Uchiha Sasuke

(Dilencongkan dari Sasuke Uchiha)

Sasuke Uchiha (Jepun: うちはサスケ, Hepburn: Uchiha Sasuke) adalah watak rekaan dalam siri anime dan manga Naruto.

Sasuke Uchiha
Watak Naruto, Boruto: Naruto Next Generations
Kemunculan pertama

Naruto manga bab 3
Naruto anime episod 1
Disuarakan oleh

Noriaki Sugiyama (Jepun)
Yuri Lowenthal (Inggeris)
Tarikh lahir

23 Julai
Tahap Shinobi

Bahagian I: Genin
Tinggi

Bahagian I: 150.8 cm-153.2 cm
Bahagian II: 168 cm
Profil
JantinaLelaki Lelaki
SaudaraFugaku Uchiha (ayah)
Mikoto Uchiha (ibu)
Itachi Uchiha (abang)
Sakura Haruno (isteri)
Sarada Uchiha (anak)

Latar belakang sunting

Templat:Spoiler Sebagai seorang ninja Genin, Uchiha Sasuke (うちはサスケ) adalah seseorang yang memiliki pemikiran yang cerdas dan merupakan ahli kepada klan yang sangat berpengaruh di Konoha suatu masa dahulu iaitu klan Uchiha. Sebagai salah satu klan yang dihormati di Konoha, klan Uchiha sangat dikenali kerana memiliki Kekkei Genkai iaitu mata Sharingan dan memiliki kebolehan untuk menguasai jurus elemen api, bersesuaian dengan tempat mereka menetap iaitu Negara Api. Seperti ahli keluarga yang lain, Sasuke mempunyai kemampuan yang sangat baik terhadap penguasaan jurus elemen api. Klan Uchiha juga yang menjadi klan penting dalam pentadbiran polis di Konoha. Sasuke ialah salah seorang daripada dua ahli klan Uchiha yang terselamat daripada perisitiwa pembunuhan ngeri beramai-ramai yang dilakukan oleh abang Sasuke sendiri iaitu Uchiha Itachi yang dibantu oleh Tobi iaitu individu bertopeng yang asalnya bernama Uchiha Obito.

Zaman awal kanak-kanak sunting

Sebagai anak bongsu kepada ketua pasukan polis Konoha, Sasuke membesar di bawah bayang-bayang abangnya, Itachi. Itachi pula merupakan seorang anak muda yang genius berikutan berjaya menamatkan pengajian di akademi dengan sangat cemerlang seawal usia 7 tahun, menguasai Sharingan pada usia 8 tahun, menjadi Chunin pada usia 10 tahun dan mengetuai pasukan ANBU pada usia 13 tahun. Oleh itu, klan Uchiha amat menyanjungi Itachi dan menganggapnya sebagai medium memperkukuhkan hubungan antara klan Uchiha dengan Konoha. Ayah Sasuke sangat memberikan perhatian penuh terhadap Itachi. Itachi pula selalunya berdepan dengan konflik dalaman melibatkan klan sendiri dengan kampung Konoha dan tidak terlepas mengambil berat terhadap adiknya Sasuke; Itachi suka mengambil tahu tentang perkembangan Sasuke sebagai seorang shinobi meskipun ayah mereka, Uchiha Fugakutidak berbuat sedemikian. Akan tetapi, Itachi jarang menemani Sasuke menjalani latihan. Setelah Sasuke memulakan pengajian di Akademi Ninja, Sasuke masih merasakan dirinya belum setanding abangnya, Itachi. Walaupun sering lulus dengan cemerlang dan menduduki tempat teratas dalam kelas, ayah Sasuke tidak menghargai kejayaan yang diperoleh anak bongsunya. Sebaliknya, dia lebih mementingkan kejayaan Itachi. Itachi dapat merasakan impian membara Sasuke yang ingin mengatasi Itachi. Maka, Itachi berkata, "Kita ialah adik-beradik yang unik. Abang adalah halangan yang mesti kamu atasi. Dengan ini, kamu dan abang akan terus wujud bersama-sama."

Hubungan Itachi dengan ayahnya menjadi renggang apabila Itachi disoal siasat oleh ahli klan Uchiha yang lain tentang kematian dan wasiat sahabat karibnya, Shisui. Apabila melihat akan perubahan sikap Itachi menjadi semakin pelik, ayah Sasuke merapatkan dirinya dengan Sasuke. Dia mengajar Sasuke Jurus Api: Teknik Bebola Api. (Katon: Gōkakyū no Jutsu, 火遁・豪火球の術), suatu jurus yang sering digunakan oleh ahli klan Uchiha. Sasuke yang berusia 7 tahun berjaya menguasai jurus tersebut di hadapan ayahnya setelah berlatih selama seminggu. Pada ketika itu, ayahnya mengakui potensi yang dimiliki Sasuke; biasanya hanya seseorang individu dewasa yang dapat menguasai jurus tersebut dengan sempurna. Sasuke juga diberitahu bahawa dia boleh mengenakan pakaian dengan lambang klan Uchiha di belakangnya dengan megah. Akan tetapi, Sasuke diberi amaran agar tidak mengikut jejak langkah Itachi.

Selepas peristiwa tersebut, Itachi membunuh setiap satu ahli klan Uchiha kecuali Sasuke. Itachi mengatakan bahawa adalah tidak berbaloi untuk mengambil nyawa Sasuke berikutan usianya yang masih muda. Tambahan pula, Itachi berkata, "Kamu selalu mahu mengatasi abang. Jadi, kamu akan abang biarkan untuk terus hidup." Itachi juga membongkar lokasi rahsia tempat klan Uchiha berjumpa dan bermesyuarat kerana di situ tersimpan sejarah sebenar mengenai klan Uchiha dan fungsi Sharingan.

Sasuke kemudiannya pengsan dan menjalani rawatan di hospital Konoha. Di sana, dia terdengar perbualan penduduk kampung tentang pembunuhan ngeri yang menimpa klan Uchiha. Dia melarikan diri dari hospital untuk melawat tempat tinggalnya sambil mengenang semula saat-saat manis dengan keluarganya. Sasuke kemudiannya menangis apabila sampai ke tempat ibu bapanya dibunuh oleh Itachi di hadapan matanya. Kemudian, Sasuke pergi ke kuil Nakano dan menjumpai rahsia Sharingan yang dijanjiikan Itachi. Mulai saat itu, Sasuke berpegang teguh kepada satu matlamat iaitu membunuh Itachi demi membalas dendam terhadap kejadian ngeri yang menimpa klannya iaitu klan Uchiha Templat:Endspoiler

 
Yuri Lowenthal, pelakon suara Sasuke dalam edisi bahasa Inggeris

Zaman Remaja sunting

Dia merupakan salah seorang pengguna kuasa Mangekyo Sharingan selain Kakashi dan Itachi, Uchiha Madara, Uchiha Shisui dan Uchiha Obito. Dia meninggalkan Konoha untuk pergi berlatih dengan Orochimaru tanpa mengetahui Orochimaru berhasrat menggunakan tubuhnya untuk mendapatkan kehidupan yang abadi. Dia juga berjaya mencipta teknik kilat Chidori terbaru yang berupaya seperti pedang. Ini terbukti apabila dia berjaya membunuh Orochimaru. Selepas membunuh Orochimaru, dia menggunakan kuasa ular putih Orochimaru.

Sasuke memulakan misi utamanya iaitu membunuh abangnya, Itachi. Pertarungan Sasuke dan abangnya sangat sengit. Itachi, yang sedang mengalami penyakit serius mahu mati di tangan adiknya sendiri. Ini membolehkan Sasuke menggunakan Amaterasu untuk membela dirinya daripada gangguan Tobi / Uchiha Madara (Diri sebenaranya ialah Uchiha Obito). Semasa bertarung dengan Killer Bee (Jinchuriki kerbau sotong kurita berekor lapan bernama Gyuki), dua kali Sasuke mengalami kecederaan parah dan dirawat oleh Karin dan Madara. Sasuke merasakan dirinya lemah dan tak mampu untuk mempertahankan kawan-kawannya. Akhirnya dia menggunakan Amaterasu dan berjaya menewaskan Killer Bee dengan hanya sekali pandang.

Pada perjumpaan Kage, Sasuke; Karin; Zetsu dan Tobi membuat kacau perjumpaan Kage. Sasuke membawa Danzo (bakal Hokage) kesuatu tempat untuk berlawan. Akhirnya Danzo tewas ditangan Sasuke. Sasuke sudah mula hilang kawalan dengan kehebatan kuasanya dan hampir membunuh Karin. Selepas itu, Sakura muncul untuk tujuan membunuhnya. Sasuke hampir-hampir serang Sakura dari belakang dan akhirnya Naruto sempat selamatkan Sakura. Tiba-tiba, mata Sharingan terus lenyap dan matanya terus kabur. Tobi dan beberapa askar Zetsu muncul untuk membawa Sasuke. Kata-kata terakhir Sasuke sebelum meninggalkan tempat itu, dia berharap dapat membunuh Naruto dahulu selepas itu memusnahkan kampung Konoha.

Tobi memberi mata Itachi kepada Sasuke. Mata Itachi di tubuh Sasuke memberi satu tenaga lebih kuat dan tahap tertinggi Sharingan iaitu Eternal Mangekyō Sharingan. Ketika Sasuke berjalan-jalan berjumpa askar Zetsu dan membakarnya dengan Amaterasu. Sasuke cuba pukau salah satu zetsu dengan genjutsu: Sharingan terus Zetsu memberitahunya bawa peperangan sedang berlaku, Naruto dan Killer Bee sedang bertarung dengan Tobi dan Sasuke terus pancung kepalanya. Sasuke ternampak burung gagak berselompok terbang dan Sasuke terus ke sana. Sasuke terserempak dengan abangnya Itachi yang telah dihidupkan semula dengan jutsu Edo Tensei. Itachi memberitahunya bahawa dia hendak tewaskan Kabuto dan membatalkan Teknik Edo Tensei. Apabila sampai ke kubu Kabuto, Sasuke dan Itachi berlawan dengan Kabuto. Kabuto tidak boleh dibunuh dengan serangan, cuma boleh membunuhnya dengan teknik genjutsu yang paling hebat dalam kaum Uchiha iaitu Izanagi. Akhirnya Kabuto seperti mayat hidup dan Itachi menggunakan jutsu Tsukuyomi untuk membatalkan Edo Tensei. Akhirnya Edo Tensei dibatalkan, sebelum Itachi pergi dia jugakan Tsukuyomi dekat Sasuke untuk menunjukan kebenaran Itachi untuk melindungi Kampung Konoha. Sebelum abangnya pergi, dia tetap sayangkan adiknya walaupun tidak meminta sebarang maaf darinya.

Sumber-sumber sunting

  • Buku Data Rasmi Pertama (Jepun: 秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (Jepun: 秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.