Rusuhan Jos 2010 berlaku di bandar Jos, Nigeria membabitkan penganut Islam bertempur dengan penganut Kristian. Jos adalah ibu negeri Plateau, Nigeria. Negeri ini terletak di tengah Nigeria. Utara Nigeria dikuasai puak Islam. Sementara di selatan dikuasai oleh puak Kristian. Rusuhan itu bermula pada 17 Januari 2010 dan berlarutan 4 hari.[1] Sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh.[2]

Lokasi Jos di Nigeria

Ratusan orang lagi maut dalam pertentangan baru pada Mac 2010. Penduduk kampung ditetak sehingga mati dengan parang dalam satu serangan awal pagi. Penduduk yang tinggal telah melarikan diri dari tempat tersebut, manalah tahu pelakunya kembali.

Januari sunting

Ketua Polis Nigeria menyatakan bahawa rusuhan bermula apabila pemuda Muslim mahu membakar gereja Kristian di Jos. Tokoh lain berpendapat bahawa pembangunan semula rumah seorang Muslim di kawasan dominasi Kristian yang telah hancur dalam rusuhan November 2008 - menjadi punca. Perintah berkurung 24-jam dikenakan ke atas bandar Jos pada 17 Januari, bagaimanapun rusuhan ini berlarutan selama empat hari.

Timbalan Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan memerintahkan pasukan keselamatan memulihkan ketenteraman awam. Ketika ini, Presiden Nigeria Umaru Yar'Adua berada di Hospital Arab Saudi menerima rawatan perubatan sejak November 2009. Pada 19 Januari seramai 50 orang telah ditahan.[3]

Perusuh bersenjata pisau, senjata api dan batu buatan sendiri telah menyerang orang awam. Mereka bertempur dengan pasukan keselamatan, meninggalkan mayat di jalanan dan kemudian dikumpulkan di masjid. Ada juga perusuh menyerang dengan busur dan anak panah.

Saksi melihat penyerang menembak ke arah rumah-rumah. Mereka ini mengenakan pakaian tentera. Lt. Gen. Abdulrahman Danbazau selaku Ketua Tentera menyatakan bahawa 5 orang yang berpakaian 'khaki tentera' telah ditahan.[4]

Pada 20 Januari, BBC melaporkan pertempuran merebak ke Pankshin, 100 km dari Jos. Tetapi laporan ini telah ditolak oleh Tentera Darat Nigeria. Selepas rusuhan reda, polis negeri menyatakan terdapat 326 kematian dan 313 orang ditahan.[5]

Mac sunting

Sebelum subuh pada 7 Mac 2010, lebih 100 penduduk kampung Kristian dibunuh oleh penggembala Hausa-Fulani Muslim di kampung Dogo-Nahawa berhampiran Jos. Serangan ini berlangsng selama 4 jam.[6] Tembakan dilepaskan untuk menyebabkan panik dan menyebabkan penduduk ditetak dengan parang.[7] Bangunan juga dibakar.[8] Kebanyakan penduduk merupakan orang Kristian Berom,[8] dan kebanyakan yang maut merupakan wanita dan kanak-kanak.[7] Pemangku Presiden Goodluck Jonathan mengarahkan kumpulan pembunuh ini ditangkap.[9]

Jumlah kematian pada mulanya diletakkan sebagai lebih daripada 300 orang[10] dan kemudian 500.[11] Ratusan lagi penduduk telah meninggalkan kampung ini sebagai langkah berjaga-jaga pelaku serangan ini kembali.[12]

Punca sunting

Kadang-kadang pemimpin politik dan pemimpin agama mencetuskan keganasan. Sementara pihak berkuasa menggunakan kuasa berlebihan untuk mententeramkan keadaan.

Profesor Kabiru Mato daripada Universiti Abuja menolak punca agama sebagai punca rusuhan . Sebaliknya beliau menyalahkan kegawatan ekonomi di Nogeria di mana ramai rakyat tidak mempunyai pekerjaan. Mereka kecewa dengan suasana politik semasa.

Sejarah sunting

Sebelum ini 13.500 warga Nigeria terbunuh akibat kekerasan sektarian dalam dekad terakhir ini.

1000 orang terbunuh dalam Rusuhan agama di Nigeria 2001. Kemudian 300 orang terbunuh dalam keganasan 2008.

Pelampau yang dikenbali sebagai Boko Haram telah menyerang balai polis dan pejabat kerajaan. Lebih 700 orang terbunuh di selatan Nigeria.Kumpulan pelampau Islam lain pula telah terbunun pada Disember 2008. Seramai 38 orang ahli mereka terbunuh. Mereka berpendirian keras terhadap Barat / Eropah. Serangan terhadap orang Barat sebagai perang suci / jihad.

Pada hari Krismas, 25 Disember 2009, rakyat Nigeria bernama Umar Farouk Abdulmutallab cuba meletupkan pesawat ke Detroit, Amerika Syarikat. Pemuda berumur 23 tahun ini dikatakan ada kaitan dengan kumpulan pejuang Al Qaeda. Dia belajar di London dan Yemen.[13] Bapanya seorang bankir Nigeria , risau dengan anaknya didapati terlalu radikal , lalu membuat laporan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Nigeria.

Rujukan sunting

  1. ^ "Curfew relaxed in Nigeria's violence-wracked city: army". Jos: Agence France-Presse. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-28. Dicapai pada 26 Januari 2010.
  2. ^ Gambrell, Jon (20 Januari 2010). "Group: More than 200 dead in Nigeria violence". The Washington Post. Dicapai pada 20 Januari 2010.[pautan mati kekal]
  3. ^ "THISDAY ONLINE / Nigeria news / African views on global news". Thisdayonline.com. 2010-01-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-20. Dicapai pada 2010-03-08.
  4. ^ Group: More than 200 dead in Nigeria violence GMANews.TV
  5. ^ Awolusi, Bunmi (26 Januari 2010). "We know culprits of Jos crisis, say police – The Guardian". Nigerian Bullettin. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-13. Dicapai pada 6 Mac 2010.
  6. ^ Adam Nossiter (7 Mac 2010). "Clashes Kill Dozens in Central Nigeria". The New York Times. Dicapai pada 7 Mac 2010.
  7. ^ a b "Central Nigeria clashes lead to 'scores of deaths'". BBC News. 7 Mac 2010. Dicapai pada 7 Mac 2010.
  8. ^ a b "Officials: Attack on Nigerian town kills more than 100". CNN. 7 Mac 2010. Dicapai pada 7 Mac 2010.
  9. ^ "Acting president orders "roving band of killers" to be apprehended". France24. 7 Mac 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-10. Dicapai pada 7 Mac 2010.
  10. ^ Shuaibu Mohammed (7 Mac 2010). "UPDATE 5-Up to 300 feared dead in central Nigeria clashes". Reuters Africa. Dicapai pada 7 Mac 2010.
  11. ^ "Nigeria religious clashes 'kill 500' near Jos". BBC. 2010-03-08. Dicapai pada 2010-03-08.
  12. ^ "Christians slaughtered in Nigeria". The New Zealand Herald. 7 Mac 2010. Dicapai pada 8 Mac 2010.
  13. ^ Plane suspect was listed in terror database after father alerted U.S. officials