Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota

Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota atau nama ringkasnya #SEKITA, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Bandar Bukit Mahkota, Selangor. Jumlah bilangan pelajar sekolah pada tahun 2020 adalah seramai 1,647 pelajar.

Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota
Lokasi
Jalan BM5/12, Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota,, 43000 Kajang, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBERINTEGRITI BERKUALITI
Ditubuhkan10 MAC 2014
Autoriti pendidikanPejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat
Nombor sekolah03-89125452
Kod sekolahBBA4060[1]
Pengerusi PIBGProf. Madya Dr. Mokmin bin Basri
Guru besarPn. Nur Hanani binti Md Nafi
Tenaga pengajar105 guru
Jumlah penuntut1885 murid (2023)
Kelas25 buah kelas perdana 2 buah kelas prasekolah
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Azurani binti Md Tin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn Amalina bt Ismail
Penolong Kanan KokurikulumPn. Suhaili
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangEn. Isma Hisyam
Faks03-89125452
Laman sesawang
Berintegriti Berkualiti


Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota dibuka pada 10 Mac 2014. Pada waktu itu, sejumlah 822 orang murid ditempatkan di dalam 25 buah kelas yang tersedia. Kebanyakkan murid pada waktu itu datangnya dari Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra iaitu seramai 531 orang murid dari tahun 3, 4 dan 5.

Manakala dari Sekolah Kebangsaan Bangi iaitu seramai 291 orang murid terdiri daripada murid tahun 1 dan 2. Nama sekolah diambil sempena nama bandar yang terletaknya sekolah ini, iaitu Bandar Bukit Mahkota. Ia bersempadan dengan Seksyen 4 dan Seksyen 5.

Keluasan sekolah seluas 12 hektar dikelilingi taman-taman perumahan Bandar Bukit Mahkota dan didaftarkan atas nama Guru Besar. Guru Besar yang pertama memulakan tugas pada 3 Mac 2014 iaitu Puan Hajah Siti Zaharah binti Mohd Mukhtar. Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hajah Norizah binti Rahmat. Manakala Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan memangku tugas sebagai 'caretaker' iaitu Puan Hajah Rusni binti Hasbullah.

Pencapaian sunting

Sekolah ke-13 terbaik di daerah Hulu Langat bagi UPSR 2015.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Mahkota
Jalan BM5/12, Seksyen 5,
Bandar Bukit Mahkota,
43000 Kajang,
Selangor, Malaysia
Telefon = 0389125452
Faks = 0389125452

Rujukan sunting

Pautan luar sunting