Saravanan Velia Udayar

Datuk V. Saravanan (67 tahun) adalah bekas Exco kerajaan negeri Kedah.Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 hingga 2008 atas tiket parti Barisan Nasional/MIC. Saravanan merupakan antara wakil rakyat MIC yang lama berkhidmat di negeri Kedah iaitu sejak tahun 1995 hingga 2008.

Datuk V. Saravanan
Kelahiran
V. Saravanan

1947
Kedah
Meninggal dunia3 Jun 2014 (67 tahun)
Sebab kematiankomplikasi penyakit buah pinggang
DikebumikanSungai Petani
WarganegaraMalaysia
PekerjaanADUN
Terkenal keranaExco kerajaan negeri Kedah
Kampung asalSungai Petani, Kedah
PangkatDatok
Parti politikMIC

Mendiang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Perpaduan Negeri dan Kebajikan Pekerja Ladang dan Masyarakat India Kedah.

Meninggal dunia sunting

Pada 3 Jun 2014, beliau meninggal dunia di rumah anaknya di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 2 petang tadi. Beliau menderita komplikasi penyakit buah pinggang. Pengerusi MIC Kedah, Datuk S. Ganesan memaklumkan bahawa mayat mendiang dibawa pulang ke rumah di Jalan Pegawai , Sungai Petani bagi urusan pengebumian .[1]

Rujukan sunting