Sekolah Kebangsaan Bendang Nyior


Sekolah Kebangsaan Bendang Nyior atau nama ringkasnya SK Bendang Nyior, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Bendang Nyior.

Sekolah Kebangsaan Bendang Nyior
[[File:SK Bendang Nyior |frameless|upright=1]]
Lokasi
 Malaysia Kampong Bendang Nyior, 17500, Tanah Merah,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6099750140
Kod sekolahDBA5298
PengetuaPn. Hajjah Wan Saodah Binti Wan Mohammod
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Hajjah Raj Yah Binti Raj Mohamed
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPn. Noor Asmah Binti Baharuddin
Penolong Kanan KokurikulumPn. Nik Hasni Binti Nik Yaakub
Faks6099750142

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bendang Nyior memiliki 247 pelajar lelaki dan 211 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 458 orang. Ia mempunyai seramai 32 orang guru.2009

Sejarah sunting

Latar belakang dan sejarah sekolah

Sekolah Kebangsaan Bendang Nyior telah diasaskan oleh En Yusof Bin Ahmad . Beliau berasal dari kampung Kangkong Pasir Mas Kelantan. Sekolah ini dahulunya  dinamakan Sekolah Rakyat Kampung Bendang Nyior. Sekolah  Rakyat ini dibina dalam tahun 1957 di tapak seluas 800 ela. Bangunannya  diperbuat daripada kayu beratap rumbia. Tapak asal sekolah ini telah  didirikan  Masjid Bendang Nyior sekarang.

Pada 7 Mei 1957 Sekolah Rakyat ini telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan .  Tapak sekolah seluas 7 ekar 135 depa telah dibina di tapak baru yang terletak di Bendang Gok lebih kurang 3 km dari tapak asal sekolah  rakyat. Nama sekolah juga ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Bendang Nyior. Nama Sekolah diberi bersempena nama kampung tapak asal  dimana sekolah rakyat dibina.

Di awal pembukaannya keramaian murid di sekolah ini hanyalah seramai 64 orang bersama dengan seorang sahaja guru iaitu Cikgu Harun b Ali. Bilangan kelasnya sebanyak 3 buah kelas iaitu 1,2 dan 3.  Jumlah pendaftaran murid terus meningkat pada Januari  1960 seramai 120 orang murid telah  didaftarkan sekolah kebangsaan Bendang Nyior.

Pada 27 Julai 1965 Bagunan sekolah Kerajaan Pusat telah dibuka dengan rasminya. Perasmian pemukaan sekolah Kebangsaan Bendang Nyior telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Khair Johari  selaku Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu. Bagi menampung pertambahan bilangan murid satu tambahan blok bangunan  baru telah dibina pada januari 1988. Sekolah juga dibekalkan dengan 2 unit rumah guru.

Kini pasaranan sekolah banyak berubah sekolah Kebangsaan Bendang Nyior mendapat penambahan 2 blok bagunan lagi  pada tahun 2002.1 blok pentadbiran 3 aras dan 1 blok 4 aras terdiri daripada bilik-bilik darjah. Pertambahan ini memberi keselesaan pada murid dan seluruh warga sekolah. Bagi menampung keperluan Pra sekolah pula 1 lagi bagunan  pra sekolah dibina pada tahun 2010.

Pada sessi persekolahan 2015  Sekolah Bendang Nyior mempunyai murid seramai 440 orang termasuk pra sekolah. Sebanyak 12 kelas telah dibuka untuk sessi persekolahan ini bersamaan dengan 31 orang guru dan 7 pembantu operasi berserta 8 pekerja rendah awam swasta telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bendang Nyior.

Keseluruhan murid  di Sekolah kebangsaan Bendang Nyior terdiri daripada murid-murid di kampung sekitar  iaitu Kampung Banggol Ketereh,Kampung Bendang Gok, Kampung Bukit Kuin, Kg Muring, Kampung Bukit Kecik , Lubok  Buluh, Air Sejok  dan kg Bijai  Manis.

Sekolah Kebangsaan Bendang Nyior terus membangun dan berkembang  maju hingga ke hari ini dengan diterajui oleh  barisan kepimpinan seperti senarai berikut :

Bil

Nama

Tempoh

1

En Yusoff b Ahmad

1957- 6.5.1959

2

En Abdul Rahman b Abdullah

7.5.1959 – 11.9.1960

3

En Abdul Latif b Sulong

11.9.1960-14 .1.1962

4

En Hassan b Ahmad

14.1.1962 -6.2.1966

6

En Mahmood b Ahmad

21.5.1966 -25.11.1968

7

En Muhammad b Abdullah

5.1.1969 – 30.12.1971

8

EN Sidik b Awang

5.1.1972- 31.12.1972

9

En Muhammad b HJ Yusoff

1.1.1973 – 30.9.1982

10

En Hj Jaafar b Hj Yusoff

1.10.1982 – 31 .10. 1984

11

En Mohammad b Abdullah

1.11.1984 – 31. 8. 1992

12

Tn Hj Othman b Ahmad

1.2.1993 – 15. 12.1993

13

En Yaacob  b  Razab

116.12.1993 – 16.1.1996

14

En Nik Mustapha b Nik Daud

16.1.1996 -31 .12. 1996

15

En Che Mohamad b Che Kob

1.1.1997 – 12 . 2. 2006

16

Tn Hj Hussin B Hj Bakar

12.2.2006 – 12.2.2010

17

En Muhammad b Abdullah

1.3.2010- 1.6. 2011

18

Pn Wan Saudah bt Wan Mohammod

1.6.2011- sekarang

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Bendang Nyior
Kampong Bendang Nyior
17500, Tanah Merah
Kelantan, Malaysia
Telefon = 099570140
Fax = 6099581905

Pautan luar sunting