Sekolah Kebangsaan Kuala Namadan Tambunan

Sekolah Kebangsaan Kuala Namadan Tambunan atau nama ringkasnya SK Kuala Namadan Tambunan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 85.

Sekolah Kebangsaan Kuala Namadan Tambunan
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 85, 89657, Tambunan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA1207
FaksTIADA


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kuala Namadan Tambunan memiliki 32 pelajar lelaki dan 39 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 71 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini mula didirikan pada Ogos 1965 dengan bangunan pertamanya hanya berukuran 30 kaki X 20 kaki. Bahan-bahan binaannya merupakan bahan binaan tradisional seperti bambu, kayu dan rotan sahaja. Pembinaan sekolah ini dilaksanakan secara gotong-royong oleh penduduk kampung dari gabungan empat buah kampung yang berdekatan iaitu Kampung Kuala Namadan, Tunggaring, Bundui dan Rugading. Sekolah ini memulakan sesi persekolahannya pada 01 Mac 1966.

Pada awal tahun 1968, sebuah bangunan baru sekolah dan sebuah bilik guru telah dibina di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Tambunan. Bangunan sekolah ini telah dirasmi pembukaannya oleh Pengarah Pendidikan Sabah ketika itu, Encik J.E.B Ambrose yang diiringi oleh Pegawai Pendidikan Keningau, Tuan Haji Affendi J. Angkangon. Sekolah ini telah diambil alih oleh jabatan pendidikan pada tahun 1972 dan ia telah dikenali sebagai Sekolah Rendah Kerajaan Kuala Namadan Tambunan. Pada tahun yang sama sebuah bangunan yang baru dan sebuah rumah guru telah dibina oleh kerajaan.

Pada tahun 1984, sebuah lagi bangunan baru sekolah yang mempunyai tiga buah bilik darjah, sebuah pejabat guru besar dan sebuah bilik guru serta sebuah bangunan rumah guru berkembar telah dibina oleh kerajaan pada tahun 1984. Sebuah lagi bangunan rumah berkembar telah dibina pada tahun 2003. Pada tahun 2006 sebuah bangunan yang berukuran 16 kaki X 20 kaki telah dibina dan dijadikan sebagai bangunan PSS.

Pada penghujung tahun 2007, sebuah bangunan pra-sekolah yang telah dibina dan mula beroperasi pada awal tahun 2009. Beberapa kemudahan telah diberi di sekolah iaitu paip gravity, tapak perhimpunan, pembinaan tandas rumah guru, gelanggang sepak takraw, pondok pengawal keselamatan dan penyelenggaraan paip graviti. Satu lagi peristiwa yang amat penting ialah apabila sekolah ini mendapat bekalan elektrik pada Julai 2006.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kuala Namadan Tambunan
Peti Surat 85
89657, Tambunan
Sabah, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar sunting