Koordinat: 41°48′N 128°19′E / 41.800°N 128.317°E / 41.800; 128.317

Samjiyŏn ialah sebuah bandar di wilayah Ryanggang, Korea Utara. Bandar ini mengambil namanya daripada tiga tasik secara kolektif yang dikenali sebagai Samjiyŏn (Tasik Samji). Ia terletak berhampiran Gunung Paektu, dan kebanyakan pelancong datang ke bandar ini untuk melihat gunung itu, yang mempunyai kepentingan dalam mitologi Korea Utara.

Samjiyŏn
삼지연시
Bandaraya
Transkripsi  
 • Hancha三池淵市
 • McCune-ReischauerSamjiyŏn-si
 • Perumian SemakanSamjiyeon-si
Pemandangan bandar Samjiyon
Pemandangan bandar Samjiyon
NegaraKorea Utara
KawasanRyanggang
Keluasan
 • Jumlah1,326.14 km2 (512.03 batu persegi)
Penduduk
 (2008)[1]
 • Jumlah31,471
Zon waktuUTC+9:00 (PYT)
 • Musim panas (DST)UTC+9:00 (Tiada)

Banyak rumah dan bangunan di Samjiyŏn telah dinaik taraf dan ditambah dalam beberapa dekad kebelakangan ini, termasuk pusat rekreasi untuk belia yang telah siap pada tahun 2005. Aktiviti popular di Samjiyŏn ialah bermain ski dan pelbagai aktiviti untuk pelajar sekolah, yang menggunakan kawasan sekitar gunung untuk pelbagai aktiviti seperti pengakap sempena percutian atau cuti sekolah.

Pada Disember 2019, Kim Jong-un mengumumkan penaik tarafan perbandaran sedia ada, yang digambarkan oleh media kerajaan sebagai bandar "moden" dengan kediaman dan taman perindustrian.[2] Bandar itu dikenali sebagai daerah sehingga keputusan dinaik taraf statusnya pada Disember 2019. Pemodenan Bandar Samjiyon adalah untuk turut membantu meningkatkan pelancongan ke Korea Utara (DPRK).[3]

Samjiyon
Hangul
Hanja
Perumian SemakanSamjiyeon-si
McCune–ReischauerSamjiyŏn-si

Bahagian Pentadbiran sunting

Samjiyŏn dibahagikan kepada 10 dong (kejiranan) dan 6 ri (kampung):

  • Ikkal-dong (이깔동)
  • Kwangmyŏngsŏng-dong (광명성동)
  • Mubong-dong (무봉동)
  • Ohomultong-dong (5호물동동)
  • Paektusanmiryŏng-dong (백두산밀영동)
  • Pegaebong-dong (베개봉동)
  • P'ot'ae-dong (포태동)
  • Ponnamu-dong (봇나무동)
  • Rimyŏngsu-dong (리명수동)
  • Sinmusŏng-dong (신무성동)
  • Chunghŭng-ri (중흥리)
  • Hŭnggyesu-ri (흥계수리)
  • Sobaeksan-ri (소백산리)
  • Paeksam-ri (백삼리)
  • Posŏ-ri (보서리)
  • T'ongsin-ri (통신리)

Pengangkutan sunting

Udara sunting

 
Lapangan Terbang Samjiyŏn

Samjiyŏn digunakan oleh Tentera Udara Rakyat Korea bersama-sama dengan syarikat penerbangan bendera kebangsaan Air Koryo yang mengendalikan penerbangan berjadual antara Samjiyŏn dan P'yŏngyang, Wŏnsan dan Ch'ŏngjin. Pada tahun 2005, lapangan terbang ini ditutup kerana pengubahsuaian skala besar, yang sebahagiannya ditaja oleh perbadanan Hyundai.

Kereta api sunting

Bandar Samjiyŏn dihubungkan oleh Laluan Samjiyŏn yang berukuran sempit di Korea State Railway.

Pelancongan sunting

 
Monumen Besar Samjiyon

Monumen Besar Samjiyon terdiri daripada empat kumpulan arca yang dipanggil On the Battlefield, Fatherland, Longing, dan Forwards.[4]

Istana presiden sunting

Samjiyŏn telah menjadi resort percutian dan destinasi untuk dua presiden Korea Utara iaitu Kim Il-sung dan Kim Jong-il. Mereka telah membina istana di bandar ini, diakses oleh stesen kereta api yang dibangunkan khas dan eksklusif untuk presiden.

Iklim sunting

Samjiyon mempunyai iklim subartik yang beralih kepada iklim benua lembap (Klasifikasi iklim Köppen Dwc/Dwb) dengan musim panas yang sejuk dan musim sejuk yang sejuk dan kering.

Data iklim untuk Samjiyon, Korea Utara (1991–2020 normal, melampau 1976-sekarang)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 5.3
(41.5)
12.0
(53.6)
14.7
(58.5)
24.5
(76.1)
32.9
(91.2)
29.8
(85.6)
32.3
(90.1)
34.2
(93.6)
29.0
(84.2)
23.8
(74.8)
18.0
(64.4)
10.2
(50.4)
34.2
(93.6)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) −10.2
(13.6)
−6.7
(19.9)
−0.9
(30.4)
7.8
(46.0)
15.4
(59.7)
19.8
(67.6)
22.6
(72.7)
22.0
(71.6)
17.1
(62.8)
9.8
(49.6)
−0.8
(30.6)
−8.6
(16.5)
7.3
(45.1)
Purata suhu harian, °C (°F) −16.9
(1.6)
−13.7
(7.3)
−7.2
(19.0)
1.5
(34.7)
8.5
(47.3)
13.2
(55.8)
16.8
(62.2)
16.1
(61.0)
10.0
(50.0)
2.6
(36.7)
−6.6
(20.1)
−14.5
(5.9)
0.8
(33.4)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) −23.2
(−9.8)
−20.9
(−5.6)
−14.7
(5.5)
−5.1
(22.8)
1.8
(35.2)
7.0
(44.6)
11.7
(53.1)
11.0
(51.8)
3.3
(37.9)
−3.9
(25.0)
−12.4
(9.7)
−20.5
(−4.9)
−5.5
(22.1)
Rekod rendah suhu, °C (°F) −42.0
(−43.6)
−42.0
(−43.6)
−33.6
(−28.5)
−23.0
(−9.4)
−9.0
(15.8)
−3.7
(25.3)
0.0
(32.0)
−3.8
(25.2)
−11.7
(10.9)
−25.5
(−13.9)
−31.4
(−24.5)
−37.7
(−35.9)
−42.0
(−43.6)
Purata kerpasan, mm (inci) 14.7
(0.58)
17.5
(0.69)
31.5
(1.24)
46.5
(1.83)
91.4
(3.60)
128.5
(5.06)
188.9
(7.44)
188.9
(7.44)
72.6
(2.86)
42.3
(1.67)
44.7
(1.76)
23.6
(0.93)
891.1
(35.08)
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 0.1 mm) 9.4 8.7 11.8 11.3 15.0 16.9 17.0 15.5 9.0 8.7 12.3 11.9 147.5
Purata bilangan hari salji 14.5 12.5 16.7 12.6 4.0 0.5 0.1 0.1 0.3 6.7 16.0 17.2 101.2
Purata kelembapan relatif (%) 76.8 72.6 69.5 66.1 68.2 78.1 84.1 84.5 77.1 69.9 75.8 78.1 75.1
Sumber 1: KMA[5]
Sumber 2: NOAA[6]

Sukan sunting

Bandar ini mempunyai salah satu daripada tiga bujur luncur laju di negara tersebut.[7]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://data.un.org/Data.aspx?q=city+population&d=POP&f=tableCode%3a240
  2. ^ Shin, Hyonhee (2 December 2019). "North Korea's Kim celebrates completion of 'modern mountainous city'". Reuters. Dicapai pada 2 December 2019.
  3. ^ "Newstream".
  4. ^ Bärtås, Magnus; Ekman, Fredrik (2014). Hirviöidenkin on kuoltava: Ryhmämatka Pohjois-Koreaan [All Monsters Must Die: An Excursion to North Korea] (dalam bahasa Finland). Diterjemahkan oleh Eskelinen, Heikki. Helsinki: Tammi. m/s. 66. ISBN 978-951-31-7727-0.
  5. ^ "30 years report of Meteorological Observations in North Korea (1991 ~ 2020)" (PDF) (dalam bahasa Korea). Korea Meteorological Administration. m/s. 200, 264, and 343. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 29 January 2022. Dicapai pada 20 March 2022.
  6. ^ "Global Surface Summary of the Day - GSOD". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada January 26, 2023.
  7. ^ "Rink card of: Icestadion Samji Samjion (Samjiyŏn)". www.speedskatingnews.info. Dicapai pada 25 June 2018.

Pautan luar sunting