Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah

Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah atau nama ringkasnya SAM Unwanus Saadah, merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Km. 39, Kanchong Darat,.

Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah
Lokasi
Km. 39, Kanchong Darat,, BANTING, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Menengah, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
Motoالعلم النور (ILMU ITU CAHAYA)
Nombor sekolah331872377
Kod sekolahBFT1001[1]
PengetuaPuan Hajjah Mariam Binti Adnan (2017-Kini)
GPK Pentadbiran dan AkademikTuan Haji Hasbullah Bin Paujan (2013-Kini)
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Hajjah Raja Fatimah binti Raja Abdul Rahman
Penolong Kanan KokurikulumPuan Rapimah Binti Hussein
Faks331873277


Pada 2009, Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah memiliki 355 pelajar lelaki dan 386 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 741 orang. Ia mempunyai seramai 56 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah mula didirikan pada tahun 1946 hasil usaha oleh Tuan Hj Ibrahim Bin Hj Ismail, Raja Hj Daud bin Raja Hj Busu dan Hj Usman bin Hj Taib. Sekolah ini mula dibina berhampiran dengan Masjid jamek Kanchong Darat yang mana ia adalah tapak asal sekolah ini. Ia kemudiannya dipindahkan ke tapak Sekolah Rendah Agama Kanchong Darat dan seterusnya ia dibina semula di lokasi yang ada sekarang iaitu di KM 39, Kanchong Darat.

Pada tahun 1946, sekolah ini hanya dikenali dengan nama Madrasah Unwanus Saadah yang mana Jabatan Agama Islam Selangor telah mengambil alih pengurusan sekolah dan menukar nama madrasah ini kepada Sekolah Agama Menengah Rendah Unwanus Saadah.

Bermula pada tahun 1989, sekolah ini telah membuka tawaran untuk mengambil pelajar-pelajar tingkatan 5 dan mengubah nama sekolah kepada Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah. Sehingga ke hari ini, nama sekolah ini terus mekar di bibir masyarakat setempat kerana ia berada dalam era kombinasi Arab dan akademik.

Kini, SAM Unwanus Saadah dikategorikan sebagai sebuah sekolah gred A, luar bandar. Sekolah ini diterajui  oleh tuan pengetua iaitu En. Arriffin bin Rabu dan dibantu oleh guru penolong kanan kurikulum, Puan Norafizah bt Ahmad dan guru penolong kanan HEM iaitu Puan Mazinah bt Kasran serta guru penolong kanan ko-kurikulum, Puan Nooranisah bt Samiran. Seramai 43 orang guru telah diamanahkan untuk mengajar di sekolah ini yang terdiri daripada 11 orang guru lelaki dan 32 orang guru perempuan.

Motto yang digunakan pada lencana sekolah ialah Ilmu An-nur yang bermaksud ilmu itu cahaya. Ini membawa maksud matlamat sekolah ialah untuk menuju ke arah menjadikan ilmu sebagai penyuluh kepada kejayaan pelbagai aspek.

Pencapaian sunting

AKADEMIK

Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 :-

Kedudukan ke-3 Daerah Kuala Langat.

Kedudukan ke-45 Negeri Selangor.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 :-

Kedudukan ke-1 Daerah Kuala Langat.

Kedudukan ke-30 Negeri Selangor.

SUKAN

Kejohanan Bola Sepak MSSD Kuala Langat 2013 :-

Bawah 18 Thn : Peringkat Kumpulan

Bawah 15 Thn : Ke-3

Kejohanan Bola Sepak Olimpik Muda 2013 :-

Bawah 13 Thn : Ke-2

Bawah 14 Thn : Ke-3

Bawah 16 Thn : Ke-3

Kejohanan Bola Sepak MSSD Kuala Langat 2016

Bawah 18 tahun : ke-2

Bawah 15 tahun: ke-3

Kejohanan Bola Sepak Piala Mokhtar Dahari 2016

Peringkat Kumpulan

  • Afif Najmi terpilih dalam kejohanan Bola sepak antarabangsa di Indonesia

==
Lagu Sekolah ==

Alamat sunting

Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah
Km. 39, Kanchong Darat, 42700 Banting, Kuala Langat,
Selangor,   Malaysia
Telefon = 331872377
Fax = 331872377

Rujukan sunting

Pautan luar sunting