Sekolah Kebangsaan Kamil (2)

Sekolah Kebangsaan Kamil (2) atau nama ringkasnya SK Kamil (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kompleks Kamil.

Sekolah Kebangsaan Kamil (2)
Lokasi
Kompleks Kamil, 16800, Pasir Puteh,, Kelantan Darul Naim
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoKamil 2 No. 1
Nombor sekolah6097866171
Kod sekolahDBB4413[1]
Pengerusi PIBGDr. Abdul Hadi Hafiz Bin Abdul Aziz
PengetuaTn. Hj. Mah Dahwi bin Ya
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Hjh. Zalina Binti Awang
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Jusoh Bin Mamat
Penolong Kanan KokurikulumEn. Syaiful Azuan Bin Mohamed Noor
Faks6097867171


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kamil (2) memiliki 498 pelajar lelaki dan 469 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 967 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Kamil 2 diasaskan pada 10 Januari 1954 dengan 76 orang murid. Nama asalnya ialah Government English School. Dimulakan dengan satu kelas “Special Malay” dan “Standard One”.

Guru Besar pertama - En. Ab. Rahim bin Che Teh. Dua orang Guru penolong Kanan, iaitu En. Ahmad bin Ab. Rahman dan Mohd Daham bin Hj. Abdul Hamid. Pada tahun 1955 ditukarkan kepada nama “Kamil English School. ”Nama “Kamil” digunakan sempena nama Dato’ Nik Ahmad Kamil bin Dato’ Haji Nik Mahmood, Menteri Besar Kelantan pada ketika itu. Awal tahun 1961 dipecahkan kepada dua iaitu :

  1. Kamil Secondary School yang terdiri daripada murid dari Form One. Guru Besarnya : En. Megat Hussain.
  2. Kamil Primary School yang terdiri daripada murid dari Standard One hingga Standard Six. Guru Besarnya : En. Ariffin bin Hj. Hassan

Pada awal telah menumpang belajar di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (L) dan belajar pada waktu petang. Keramaian muridnya ialah 320 orang dengan 16 orang guru. Pada 1 Januari 1972, Kamil Primary School berpecah kepada dua iaitu ;

i) SRK Kamil 1
ii) SRK Kamil 2

Bangunan Sekolah Kebangsaan Kamil 2 yang ada sekarang siap dibina dan digunakan pada 1 Januari 1980. Bangunan ini terletak di atas tapak seluas 7 ekar 510 depa. Mempunyai 7 bilik darjah, 1 perpustakaan dan 1 kantin. Bangunan baru tambahan 2 Blok (4 tingkat) telah siap dibina dan digunakan pada 1 Januari 2003.

Senarai Guru Besar sunting

  1. Tn. Haji Mahady bin Mahady (1972 – 1978)
  2. En. Ibrahim bin Muhamad (1978 – 1979)
  3. En. Shaari bin Said (1979 – 1982)
  4. En. Nawi bin Awang (1982 – 1989)
  5. En. Ismail bin Ab Rahman (1989 – 1998)
  6. En. Mohd Suhaimi bin Mohd Fauzi (1998 – 1999)
  7. En. Mohd Zulkifli bin Ismail (2000 – 2004)
  8. Tn. Haji Misran bin Midin (2005 – 2007)
  9. Tn. Haji Mah Dahwi bin Ya (2007-sekarang)

Pencapaian sunting

Anugerah Pengurusan Kokurikulum ~ Johan Peringkat Negeri Kelantan Anugerah Tokoh Guru Kokurikulum ~ Johan Peringkat Negeri Kelantan Anugerah Tawaran Baru Guru Besar (Bai'ah) ~ 2011 dan 2012 Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 7 ~ 2013

Anugerah Guru Besar Terbaik Kelantan ~ 2016

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kamil (2)
Kompleks Kamil
16800, Pasir Puteh
Kelantan,   Malaysia
Telefon = 6097866171
Fax = 6097867171

Rujukan sunting