Pangkat ninja Naruto

(Dilencongkan dari Genin)

Sistem Organisasi Ninja sunting

Struktur organisasi dan hierarki asas sesebuah kampung ninja secara am adalah hampir serupa walaupun terdiri sedikit perbezaan di antara sebuah kampung dengan sebuah kampung ninja yang lain. Secara umumnya, sesebuah kampung ninj akan dikepalai oleh seorang ketua atau bagi kes lima kampung ninja besar, mereka dikepalai oleh seorang ninja yang digelar sebagai Kage. Ketua-ketua di kampung ninja ini akan dibantu oleh satu badan kaunsel, yang mana ianya terdiri daripada ninja-ninja veteran dan juga ninja-ninja yang berpangkat tinggi atau berpengaruh di kampung mereka. Secara khususnya, kuasa ninja di sesebuah kampung terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pasukan biasa, unit ANBU dan Pasukan Medik.

Pasukan Biasa sunting

Pasukan Biasa (Jepun: 正規部隊, Hepburn: Seiki Butai) merupakan asas kepada sistem ninja di sesebuah perkampungan ninja. Kebanyakan ninja adalah terdiri daripada golongan ini, sama ada dalam bentuk perseorangan atau secara berkumpulan. Mereka secara majoritinya akan terlibat dalam semua misi-misi yang diterima oleh kampung mereka. Mereka juga diberikan tugas khas di dalam organisasi seperti melatih dan melakukan kerja-kerja rutin yang rasmi.

Apabila pelatih Akademi tamat latihan, mereka selalunya akan menjadi sebahagian daripada unit ini dan digelar sebagai Genin. Melalui beberapa siri peperiksaan dan ujian, mereka boleh dinaikkan pangkat ke tahap yang lebih tinggi mengikut turutan berikut; Chūnin dan Jōnin. Kadangkala, sekiranya seseorang ninja itu mempunyai kebolehan dalam sesuatu skil khas, mereka boleh dilantik sebagai ninja berpangkat Tokubetsu Jōnin; yang mana mungkin terdiri daripada ninja berpangkat Chūnin dan Jōnin.

Jabatan/Peringkat sunting

Pelatih Akademi sunting

Fail:Academy interior.jpg
"Pelatih Akademi" di dalam kelas cikgu Iruka di Akademi Ninja seperti di dalam siri anime Naruto,Episod 1.

Pelatih Akademi (Jepun: 忍者学校性, Hepburn: Akademī-sei) merupakan ninja yang dilatih di Akademi Ninja, sebuah tempat yang melatih mereka menjadi bakal ninja. Pelatih akademi ini sebenarnya bukan sebahagian daripada kuasa ninja sesebuah kampung, ini kerana mereka masih dalam proses memahami kemahiran asas kehidupan sebagai ninja. Bagaimanapun, mereka masih boleh "direkrut" secara kecemasn sebagai satu kuasa bantuan ketika menghadapi peperangan.

Pelatih akademi menghabiskan masa mereka dengan usaha mempelajari dan menguasai pelbagai teknik asas ninja. Mereka juga turut perlu menduduki suatu peperiksaan atau ujian untuk melihat sejauh mana perkembangan mereka. Selain daripada subjek asas seperti sejarah dan matematik, mereka turut diajar dengan teknik asas Ninjutsu, Taijutsu dan barangkali Genjutsu. Ini termasuklah pembelajaran mengenai olahan chakura dan teknik mengawalnya, ikatan tangan, taktik dan beberapa jutsu daripada jutsu Tahap-E seperti Teknik Klon dan Teknik Pertukaran. Mereka turut dilatih untuk bekerja secara sendiri dan berkumpulan.

Pada akhirnya, mereka akan diberikan ujian tamat latihan untuk melihat sama ada mereka sudah bersedia atau tidak untuk menjadi seorang Genin. Namun begitu, lulus dalam ujian ini bukan suatu jaminan bahawa mereka boleh terus menjadi seorang ninja berpangkat Genin, kadangkala mereka perlu melalui satu lagi bentuk "ujian khas" oleh pengajar Jōnin mereka. Namun begitu, mereka masih lagi diberikan dirah dahi sebagai tanda lulus ujian. Mereka yang gagal dalam ujian khas ini akan dihantar semula ke Akademi. Syarat kelayakkan untuk lulus dari Akademi Ninja adalah berbeza dari sebuah kampung ke sebuah kampung ninja yang lain. Di Konohagakure, pelatih hanya perlu mempamerkan kemampuan untuk melakukan sebarang teknik bertahap-E dengan secara rawak. Di Kirigakure pula, pernah terdapat satu ujian yang melibatkan pertarungan "hidup-dan-mati". Namun begitu, ujian tersebut telah dimansuhkan selepas berlakunya insiden di mana seorang pelatih ninja bernama Zabuza Momochi membunuh ke semua pelatih akademi yang sebaya dengannya.

Genin sunting

Fail:Rookie9.jpg
"Ninja Baru Bersembilan" ketika mereka masih lagi ninja bertahap "Genin".

Genin (Jepun: 下忍, Hepburn: Ninja Rendah) merupakan pangkat terendah dalam sistem ninja. Apabila mereka menjadi Genin, mereka akan diberikan tugas yang berkaitan dengan ekonomi kampung - mereka akan dihantar untuk menyempurnakan misi yang dibayar kepada kampung mereka. Selalunya mereka akan dihantar bagi menyempurnakan misi Tahap-D; misi yang melibatkan kerja-kerja tidak berbahaya seperti menjadi buruh kasar dan kadangkala mereka turut diberikan tugas melaksanakan misi Tahap-C; misi yang mula merujuk kepada tugas sebenar seorang "ninja" namun masih tidak berisiko kepada mereka. Ketika Konoha kekurangan ninja berpangkat tinggi setelah diserang oleh ninja-ninja daripada Otogakure dan Sunagakure, mereka telah menghantar ninja Genin untuk melaksanakan misi-misi bertahap tinggi.

Ninja-ninja Genin selalunya akan dibahagikan dan disatukan di dalam satu kumpulan kecil berempat; yang mana ianya terdiri daripada tiga orang Genin dan seorang guru daripada ninja Jōnin. Kumpulan kecil ini ditubuhkan bertujuan untuk memberikan mereka pengalaman dan mempelajari kemahiran menjadi seorang ninja secara melalui kerjasama secara berkumpulan melalui pengawasan serta perlindungan dari seorang ninja Jōnin. Pembentukkan kumpulan kecil ini berdasarkan kepada skil individu Genin di dalam kumpulan tersebut agar keseimbangan dapat tercapai. Sebagai contoh; Naruto Uzumaki yang lulus dari Akademi dengan gred paling rendah diletakkan ke dalam satu pasukan dengan Sasuke Uchiha yang lulus dengan gred tertinggi dan Sakura Haruno yang mendapat markah tertinggi dam ujian bertulis ketika keluar dari Akademi Ninja. Selalunya, kumpulan kecil ini akan dibentuk daripada dua ninja lelaki dan seorang ninja perempuan, walaupun kadang kala terdapat kekecualian.

Oleh kerana Genin merupakan tahap terendah yang dimiliki oleh seseorang ninja, mereka selalunya jarang dilibatkan dengan misi-misi berbahaya (misi Tahap-B dan ke atas) dan selalunya hanya mampu melengkapkan misi tahap-E dan tahap-D sahaja. Bagaimana pun, harus diingat bahawa, Genin hanyalah sebagai rujukan pengklasfikasian tahap ninja sahaja dan selalunya tidak merujuk kepada kebolehan sebenar seseorang ninja. Sebagai contoh; Naruto Uzumaki masih lagi seorang ninja bertahap Genin, namun dia mampu bertarung dan menewaskan musuh kuat bertahap-S seperti anggota dari Akatsuki.

Walaupun Genin dianggap ninja bertahap rendah, namun mereka boleh mencapai tahap lebih tinggi sebagai Chunin dengan melengkapkan Peperiksaan Chunin, sejenis peperiksaan khas yang diuji kepada ninja Genin dengan tahap kesukaran yang pelbagai untuk melihat sama ada mereka mampu meningkat hingga ke tahap Chunin atau tidak.

Chūnin sunting

Fail:Nara Shikamaru.jpg
Shikamaru di dalam pakaian lengkapnya sebagai ninja "Chūnin" Konoha.

Chūnin (Jepun: 中忍, Hepburn: Ninja Pertengahan) merupakan ninja yang dianggap layak untuk memantau dan membimbing ninja rendah. Ninja-ninja Chūnin juga dianggap sebagai ninja yang sudah cukup syarat kematangan dari segi keupayaan dalam kepimpinan dan keupayaan dari segi pelaksanaan taktikal.

Ini adalah kerana, Genin yang tidak mempunyai skil untuk menjadi Chūnin akan disingkirkan ketika peperiksaan. Sesetengah daripada mereka, seperti Iruka Umino dan Mizuki, berfungsi sebagai guru di Akademi Ninja serta ninja yang lain seperti Shikamaru Nara yang diberikan tugas sebagai ketua pasukan yang menyelia pasukan kecil bagi menonjolkan sepenuhnya skil ninja-ninja yang berada di bawah pemerhatian mereka. Kebiasaanya, ninja bertahp Chūnin akan dihantar melakukan misi-misi bertahap-C atau bertahap-B.

Untuk menjadi Chūnin, seorang ninja Genin harus menyertai peperiksaan pada skala yang besar yang dikenali sebagai Peperiksaan Chunin. Satu-satunya peperiksaan yang dapat dilihat dalam siri ini adalah peperiksaan tiga peringkat yang diadakan di Konohagakure. Mereka yang lulus ujian tersebut dan menjadi Chūnin boleh memakai pakaian berupa jaket yang mempunyai tempat meletakkan skrol-skrol. Bagaimana pun, pemakaian jaket ini tidak diwajibkan dan sesetengah daripada Chūnin ini mengenakan pakaian seperti jubah atau selendang.

Jōnin sunting

Jōnin (Jepun: 上忍, Hepburn: Ninja Elit) atau dikenali juga sebagai "Ninja Atasan" merupakan ninja yang memiliki kemahiran dan skil individu dan mampu bertindak sebagai ketua peperangan. Mereka selalunya akan dihantar untuk melaksanakan misi bertahap-A dan sesetengah ninja Jōnin yang sangat berpengalaman juga turut dihantar untuk melaksanakan misi bertahap-S (misi yang dianggap paling sukar).

Adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk seseorang ninja Jōnin pergi melaksanakan misi sendirian. Jōnin selalunya memiliki kemampuan untuk menggunakan dua jenis elemen chakura, sesetengah jenis genjutsu dan skil taijutsu yang memiliki peringkat lebih tinggi daripada kebiasaan.

Adalah tidak diketahui bagaimana seseorang itu boleh menjadi Jōnin. Di dalam Buku Data Profil Anime Naruto ada menyatakan bahawa Jōnin akan dilantik, namun begitu terdapat maklumat mengenai Peperiksaan Jōnin dinyatakan dalam anime ketika babak Kurama. Apabila seorang ninja menjadi Jōnin, mereka akan diberikan tugas untuk memantau tiga orang ninja Genin. Sebahagian daripada tugas mereka adalah memastikan ninja-ninja di bawah arahan mereka ini menjadi ninja yang berkebolehan.

Tokubetsu Jōnin sunting

Fail:Ibiki.PNG
Ibiki Morino merupakan ninja "Tokubetsu Jōnin" yang memiliki kepakaran dalam bidang soal siasat.

Tokubetsu Jōnin (Jepun: 特別上忍, Hepburn: Ninja Elit Khas) juga dikenali sebagai "Tokujō" merupakan ninja Jōnin yang memiliki kebolehan khas atau tertumpu ke arah sesuatu bidang atau skil sepertimana pegawai waran dalam sistem ketenteraan dunia sebenar (tidak seperti ninja Jōnin biasa yang memiliki kebolehan menyeluruh).

Mereka merupakan ninja elit khas yang memiliki kebolehan khusus dan selalunya akan ditugaskan sebagai orang bawahan ninja Jōnin biasa apabila khidmat mereka diperlukan. Sebagai contoh; Ibiki Morino, merupakan ninja Jōnin yang berkebolehan dalam memahami bagaimana manusia berfikir menjadikannya seorang ninja Jōnin yang pakar dalam bidang soal siasat dan pengumpulan maklumat rahsia.

Pasukan sunting

 
Contoh pasukan kecil adalah Pasukan Kakashi yang terdiri daripada: Kakashi Hatake, Sasuke Uchiha, Naruto Uzumaki dan Sakura Haruno

.

Walau pun sesetengah ninja berpangkat tinggi dari pasukan biasa menjalankan tugas secara bersendirian, namun kebanyak misi-misi mereka dilakukan secara berkumpulan. Kumpulan yang paling asas adalah kumpulan Genin yang dibentuk setelah mereka tamat latihan di Akademi Ninja. Kumpulan ini dipanggil kumpulan berempat; terdiri daripada tiga orang Genin dan dipantau oleh seorang ninja Jōnin. Kumpulan ini bertujuan untuk mendedahkan ninja-ninja baru ini kepada teknik dan kebolehan yang praktikal. Selalunya, ikatan dan keserasian terbentuk di antara mereka dan kadang kala berlanjutan sepanjang hayat. Oleh kerana ikatan inilah dan fakta bahawa bekerja dengan satu kumpulan yang lama dikenali selalunya lebih efisien dan hubungan ini berkekalan walau pun semua ahli-ahlinya sudah mencapai peringkat atau pangkat yang lebih tinggi.

Selain daripada kumpulan asas ini, ada juga pasukan yang dibentuk untuk tujuan atau misi khas. Kadangkala ianya hanya dibentuk untuk seketika bagi memenuhi kehendak sesuatu misi dan dalam tempoh yang singkat, seperti pasukan khas ketika misi menyelamatkan Sasuke Uchiha yang terdiri daripada: Shikamaru Nara, Naruto Uzumaki, Neji Hyuga, Kiba Inuzuka dan Choji Akamichi. Namun begitu, ada juga pasukan khas yang dibentuk bertahan lebih lama dan lebih teratur, seperti Nijū Shōtai yang dibentuk untuk memerangi ancaman daripada Akatsuki.

Nijū Shōtai sunting

Nijū Shōtai (Jepun: 二十小隊, Hepburn: Skuad Berdua Puluh) merupakan pasukan khas yang dibentuk oleh Hokage Kelima untuk memantau keselamatan dan menangkap anggota Akatsuki di Negara Api. Mereka diarahkan untuk menangkap ahli-ahli Akatsuki ini secara "hidup-hidup" atau pun sekiranya tindakan tersebut terlalu mustahil, mereka mesti dihapuskan.

Setakat ini, hanya dua kumpulan daripada dua puluh kumpulan yang telah dilihat dan diketahui:


Pangkat Khas & Fungsi sunting

Selain daripada pangkat biasa seperti genin, chūnin, tokubetsu jōnin, dan jōnin; terdapat juga ninja yang memegang satu pangkat khusus atau pun fungsi. Sebagai contoh, di Kumogakure terdapat satu pangkat ninja yang berada dikedudukan di antara Jōnin dan Raikage. Ninja ini bertindak sebagai ketua kepada pasukan ninja bawahan dan boleh dijadikan wakil kepada kampung mereka. Di Konohagakure pula, terdapat Komander Jōnin yang mewakili ninja dari pasukan biasa di dalam kaunsel.

ANBU sunting

Fail:ANBU Symbol.svg.png
Logo unit "ANBU" di Konohagakure.

ANBU (Jepun: 暗部, Hepburn: Pasukan Gelap) adalah singkatan kepada "Ansatsu Senjutsu Tokushu Butai" (暗殺戦術特殊部隊, Skuad Taktikal dan Pembunuhan Hendap) dan merupakan satu pasukan gelap khas di bawah perintah langsung Kage di kampung masing-masing. ANBU bertugas untuk melindungi kampung dari ancaman luar, dihantar untuk menyempurnakan misi rahsia kelas tinggi dan berurusan dengan ninja-ninja yang kuat. Mereka juga turut terlibat dalam misi-misi pembunuhan hendap, penyeksaan, misi mengesan jejak, pemantauan atau misi yang memerlukan ninja berpengalaman tinggi. ANBU selalunya akan bekerja dalam kumpulan dengan bilangan anggota yang "diperlukan" untuk menyempurnakan sesuatu misi untuk memastikan misi disempurnakan dengan jayanya. Sekiranya seseorang ninja dari unit ANBU tercedera dalam pertarungan (lalu kalah), mereka dikehendaki untuk memusnahkan diri mereka sendiri untuk mengelakkan maklumat kampung mereka terdedah kepada ninja dari kampung lain. Ninja dalam unit ANBU dipilih sendiri oleh Kage; pemilihan berdasarkan kebolehan individu dan skil-skil khas. Umur, jantina atau pangkat terdahulu tidak menjadi faktor kepada "keputusan" pemilihan mereka sebagai ahli unit ANBU.

Fail:Anbu Attack Gear.PNG
Pakaian lengkap unit "ANBU" di Konohagakure.

ANBU memakai topeng berbentuk ukiran haiwan untuk penyamaran dan membezakan mereka daripada ninja-ninja biasa. Mereka juga memiliki pakaian khas yang terdiri daripada perisai badan berwarna hitam dan kelabu, dirah tangan dan tatu khas berbentuk lingkaran di bahu kiri mereka (ANBU wanita memiliki tatu yang dicacah di bahu kanan mereka). Sesetengah ANBU memakai kain pelindung berwarna gelap dan ketua pasukan boleh memakai kain pelindung berwarna putih. Ke semua ANBU membawa "Ninjato" yang juga sebilah pedang pendek yang sering disangkut di belakang mereka.

Tidak terdapat susur galur yang jelas mengenai pangkat dalam ANBU seperti mana dalam pasukan biasa. Kepimpinan pasukan dan turutan adalah berdasarkan merit dan pengalaman. Ketua kepada sesuatu pasukan kecil ANBU dipanggil Buntaichō (分隊長), satu posisi yang dipandang tinggi dalam unit kecil tersebut. Terdapat beberapa pecahan unit atau sub-unit dalam ANBU, di mana ianya menyasarkan kepada tujuan penyempurnaan misi-misi yang berlainan. Di Kirigakure contohnya, terdapat pasukan Ninja Pemburu yang bertujuan semata-mata untuk menangkap ninja-ninja pelarian dari kampung mereka. Bagi Konohagakure pula, mereka memiliki unit ANBU Penderaan Dan Pisit-memisit yang bertujuan untuk menyoal siasat dan mendera tahanan untuk mengumpul maklumat-maklumat penting tentang musuh. Walaupun unit tersebut telah dibubarkan, namun wujud satu unit ANBU yang digelar "Ne" (根, Akar) yang akan melakukan misi-misi yang dianggap terlalu rahsia dan tidak bertindak di bawah arahan langsung Hokage sebelum ini.

ANBU "Ne" sunting

Di Konohagakure, terdapat satu unit ANBU khas yang dipanggil Ne (Jepun: , Hepburn: Akar) ataupun "Root". Ia diketuai oleh ninja veteran bernama Danzō. Ahli-ahli ANBU "Ne" dihantar ke misi-misi yang dianggap boleh menguntungkan Konoha dan mereka dilatih untuk mengyingkirkan segala bentuk perasaan dengan tujuan agar segala arahan Danzō tidak dipersoalkan. Ahli ANBU "Ne" juga memiliki satu kuncian yang diletakkan di atas lidah mereka dan bertujuan untuk mengelakkan mereka membocorkan rahsia mengenai Danzō atau unit ANBU "Ne" kepada orang lain. Ketika serangan oleh Pain, Danzō telah mengarahkan agar ANBU "Ne" tidak membantau dalam mempertahankan Konoha.



Misi sunting

Pemusnahan Pemberontak dari Amegakure sunting
  • Diarahkan Kepada: Semua
  • Kesudahan: Gagal

Danzō telah bersekutu dengan pemimpin Amegakure; Hanzō untuk membantu beliau menewaskan pemberontakan oleh Yahiko dengan pulangan Hanzō akan membantu Danzō untuk menjadi Hokage. Walaupun gabungan mereka berjaya membunuh Yahiko, namun mereka telah ditewaskan oleh Nagato yang mengamuk di atas kematian Yahiko dan telah membunuh ramai ninja dari Amegakure dan ANBU "Ne" yang ada di medan pertarungan. Hanya Hanzō yang dilihat berjaya melarikan diri.

Pembunuhan Hendap "Kumpulan Pembunuh Hendap Hannya" sunting
  • Diarahkan Kepada: Tidak diketahui
  • Kesudahan: Berjaya

Danzō pernah mengarahkan pembunuhan hendap ke atas "Kumpulan Pembunuh Hendap Hannya" dari Negara Kayu. Arahan tersebut dilihat berjaya dilaksanakan, namun menurut Fū dan Torune, masih terdapat saki-baki daripada kumpulan tersebut yang menyasarkan ANBU "Ne".

Menyelinap ke Kubu Persembunyian Orochimaru sunting
  • Diarahkan Kepada: Sai
  • Kesudahan: Gagal

Danzō mengarahkan Sai untuk menyertai Pasukan Kakashi yang menjalankan misi memburu Sasuke Uchiha. Ketika misi ini berjalan, Sai telah menghampiri Orochimaru atas arahan daripada Danzō. Sai telah memberikan janji bahawa ANBU "Ne" akan membantu orochimaru memusnahkan Konoha. Apabila Orochimaru menerima tawaran tersebut dan membawa Sai ke kubu rahsiuanya, di situlah bermulanya misi Sai iaitu mempertahankan Konoha dengan membunuh Sasuke Uchiha. Sai yang telah berkawan baik dengan Naruto akhirnya tidak mahu menyempurnakan misi tersebut.

Penaklukan Konoha sunting
  • Diarahkan Kepada: Semua (kecuali Sai)
  • Kesudahan: Berjaya (tergantung, Danzō dipilih sebagai Hokage sementara)

Ketika Pain menyerang Konoha, Danzō telah melarang unit ANBU "Ne" mempertahankan Konoha dengan harapan tindakan Pain akan dapat membantu dirinya dilantik sebagai Hokage. Berikutan penaklukan oleh Pain, Danzō telah dipilih menjadi Hokage Keenam buat sementara. Hanya Sai yang diketahui tidak terlibat dalam misi tersebut kerana dia berada bersama Yamato dan Anko Mitarashi yang sedang memburu Kabuto

Meninjau Naruto sunting
  • Diarahkan Kepada: Sai
  • Kesudahan: Berterusan (dianggap gagal)

Selepas Danzō dilantik sebagai Hokage Keenam oleh daimyo dari Negara Api, dia telah emngarahkan Sai untuk memerhatikan tindak-tanduk Naruto dans egala tindakan di luar kebiasaan dilaporkan kepada Danzō secara terus. Oleh kerana Danzō masih belujm mendapat kata setuju daripada ninja Jonin di Konoha untuk membolehkannya menjadi Hokage yang sah, dia perlu memastikan Naruto (yang dianggap hero Konoha kerana menewaskan Pain dan statusnya sebagai jinchuriki) dalam keadaan yang selamat. Bagaimana pun, Sai telah membelot dan menyelamatkan Naruto.

Menjejak Anko sunting
  • Diarahkan Kepada: Dajimu dan Tera
  • Kesudahan: Berterusan

Ketika Anko dalam misi memburu Kabuto, Danzō menghantar Dajimu dan Tera untuk menjejak bekas murid Orochimaru; Anko. Oleh kerana situasi terkini dialami oleh Konoha, Danzō mengarahkan misi tersebut ditunda dan ditukarkan dengan misi menjejak kabuto sebelum Anko berjaya melakukannya.

Menjejak Kabuto sunting
  • Diarahkan Kepada: Terai
  • Kesudahan: berterusan

Oleh kerana Kabuto berkemungkinan mengetahui hubungan Danzō dan Orochimaru dan kebolehannya dalam bidang perubatan boleh digunakan untuk mengubati tangan dan mata kanannya, Danzō mengarahkan Terai untuk menjejak Kabuto.

Memerhati Sai dan Naruto sunting
  • Diarahkan Kepada: Dua orang anak buah Torune yang tidak bernama
  • Kesudahan: Gagal

Meragui kesetiaan Sai kepada dirinya, Danzō telah mengarahkan dua anggota ANBU "Ne" untuk memantau Sai yang diarahkan untuk memantau Naruto. Bagaimana pun, Kakashi dan Konohamaru telah membantu Naruto melarikan diri dan bergegas ke Perhimpunan Kage dan membuatkan Sai seolah-olah masih menurut arahan Danzō.

Melindungi Danzō sunting
  • Diarahkan Kepada: dan Torune
  • Kesudahan: Berterusan

Ketika persiapan untuk melibatkan diri ke Perhimpunan Kage di Negara Besi sedar bahawa dia dibenarkan membawa dua orang pengawal tanpa sebarang pengecualian. Danzō telah memilih dua orang anggota ANBU "Ne" iaitu Fū dan Torune. Torune juga turut mengarahkan dua anak buahnya untuk memastikan naruto tidak meninggalkan Konoha ketika ketiadaan mereka seandaiannya Sai membelot mereka. Bagaimanapun, dua pengawal tersebut telah dipindahkan oleh Madara Uchiha ke dimensi yang lain.

Mendapatkan Byakugan sunting
  • Diarahkan Kepada:
  • Kesudahan: Gagal

Ketika Ao membongkar rahsia Danzō membelot semua Kage, Danzō mengarahkan Fū untuk mendapatkan mata Byakugan yang dimiliki oleh Ao. Fū telah menggunakan taktik khas untuk mendapatkan kembali "harta benda Konoha" untuk Danzō, namun dia telah dihalang oleh Mizukage Kelima dan telah diperangkap emngakibatkan misinya gagal.

Pasukan Medik sunting

Pasukan Medik (Jepun: 医療班, Hepburn: Iryō-han) merupakan pasukan bantuan kepada ninja biasa. Mereka terdiri daripada ninja-ninja yang mahir dalam bidang perubatan dan bertindak di belakang tabir. Mereka bertugas untuk menyembuhkan ninja-ninja yang tercedera dan memastikan ninja-ninja di kampung mereka dalam keadaan kesihatan yang kemuncak. Mereka juga turut melakukan kajian lanjut ke atas jutsu baru, ubat-ubatan dan penyakit serta tubuh manusia. Walaupun jarang menampilkan diri, mereka sangat dihormati oleh ninja-ninja lain di kampung mereka. Ninja-ninja jōnin juga turut berpendapat kebolehan mereka seumpama magik.

Tidak semua ninja perubatan terdiri daripada Pasukan Medik. Ada juga ninja medik daripada pasukan biasa yang menyertai misi-misi diberikan kepada pasukan-pasukan kecil untuk memastikan kadar kejayaan sesuatu misi. Bagaimanapun, hanya ninja perubatan yang menguruskan pentadbiran di hospital dan menjaga ninja-ninja yang cedera.