama zanpakuto Rose ialah Kinshara dengan mengaktifkan menyebut perkataan "main" (再生, saisei). Hulu zanpakutōnya berbentuk berlian dengan permukaan melengkung. Sarung zanpakutō Rose berkerakkan berlian. Pada tahap pelepasan awal (Shikai) bilah pedangnya akan bertukar menjadi tali yang panjang berwarna emas dan hujung tali tersebut mempunyai sekuntum bunga. Kebolehannya ialah boleh mengeluarkan tenaga elektrik apabila dia mengetik tali tersebut dan boleh digunakan dalam jarak yang jauh. Pelepasan tahap akhir zanpakutonya tidak diketahui.

Rujukan sunting

  1. ^ Buku Watak Rasmi Bleach SOULs; halaman 140.