Sekolah Kebangsaan Kuala Papar

Sekolah Kebangsaan Kuala Papar atau nama ringkasnya SK Kuala Papar, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jln Pantai Manis.

Sekolah Kebangsaan Kuala Papar
Lokasi
Jln Pantai Manis, 89600, Papar,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6088913852
Kod sekolahXBA4228
Faks6088913852


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kuala Papar memiliki 225 pelajar lelaki dan 230 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 455 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2009

Sejarah sunting

SK Kuala Papar merupakan sebuah sekolah rendah kebangsaan ( dahulunya SRK ) yang mula dibina dalam tahun 1967 , dan pada masa itu hanya ada sebuah bilik darjah dengan 28 orang pelajar. Pertengahan tahun 1967, para ibu bapa dan masyarakat setempat telah sepakat mengadakan gotong royong untuk menambah sebuah lagi bilik darjah dengan berdindingkan pelepah dan atap nipah. Dalam sekitar tahun 1969, sebuah bangunan tambahan telah dibangunkan dengan 3 buah bilik darjah dan sebuah rumah guru serta tenaga pengajar

bertambah seramai 4 orang. Tahun 1975, sebuah bangunan baru telah didirikan yang juga mempunyai 3 buah bilik darjah bagi menggantikan bangunan yang lama. Bangunan tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Dzulkifli Bin Datuk Hj Abd Hamid atas permintaan masyarakat setempat pada ketika itu. Dalam situasi peningkatan graf dan kesesakan murid, di atas dedikasi dan toleransi serta usaha gigih yang ditunjukkan oleh Encik Ayub Bin Mumin, sekali lagi pihak Jabatan Pelajaran Daerah dan Negeri telah membina sebuah bangunan konkrit yang menelan belanja RM1592 459.60. Ianya telah dibina pada tahun 1984 dan  dirasmikan oleh Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu.

Manakala, bangunan Pra Sekolah pula telah siap dibina pada tahun 1993. Ianya terbahagi kepada dua kelas. Dalam tahun 1997, kawasan rekreasi sekolah turut berubah. Pihak pentadbiran telah mengindahkan kawasan rekreasi seperti Pondok Ilmu dan juga Taman Teraputik.Semuanya ini telah  diilhamkan oleh Guru Besar baru Encik Ag Arshat Bin Hj Ag Kahar.Sehingga ke hari ini, banyak bagunan-bangunan baru telah dibina antaranya Makmal Komputer yang siap pada tahun 2000, dan 3 buah blok kelas telah dibina pada awal April 2009 dan  sebuah bangunan konkrit Sekolah.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kuala Papar
Jln Pantai Manis
89600, Papar
Sabah,   Malaysia
Telefon = 6088913852
Fax = 6088913852

Pautan luar sunting