Sekolah Hollandsch-Inlandsche

Sekolah Hollandsch-Inlandsche (HIS) ialah sekolah rendah yang didirikan semasa penjajahan Belanda di Indonesia. Sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa Belanda sebagai bahasa pengantarnya. Sekolah yang pertama di Sumatera Utara didirikan pada tahun 1914 di Tarutung yang kini merupakan ibu kota Kabupaten Tapanuli Utara. [1] Dua buah sekolah HIS di Sumatera Utara kemudian didirikan di Narumonda dan Dolok Sanggul pada tahun 1920.

Sekolah-sekolah HIS diperuntukkan kepada para penduduk pribumi sehingga disebut juga sebagai Sekolah Bumiputera Belanda. Pada umumnya, sekolah-sekolah ini disediakan untuk anak-anak daripada golongan bangsawan, tokoh-tokoh terkemuka, atau pegawai-pegawai negeri. Tempoh persekolahan di sekolah-sekolah HIS ialah tujuh tahun.

Murid-murid yang lulus dari HIS dapat meneruskan persekolahan mereka di Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) yang merupakan sekolah lanjutan pertama.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Laman web Takasima". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-09. Dicapai pada 2009-05-09.