Sekolah Kebangsaan Kiandongo

Sekolah Kebangsaan Kiandongo atau nama ringkasnya SK Kiandongo, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Wdt 08.

Sekolah Kebangsaan Kiandongo
Lokasi
Wdt 08, 89300, Telupid,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA2238
FaksTIADA
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kiandongo memiliki 44 pelajar lelaki dan 56 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 100 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Kiandongo merupakan sebuah sekolah rendah bantuan kerajaan yang mula dibuka pada tahun 1989. Sekolah ini terletak di daerah Tongod di dalam Bahagian Sandakan di negeri Sabah.Sekolah ini dibuka di sebuah tapak kilang kayu balak yang telah dibina pada awal 1950-an. Pembukaan sekolah ini telah memberi peluang kepada para penduduk di Kampung Kiandongo Darat dan Kampung Malagatan mendapat pendidikan khususnya buat mereka yang berusia antara 7 hingga 12 Tahun. Sekolah dibuka atas inisiatif Cikgu Moses Koh Eng Luk yang juga orang yang bertanggungjawab membuka Sekolah Kebangsaan Saguon. Di atas kerjasama yang diberikan oleh Ketua Kampung Kiandongo Darat, Encik Mahir Rio yang merupakan pemilik tapak tanah sekolah telah memberi peluang sekolah ini ditubuhkan walaupun status pemilikan tanah tidak diperolehi. Hasil usaha Cikgu Moses Koh Eng Luk , pada awal tahun 1989 , sekolah ini berjaya mendapat kelulusan pembukaannya. Pada tahun pertama sekolah ini dibuka, hanya tiga orang guru sahaja ditempatkan di sekolah ini iaitu Cikgu Moses Koh Eng Luk, Cikgu Susan @ Dulia Lagayan dan Cikgu Peter Sodom. Cikgu Peter Sodom dilantik memangku jawatan Guru Besar sementara menunggu kehadiran Guru Besar yang dilantik oleh JPN Sabah. Selepas 2 minggu , sekolah ini dibuka, Encik Justa Alim telah dilantik menjadi Guru Besar yang pertama di sekolah ini. Sehingga ke hari ini, sekolah ini adalah sebuah sekolah pedalaman yang dikategorikan Sekolah Kurang Murid (SKM) berdasarkan bilangan murid yang kurang daripada 150 orang.

Pencapaian sunting

Johan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Zon Tongod 2010
Johan Karnival Futsal Daerah Tongod Anjuran LSNS 2010
Johan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Zon Tongod 2011
Johan Bola Tampar Perempuan B12 Zon Tongod 2011
Johan Bola Tampar Perempuan B12 Zon Tongod 2012
Johan Bola Tampar Perempuan B12 Daerah Telupid 2012
Naib Johan Bola Baling Perempuan B12 Daerah Telupid 2012
Naib Johan Karnival Futsal Bahagian Sandakan Anjuran LSNS 2012

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kiandongo
Peti Surat 08
89300, Telupid
Sabah,   Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA
Blog = www.skkiandongo.blogspot.com
Emel = skkiandongo@gmail.com ; xba2238@gmail.com
Facebook = https://www.facebook.com/skkiandongo.tongod

Pautan luar sunting