Schipperke

baka anjing dari Belgium

Schipperke[a] ialah satu baka anjing kecil yang dipercayai telah berasal dari tahun 1600-an di Flanders.[2][3] Ada perdebatan panjang tidak formal tentang sama ada jenis anjing ini ialah spits atau anjing gembala katik. Di tanah airnya, Belgium, ia dianggap sebagai anjing gembala kecil.[4] Penyelidikan DNA telah menunjukkan bahawa schipperke mempunyai hubungan rapat dengan keluarga baka anjing spits.[1]

Schipperke
Schipperke yang bersedia
Nama ringkasSpitzke (sehingga tahun 1888)
Spits (sehingga tahun 1888)
Spitske (sehingga tahun 1888)
Little Black Devil (Belgium)
Little Captain (Flemish)
Negara asalBelgium
Trait
Berat 3–9 kg (6.6–19.8 lb)
Tinggi Jantan Purata 33.6 cm (13.2 in)
Betina Purata 31.2 cm (12.3 in)
Bulu Ganda, ganti bulu ringan
Warna Hitam (umum) atau krim (jarang) atau merah/hati (sangat jarang)
Saiz perinduk 3–7 ekor[perlu rujukan]
Jangka hayat Purata 13–16 tahun, sesetengah individu lebih lama
CatatanKeluarga baka: Spits; Kajian DNA Institute of Canine Biology tentang schipperke mendapati bahawa anjing ini tergolong dalam susur galur spits[1]
Pemotongan ekor diharamkan di kebanyakan negara Eropah.
Schipperke berwarna krim atau hati belum dapat menyertai kebanyakan pertunjukan.
Anjing (Canis lupus familiaris)

Perihal sunting

 
Seekor schipperke yang menunjukkan lingkaran bulu di sekeliling kawasan leher

Fizikal sunting

Schipperke ialah anjing kecil, tegap, dan biasanya hitam dalam keluarga spits.[1] Telinga runcingnya tegak di atas kepala. Schipperke mempunyai lapis bulu ganda dengan lapis bulu bawah lembut dan gebu yang dilitupi oleh lapis bulu luar agak kasar dan lebih panjang. Salah satu ciri baka ini ialah lingkarang panjang yang mengelilingi leher dan kemudian satu jalur menurun ke bawah ke arah punggung anjing. Ia juga mempunyai bulu lebih panjang pada tungkai belakangnya yang dipanggil kulot.[5] Baka ini biasanya hitam, tetapi kadang-kadang berwarna perang muda atau krim (sesetengah anjing perang muda mempunyai lapis bulu lebih bak sutera); sangat jarang ia dapat mempunyai pewarnaan merah hati. Lapis bulunya berkilat. Anjing baka ini biasanya berukuran seberat 3–9 kilogram (6.6–19.8 lb).

Kesihatan sunting

 
Seekor anak schipperke betina berusia 12 minggu

Schipperke tidak mempunyai masalah kesihatan khusus. Tinjauan The Kennel Club United Kingdom meletakkan jangka hayat median baka ini pada usia 13 tahun, dengan kira-kira 20% yang hidup sehingga usia 15 tahun atau lebih. Daripada 36 ekor anjing yang telah mati dalam tinjauan itu, anjing tertua berumur ​17 12 tahun.[6] Terdapat satu kes yang diketahui yang melibatkan seekor schipperke yang hidup sehingga usia 18 hingga 19 tahun. Walau bagaimanapun, ketidakaktifan, kekurangan senaman, dan pemberian makanan berlebihan adalah sangat berbahaya, dan dapat membawa kepada masalah sendi dan rangka serta keadaan gigi, jantung, paru-paru, atau penghadaman. Masalah ortopedik primer schipperke cenderung kepada tempurung lutut terkehel dan sindrom Legg-Perthes (masing-masing gangguan lutut dan pinggul). Sesetengah schipperke telah menunjukkan kecenderungan terhadap epilepsi, walaupun tiada ujian: ini kelihatannya berkaitan dengan transmisi genetik.[7]

Satu-satu kaveat kepada kesihatan baik schipperke ialah MPS IIIB, iaitu mutasi genetik yang berlaku pada sebanyak-banyaknya 15% daripada jumlah populasi baka. Ia hanya berlaku pada schipperke. Sekolah Perubatan Veterinar Universiti Pennsylvania telah membangunkan ujian untuk penyakit ini[8] dan mula menerima sampel pada April 2003. Tanda-tanda klinikal muncul pada antara usia dua dengan empat tahun dan tiada penawar atau rawatan yang diketahui. Penyakit ini menjejaskan keseimbangan, pengatasan halangan (seperti tangga), dan serupa dengan penyakit penyimpanan lisosom pada manusia seperti penyakit Tay–Sachs dan penyakit Gaucher.[9] Schipperke juga terdedah kepada sesetengah masalah fizikal lain seperti yang dilaporkan oleh Orthopedic Foundation for Animals.[10]

Penyelidikan DNA telah menunjukkan bahawa schipperke mempunyai kadar semakin meningkat bagi pembiakbakaan dalam dalam populasinya.[1]

Sejarah sunting

 
Schipperke pada sekitar tahun 1897

Rujukan umum lebih awal kepada schipperke mencadangkan bahawa ia mungkin telah berasal dari tahun 1600-an di Flanders.[2][3] Schipperke pertama kali diiktiraf sebagai baka rasmi pada tahun 1880-an dengan piawaian yang ditulis pada tahun 1889. Kebanyakan hal yang diketahui tentang asal usul dan sejarah awalnya berasal daripada majalah Chasse et Pêche (bahasa Perancis untuk "Perburuan dan Memancing") yang mempunyai rencana yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh majalah berbahasa Inggeris The Stockkeeper.

Nama baka "schipperke" bermaksud "nakhoda kecil" atau "kapten kecil" dalam bahasa Flemish.[2] Walau bagaimanapun, walaupun ia kadang-kadang terlihat di atas tongkang, itu bukan fungsi asli atau utamanya, dan di kawasan Leuven dan Brussel "scheper" (yang berbunyi serupa dengan "schipper"; anjing gembala Jerman juga dikenali dalam bahasa Belanda sebagai "Duitse scheper") ialah perkataan untuk gembala biri-biri yang menjadikan nama itu diterjemahkan sebagai "gembala kecil".[4]

Sebelum nama "schipperke" diambil secara rasmi, baka ini juga dikenali secara basahan sebagai "spits" atau "spitzke", nama yang umumnya digunakan untuk menyebut anjing kecil dengan telinga runcing. Ia juga kadang-kadang dipanggil "moorke", yang bermaksud "[haiwan] hitam kecil". Schipperke dirujuk secara meluas di Amerika Syarikat, walaupun dengan salah, sebagai "anjing tongkang terusan Belgium" atau "anjing kapal Belgium". Kelihatannya, walau bagaimanapun, sejarahnya bermula dengan anjing gembala hitam abad ketujuh belas yang umumnya dipanggil Leuvenaar, seekor anjing seberat 40 paun yang sering ditemukan di rantau Louvain di Belgium dan digunakan untuk menjaga kawanan ternakan dan pengangkutan. Anjing-anjing ini kelihatannya merupakan baka asasi untuk kedua-dua schipperke moden dan lebih kecil dan anjing gembala hitam Belgium moden dan lebih besar yang juga dikenali sebagai anjing Groenendael.[11]

Dalam Perang Dunia Kedua, pihak Penentang Belgium menggunakan anjing-anjing ini untuk mengirimkan pesanan di antara pelbagai tempat persembunyian dan sel-sel penentangan yang tidak ditemukan oleh pasukan pendudukan Nazi.[12]

Genealogi genetik/penyelidikan DNA sunting

Kajian makmal DNA menunjukkan bahawa schipperke lebih berkait rapat dengan anjing Pomerania berbanding dengan anjing gembala Belgium dan sangat berkait rapat dengan baka-baka jenis spits. Kajian DNA juga menunjukkan peningkatan mantap dari segi pembiakan dalam pada schipperke.[1]

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: سکيڤرکى, Sebutan bahasa Melayu: [skipərkə]; Belanda: schipperke, Belanda: [ˈsxɪpərkə]; /ˈskɪpərk/

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "Schipperke". www.instituteofcaninebiology.org (dalam bahasa Inggeris). The Institute of Canine Biology. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2017. Schipperke is closer to Pomeranian than Belgian Sheepdog and close to Spitz; inbreeding is rising
  2. ^ a b c Alexandra Anastasio (31 Januari 2017), tapak wen rasmi American Kennel Club "What Was the Schipperke Bred To Do" (Inggeris)
  3. ^ a b "Schipperke History: The "Little Captain" of Belgian Dockyards". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Januari 2024.
  4. ^ a b Dr. Robert Pollet. "The Schipperke … what's in a name?". schipperke.be (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Oktober 2014. Dicapai pada 15 Januari 2024.
  5. ^ "Capes and Culottes". National Purebred Dog Day (dalam bahasa Inggeris). 9 Januari 2016.
  6. ^ "Individual Breed Results for Purebred Dog Health Survey" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Ogos 2013. Dicapai pada 29 Januari 2024.
  7. ^ Skipperke Club, hlm. 2
  8. ^ "Mucopolysaccharidosis (MPS) IIIB" (dalam bahasa Inggeris). Sekolah Perubatan Veterinar Universiti Pennsylvania.
  9. ^ "New DNA-based Test for Inherited Diseases in Schipperkes" (PDF). The Bellwether (dalam bahasa Inggeris). No. 56. Sekolah Perubatan Veterinar Universiti Pennsylvania. 24 April 2003. m/s. 7, 9. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 Jun 2010.
  10. ^ "Schipperke health survey". offa.org (dalam bahasa Inggeris). Orthopedic Foundation for Animals. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2009.
  11. ^ American Kennel Club, History of the Skipperke (Inggeris), American Kennel Club, 2013.
  12. ^ "meet the...Schipperke". Continental Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Januari 2024.