Saphira Indah Julianti (lahir di Bandung, 26 Julai 1986 – meninggal di Jakarta, 30 Januari 2019 pada umur 32 tahun) merupakan seorang pelakon Indonesia

Saphira Indah
Kelahiran
Saphira Indah Julianti

(1986-07-26)26 Julai 1986
Meninggal dunia30 Januari 2019(2019-01-30) (umur 32)
Jakarta, Indonesia
Sebab kematianKanser paru-paru
Nama lainShapira Indah Pochi
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2003–2019
PasanganSuami pertama (bercerai 2005)
Ai Rico Hidros Daeng (k. 2016; m. 2019) (becerai 2021)
Anak-anak5

Biografi sunting

Beliau memulakan kerjaya lakonannya menerusi filem Eiffel I'm in Love yang dikeluarkan pada 2003.[1][2]

Kerjaya sunting

Saphira Indah memulakan kerjaya hiburan pada usia 17 tahun dengan membintangi filem romantis Eiffel I'm in Love (2003). Dalam filem pertama lakonannya, Saphira melakonkan watak sebagai Uni, rakan karib Tita, lakonan Shandy Aulia. Lakonannya dalam filem tersebut berjaya hingga mendapat tawaran membintangi beberapa sinetron Aku Mahu Hidup (2004) dan www.cinta.com (2005). Selepas membintangi dua sinetron tersebut, Saphira menghilangkan diri dari dunia lakonan.[3]

Enam tahun kemudian, Saphira mendapat peranan dalam filem keduanya bertajuk Virgin 3: One Night Changing Everything, beliau memegang watak utama sebagai Awal. Beliau berlakon bersama Irish Bella, Raffi Ahmad dan Alex Abbad. Pada tahun yang sama, Saphira kembali aktif menerusi filem komedi romantis bertajuk Poconggg Juga Pocong yang turut dibintangi oleh Ajun Perwira. Selepas filem itu, Saphira lebih sering dilihat di layar kaca dengan membintangi beberapa sinetron dari 2012 hingga 2014.[3]

Tujuh tahun kemudian, Saphira bersatu semula dengan barisan pelakon Eiffel I'm In Love menerusi penggambaran kesinambungan filem tersebut. Beliau sekali lagi memegang watak Uni menjadi isteri Alan (lakonan Tommy Kurniawan). Salah satu sinetron yang juga menaikkan nama Saphira, iaitu Kian Santang. Dalam sinetron yang disiarkan selama dua tahun, Indah menjayakan watak Diah Kencana Wangi, salah seorang Ratu Laut.[3]

Kehidupan peribadi sunting

Saphira berkahwin sebanyak dua kali dan mempunyai seorang anak.[3][4]

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia pada 30 Januari 2019 ketika sarat hamil akibat kanser paru-paru.[5][6]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2003 Eiffel I'm in Love Uni
2011 Virgin 3: Satu Malam Mengubah Segalanya Dini Dikreditkan sebagai Shapira Indah Pochi
Poconggg Juga Pocong Sheila
2014 Rumah Kosong Pembantu
2015 Villa 603 Diana
2018 Eiffel... I'm in Love 2 Uni Filem terakhir
2019 Uka-Uka the Movie: Nini Tulang Sandra Filem anumerta

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2004 Aku Ingin Hidup
2005 www.cinta.com[7] Nadine
2012 Tendangan Si Madun
Takdir Cintaku Niken
Layla Majnun Ibunda Qais 5 episod
Kharisma Nirmala 9 episod
2012-2014 Raden Kian Santang Ratu Laut/Diah Kencana Wangi
2013 Bioskop Indonesia Premiere Episod "Toko Kr. Amat: Gelang Tulang"
Bioskop Indonesia Premiere Tari Episod "Pangeran Tampan Bau Ikan"
2015 Ganteng Ganteng Serigala Bu Cindy
2016 Sinema Pintu Taubat Anita Episod "Aku Tak Malu Dengan Pekerjaan Ayahku"

Rujukan sunting

  1. ^ "Filmografi Saphira Indah di filmindonesia.or.id" (HTML). Dicapai pada 2017-06-19.
  2. ^ Biodata Saphira IndahDari Mazda Bloggers Community
  3. ^ a b c d Hana Futari (1 Februari 2019). Biografi: Saphira Indah, Bintang Eiffel I'm In Love yang Meninggal saat Hamil Okezone.com. Dicapai pada 20 Mei 2019.
  4. ^ Perjalanan Karier Saphira Indah, Artis yang Meninggal saat Hamil Kumparan (31 Januari 2019). Dicapai pada 30 Mei 2019.
  5. ^ Artis Saphira Indah Dikabarkan Meninggal Dalam Kondisi Hamil Vivanews, 30 Januari 2019
  6. ^ "Terungkap, Ini Penyebab Saphira Indah Meninggal Dunia". Liputan6.com.
  7. ^ Sinetron www.cinta.com di rapifilms.com, diakses 19 Juni 2017

Pautan luar sunting