Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong


Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A) merupakan salah sebuah sekolah rendah kategori luar bandar di negeri Selangor. Ia merupakan sebuah sekolah yang terletak di perkampungan orang Asli suku Mah Meri. Uniknya sekolah ini adalah pemangkin kepada pembangunan minda dan kesedaran keilmuan dari kalangan masyarakat orang Asli di sini.

Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong
Lokasi
Bukit Bangkong, Sepang, Selangor
Malaysia

Sejarah Penubuhan Sekolah.

Pada tahun 1955, Penasihat orang-orang Asli Tanah Melayu, Dr Iskandar Yusof Carey dan Encik Hussein b Inas serta dipersetujui oleh Tok Batin telah membuat bangsal secara gotong-royong. Perbelanjaan membina bangsal tersebut telah dibiayai oleh JOA menempatkan anak-anak orang Asli dan dinamakan Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong(A).

Pada mulanya seramai 13 orang murid orang Asli dan seorang guru berpendidikan Sekolah Melayu sebagai tenaga pengajar

iaitu Encik Osman b Hj Yunus.

Pada tahun 1956 pertambahan murid berlaku dan sebuah bangunan dibina menempatkan seramai 60 orang murid. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor pada 15 Oktober 1956.

Pada tahun 1995 Pengurusan SK Kebangsaan Bukit Bangkong(A) telah diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan.


Mantan Guru Besar SK Bukit Bangkong (A).

1. Encik Osman bin Haji Yunus 1955-1962

2. Encik Kassim bin Haji Arif 1963-Feb 1988

3. Tuan Haji Samsusah bin Manijo 1.3.1988-30.6.1989

4. Tuan Haji Ibrahim bin Jaafar 1.7.1989-30.6.1996

5. En. Mohd. Tasrib bin Marpongi 1996 - 2001

6. Tuan Hj. Mohd. Rashid Bin hamid 2001 - 2008

7. Puan Miskina binti Mukri 2008 - 2010

8. Tn Hj Jaludin bin Buang 2010 - 2013

9. Pn Hjh Kamaliah binti Osman Palil 2013 - 2015

10. Pn Norma binti Edros 2015 - 2017

11. En Mohd Royahan bin Abdullah 2017 - 2018

12. En Azman bin Hamzah 2018 - 2020

13 Pn Norazlinan binti Mohd Ali 2020-2023

14. En Adli bin Ibrahim 2023 -

Alamat Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A) sunting

Bukit Bangkong
43950 Sungai Pelek
Selangor
Telefon : 03-31414276 , 03-31414276
Nama Guru Besar/Pengetua : Adli bin Ibrahim ( April 2023 )