Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Kemara
Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Kemara atau nama ringkasnya SK Dato' Wan Kemara, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Changlun,Kedah.
Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Kemara | |
---|---|
Lokasi | |
Kedah Darul Aman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Rendah, Sekolah kerajaan |
Sejarah
suntingSRK Dato' Wan Kemara yang dibina pada tahun 1892 (1310H) adalah merupakan sekolah tertua di Negeri Kedah Darul Aman. Sekolah ini dibina oleh Dato’ Wan Kemara (Ketua Kampung Changlun) bersama penduduk di situ dan dikenali sebagai Sekolah Melayu Changlun. Sekolah Melayu Changlun dibuka dengan hanya 2 orang guru yang berasal dari Pulau Pinang iaitu Pak Haji Sekol dan Mak Aji Sekol (*).
(*) Sekol dipercayai dipinjam daripada bahasa Inggeris, 'school' yang bermaksud sekolah.
- 1898 - Sekolah ini berpindah dari Pekan Lama Changlun ke Pekan Changlun.
- 1939 - Sekolah ini terbakar dan dipindahkan ke tempat baru berhampiran Sungai Changlun.
- 1949 - Bangunan sekolah dibina semula.
- 15 Mei 1967 - 2 blok bangunan tiga tingkat telah dibina.
- 1995 - Sebuah lagi bangunan tiga tingkat telah dibina.
Pada 10 Mei 1980, Sekolah Melayu Changlun diberi nama Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara bersempena nama Ketua Kampung Changlun pada tahun 1892.
Pencapaian
suntingAlamat
suntingKM 9, Lebuhraya Utara-Selatan, 06010 Changlun, Kedah Darul Aman