Sakrum

Tulang berbentuk segitiga yang terletak di bawah pinggang

Templat:Infobox Tulang Dalam tubuh manusia, sakrum merupakan tulang besar yang berbentuk segi tiga di tapak tulang belakang dan di bahagian atas belakang rongga kaviti, di mana ia disisipkan seperti sendal di antara kedua-dua tulang pinggul. Bahagian atasnya bersambung dengan vertebra lumbar yang terakhir, manakala yang bawahnya pula dengan koksiks (tulang tongkeng). Sakrum terdiri daripada lima tingkat vertebrae yang asalnya tidak terlakur tetapi mula berlakur sekitar umur 16–18 tahun dan lazimnya and lazimnya berlakur sepenuhnya menjadi tulang yang tunggal menjelang umur 34 tahun.

Nama sakrum berasal dari bahasa Latin iaitu (os) sacrum, (sacer, sacra, sacrum, "suci") yan g diterjemah dari bahasa Yunani iaitu hieron (osteon) yang bermaksud tulang kuat.[1] Oleh sebab sakrum merupakan tempat letaknya organ pembiakan, maka sakrum haiwan disembahkan dalam korban zaman dahulu.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting