Saidin Yahya merupakan pelukis komik dan illustrator yang berasal dari negeri Kedah. Karya beliau banyak diterbitkan oleh Sinaran Bros yang berpusat di Pulau Pinang. Nama Saidin Yahya ada tercatat dalam buku-buku bacaan untuk sekolah-sekolah sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan terbitan Sinaran Bros. Tokoh ini merupakan salah seorang pelukis kartun dan komik awal yang bergiat bersama-sama Ali Sanat dan Osman Kangkung di era akhbar dan majalah di Tanah Melayu sebelum merdeka. Beliau pernah menghasilkan komik Hang Tuah, Perang Kedah - Siam, dan Siam Menyerah Kedah Kepada Inggeris dalam tulisan jawi.

Lihat juga sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.