Sekolah Kebangsaan Kulai


Sekolah Kebangsaan Kulai atau nama ringkasnya SK Kulai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di JKR 2467 Kampung Melayu, Daerah Kulai, Johor, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Kulai
Kulai Primary School
Lokasi
 Malaysia JKR 2467 Kampung Melayu, 81000, Kulai,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoMAJU TERUS MAJU
Nombor sekolah6076631730
Kod sekolahJBA8003
Guru besarENCIK ABDUL HALIM BIN SERATANG
GPK Pentadbiran dan AkademikPUAN ZAIRANI BINTI ABDUL RAJAT
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPUAN NORAIZAH BINTI IBRAHIM
Penolong Kanan KokurikulumENCIK MOHD RIZAL BIN ISMAIL
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangENCIK HAFIEEZ BIN MOHAMED TAIB
Faks6076638731
Laman sesawang

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kulai memiliki 463 pelajar lelaki dan 505 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 968 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru.2009

Sejarah sunting

Tahun 50-an keadaan negara kita diancam oleh keganasan komunis. Ketika itu orang-orang yang tinggal di luar kawasan pekan-pekan kecil dikelompokkan di kawasan-kawasan penempatan baru disekitar pekan Kulai. Pada masa itu juga kawasan Kulai telah diisytiharkan sebagai kawasan 'Hitam'. Oleh itu tindakan serupa dikenakan kepada penduduk kawasan ini.

Penempatan baru untuk kaum Cina dan kaum Melayu telah didirikan di pinggir pekan ini. Penempatan untuk orang-orang Melayu ini telah dikenali sebagai Kampung Melayu, Kulai. Sebagai sebuah penempatan baru, kemudahan asas seperti sekolah untuk anak-anak belajar amat diperlukan, Dengan semangat 'muafakat membawa berkat' penduduk-penduduk Kampung Melayu telah mendirikan sebuah sekolah kecil dalam tahun 1952. Gerakan pembinaaan sekolah ini telah diketuai oleh Allahyarham Tuan Haji Abdul bin Ba'du iaitu penghulu Kulai ketika itu. Allahyarham Tuan Haji Abdul bin Ba`du dilahirkan pada 1899 dan menjadi penghulu Kulai sehingga tahun 1965. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1970 selepas 5 tahun bersara dari jawatan penghulu Kulai. Sesungguhnya usaha Allahyarham mengorak langkah dalam usaha membina sekolah ini amat disanjung tinggi.

SEJARAH PERKEMBANGAN

1952 - Sekolah ini diwujudkan dengan hasil usaha dan kerjasama penduduk dalam zaman 'darurat'

1954 - Bangunan asal berdinding papan sekerat telah didindingkan sepenuhnya atas bantuan kerajaan.

1963 - Sebuah bilik darjah dibina

1972 -Sebuah bangunan tambah dua tingkat yang dilengkapkan dengan enam bilik darjah, pejabat, bilik guru, dan tandas dibina.

1988 - Empat buah bilik darjah dibina melalui program gotong royong.

1991 - Empat buah bilik darjah dan sebuah bilik pra sekolah dibina melalui program gotong royong kali kedua.

1994 - Bangunan lama 1952-1953 telah dirobohkan dan dibina bangunan tiga tingkat yang mengandungi lapan bilik darjah, sebuah bengkel kemahiran hidup dan juga bilik tandas guru dan murid.

1995 - Dua buah bilik darjah diubah suai oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk dijadikan kelas Pendidikan Khas

1999 - Sebuah bilik darjah, makmal sains, dua kelas pendidikan khas dan pra sekolah dirobohkan untuk dibina sebuah bangunan empat tingkat.

2000 - Bangunan empat tingkat mengandungi empat buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah bilik komputer, bilik guru, bilik SPBT dan sebuah bilik mesyuarat siap dibina.

2022 - Naiktaraf bumbung susur gajah dan pembesaran kawasan astaka

Lagu Sekolah sunting

Marilah bersama-sama

Kita bina semangat waja

Tetapkan cita-cita mulia

Usaha sampai jaya


Taat pada ibubapa

Ikut nasihat guru

Tekun rajin berusaha

Maju terus maju


Sekolah Kebangsaan Kulai

Sangat kita sanjung tinggi

Usaha dan bakti guru semua

Dikenang selama-lamanya

[1]

Pentadbiran sunting

Barisan Pentadbir Semasa (2022-semasa)

Guru Besar sunting

 
Encik Abd Halim Bin Seratang








___________________________________________________________________________________________________________________________

Guru Penolong Kanan Pentadbiran sunting

 
Puan Zairani Binti Abdul Rajat








___________________________________________________________________________________________________________________________

Guru Penolong Kanan Hem sunting

 
Puan Norizah Binti Ibrahim








___________________________________________________________________________________________________________________________

Guru Penolong Kanan Kokurikulum sunting

 
Encik Mohd Rizal Bin Ismail








___________________________________________________________________________________________________________________________

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sunting

 
Puan Nooraini Binti Misni








___________________________________________________________________________________________________________________________

Guru Penolong Kanan Petang sunting

 
Encik Hafieez Bin Mohamed Taib








___________________________________________________________________________________________________________________________

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kulai
JKR 2467 Kampung Melayu
81000, Kulai
Johor, Malaysia
Telefon = 6076631730
Fax = 6076638731