Sakit dada

ketidakselesaan atau kesakitan yang dirasakan di mana sahaja di bahagian depan badan antara leher dan perut atas

Sakit dada ialah sakit atau rasa tidak selesa di dada, biasanya di depan dada.[1] Ia boleh digambarkan sebagai tajam, tumpul, tekanan, berat atau terpecit.[3] Gejala berkaitan boleh termasuk sakit di bahu, lengan, abdomen atas atau rahang atau loya, berpeluh atau sesak nafas.[3][1] Ia boleh dibahagikan kepada sakit berkaitan jantung dan berkaitan bukan jantung.[1][2] Sakit disebabkan aliran darah ke jantung yang tidak cukup juga dipanggil angina pektoris.[5] Mereka dengan kencing manis atau orang tua boleh menghidapi gejala yang kurang jelas.[3]

Sakit dada
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Pektoralgia, stetalgia, torakalgia, torakodinia
Lokasi potensi sakit dari serangan jantung
PengkhususanPerubatan kecemasan, perubatan dalaman
GejalaRasa tidak selesa di depan dada[1]
JenisKardium, tidak kardium[2]
Sejarah perubatan, pemeriksaan fizikal, ujian perubatan[3]
Tenat: Sindrom koronari akut (termasuk serangan jantung), embolisme pulmonari, pneumotoraks, perikarditis, diseksi aorta, pecah esofagus[3]
Biasa: Gastroesophageal reflux disease, muscle or skeletal pain, pneumonia, kayap[3]
RawatanBerdasarkan sebab sampingan[1]
Rawatan perubatan
Aspirin, nitrogliserin[4][1]
PrognosisBergantung kepada sebab sampingan[3]
Kekerapan~5% lawatan ER[3]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sebab tenat dan agak biasa termasuk sindrom koronari akut seperti serangan jantung (31%), embolisme pulmonari (2%), pneumotoraks, perikarditis (4%), diseksi aorta (1%) dan pecah esofagus.[3] Sebab biasa yang lain termasuk penyakit refluks gastroesofagus (30%), sakit otot atau rangka (28%), pneumonia (2%), kayap (0.5%) dan kecelaruan keresahan.[3][6] Menentukan sebab sakit dada adalah berdasarkan sejarah perubatan seseorang, pemeriksaan fizikal dan ujian perubatan yang lain.[3] Kira-kira 3% serangan jantung, walau bagaimanapun, terlepas pada awalnya.[1]

Pengurusan sakit dada berdasarkan sebab sampingan.[1] Rawatan awal selalumemasukkan pengubatan aspirin dan nitrogliserin.[4][1] Gerak balas kepada rawatan tidak selalunya menandakan sama ada sakit tersebut berkaitan jantung.[1] Apabila sebab tidak jelas, pesakit boleh dirujuk untuk penilaian lanjut.[3]

Sakit dada melambangkan kira-kira 5% masalah penyaji ke bilik kecemasan.[3] Di Amerika Syarikat, kira-kira 8 juta orang pergi ke jabatan kecemasan dengan sakit dada setahun.[1] Daripada jumlah ini, kira-kira 60% dimasukkan ke hospital atau unit pemerhatian.[1] Kos lawatan kecemasan untuk sakit jantung di Amerika Syarikat adalah lebih daripada AS$8 bilion per tahun.[6] Sakit dada merupakan sekitar 0.5% lawatan oleh kanak-kanak ke jabatan kecemasan.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l Tintinalli JE, Stapczynski JS, Ma OJ, Yealy DM, Meckler GD, Cline D (2016). Tintinalli's emergency medicine: a comprehensive study guide (ed. Eighth). New York: McGraw-Hill Education. m/s. 325–331. ISBN 978-0-07-179476-3. OCLC 915775025.
  2. ^ a b Schey R, Villarreal A, Fass R (April 2007). "Noncardiac chest pain: current treatment". Gastroenterology & Hepatology. 3 (4): 255–62. PMC 3099272. PMID 21960837.
  3. ^ a b c d e f g h i j k l m Johnson, Ken (13 March 2019). "Chest pain". StatPearls. PMID 29262011. Dicapai pada 22 June 2019.
  4. ^ a b Adams, James G. (2012). Emergency Medicine E-Book: Clinical Essentials (Expert Consult - Online and Print) (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 449. ISBN 9781455733941.
  5. ^ Alpert, Joseph S. (2005). Cardiology for the Primary Care Physician (dalam bahasa Inggeris). Springer Science & Business Media. m/s. 47. ISBN 9781573402125.
  6. ^ a b Wertli MM, Ruchti KB, Steurer J, Held U (November 2013). "Diagnostic indicators of non-cardiovascular chest pain: a systematic review and meta-analysis". BMC Medicine. 11: 239. doi:10.1186/1741-7015-11-239. PMC 4226211. PMID 24207111.
  7. ^ Thull-Freedman J (March 2010). "Evaluation of chest pain in the pediatric patient". The Medical Clinics of North America. 94 (2): 327–47. doi:10.1016/j.mcna.2010.01.004. PMID 20380959.

Pautan luar sunting