Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau

Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau atau nama ringkasnya SK Bukit Sekilau, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Bukit Sekilau.

Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau

Lencana Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau
Lokasi
Bukit Sekilau, KUANTAN, Pahang
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6095156708
Kod sekolahCBA4076
Faks6095156703


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau memiliki 504 pelajar lelaki dan 381 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 885 orang. Ia mempunyai seramai 76 orang guru.2009

Sejarah sunting

Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau telah disiapkan pembinaannya pada pertengahan penggal satu tahun 1980. Bagaimanapun, ia hanya dapat beroperasi pada 5 Januari 1981 akibat ketiadaan perabot. Pelajar-pelajar perintis di institusi ini adalah 188 pelajar Darjah Satu (113 lelaki dan 75 perempuan). Pelajar-pelajar ini seterusnya ditempatkan dalam 5 kelas : 1 Bijak, 1 Pintar, 1 Rajin, 1 Cerdik dan 1 Usaha. Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau adalah Madam Chen Chin Fock (dari Sek Men Air Putih, Kuantan). Madam Chen kemudiannya bertukar ke Sekolah Kebangsaan Assunta, Kuantan pada 9 September, 1981. Sementara menunggu Guru Besar baru, Guru Penolong Kanan, En Abdul Hamid b Ali (dari SK Batu Lapan, Kuantan) telah memangku jawatan tersebut sehingga 31 December, 1981.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau
Bukit Sekilau
Pahang,   Malaysia
Telefon = 6095156708
Fax = 6095156703

Pautan luar sunting