Buka menu utama

SanDisk dahulu dikenali sebagai SunDisk, merupakan syarikat multinasional dari Amerika Syarikat. SanDisk merekabentuk dan memasarkan pelbagai jenis dan jenama kad memori flash dan penyambung USB pelbagai fungsi . SanDisk diasaskan pada 1988 oleh Eli Harari dan Sanjay Mehrota. Kemudian SanDisk tersenarai dalam bursa saham Nasdaq pada November 1995.

SanDisk Corporation
Bahagian jenama
IndustriPeranti storan
Ditubuhkan1988; 31 tahun yang lalu (1988)
PengasasEli Harari, Sanjay Mehrotra dan Jack Yuan
Ibu pejabatMilpitas, California, Amerika Syarikat
Keluaran
IndukWestern Digital
Laman sesawangwww.sandisk.com
SanDisk USB

Ibu pejabat utama syarikat SanDisk terletak di Milpitas, California. Tetapi cawangan dan kilangnya terdapat di seluruh dunia seperti di Dublin, Republik Ireland.

Isi kandungan

Sansa TakeTVSunting

Pada 22 Oktober 2007, SanDisk mengumumkan akan memasarkan pemain video Sansa TakeTV dengan menggunakan gabungan sambungan USB yang dihubungkan dengan televisyen. Harga pemain TakeTV ialah $99.99 untuk 4 gigabait dan $149.99 untuk 8 gigabait. Setakat ini , katalog Fanfare ada 85 tajuk yang boleh dibeli. Antara tajuk yang telah ada di pasaran ialah berita TV CBS, CSI, Survivor, Showtime, TV Guide, Smithsonian Networks dan lain-lain.

Pertikaian lesen MP3Sunting

Pada 4 September 2006, Kerajaan Jerman di Berlin telah merampas pemain MP3 di sebuah gerai SanDisk kerana syarikat Sisvel dari Itali mendakwa SanDisk telah menggunakan mp3 yang dipaten oleh syarikat Sisvel.

Pada 16 Mac 2007. SanDisk mengumumkan mereka telah memperolehi semua lesen paten bagi semua aplikasi mp3.

FlashCPSunting

FlashCP ialah teknologi pengurusan digital seperti e-buku dalam alatan mudah alih. FlashCP disasarkan kepada para pelajar. Semua kandungan digital boleh dimuatturun dari SanDisk Plaza. Contohnya buku digital, muzik, permainan, alatan pendidikan.

Produk SanDiskSunting

  • CompactFlash cards (1994)
  • MultiMediaCards (1997)
  • Memory Stick Pro cards (2003)
  • RS-MMC (Reduced-Size MultiMediaCards) (2004)
  • SD cards (2001), MiniSD Cards (2003), and MicroSD Cards (2005)
  • USB flash drives
  • Memory Stick Pro Duo card
  • SanDisk Sansa MP3 players
  • USB memory card readers
  • USB Smart Drives for Console and PC video gaming
  • DAP - 256 MB, 512 MB, 1 GB
  • e100 - 512 MB, 1 GB
  • m200 - 512 MB, 1 GB, 2 GB, 4 GB
  • c100 - 1 GB, 2 GB
  • c200 - 1 GB, 2 GB
  • e200 - 2 GB, 4 GB, 6 GB, 8 GB

Pesaing syarikat SanDiskSunting